Gambar Hiasan

Assalamualaikum.. apa khabar sahabat2.. Alhamdulillah ana sekarang di Johor Bahru. Dalam Kesempatan yg sedikit ada dengan kesibukkan program dan jemputan rumah terbuka di sini, ana mengambil peluang untuk posting satu wacana santai lanjutan daripada penulisan ana sebelum ini iaitu "bukan maksum" ana risau seandainya penulisan ana tadi disalah ertikan atau difahami dalam konteks yang salah (iaitu untuk menyerang golongan ulama).

Sahabat-Sahabat Dsantai yang dirahmati Allah,

Siapakah ulama?Perkataan Ulama ialah Jamak' daripada perkataan 'alim yang membawa maksud berilmu. Berilmu disini bukan sekadar dari penafsiran istilah tetapi dari penafsiran syariat. Selalunya seseorang ulama itu pastinya ia menguasai bidang menginstinbat hukum yang memerlukan pengetahuan yang mendalam al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Antara petanda yang ada pada diri seorang ulama ialah, mereka itu takut dari melanggar perintah Allah.

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ كَذَٲلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" Fathir ayat 28

Bahkan sekiranya perkataan "takut" itu dinisbahkan kepada "Takwa", ya, tentu sekali Ulama adalah golongan yang paling bertaqwa kepada Allah.

Golongan Ulama selalunya terkenal dengan kegigihan mereka dalam menuntut ilmu. masa dan tenaga mereka diluangkan sepenuhnya dalam mendalami ilmu tanpa mengira erti kenal jemu dan lelah. Hayat mereka dihambakan untuk menghafal al-quran, matan-matan hadith, matan-matan kitab dan sebagainya.

Dalam hal sedemikian, golongan Ulama seharusnya dihormati. Sekiranya apa yang telah ana sebutkan di dalam artikel ana "bukan maksum" berlaku kepada para ulama, bagaimanakah sikap kita.

Apakah kaedah yang diguna pakai oleh kita dalam mendepani perbezaan pendapat antara pendapat yang menjadi pegangan kita dengan pendapat yang contradict yang dipegang oleh satu-satu ulama.

Bolehkah kita mengambil sikap selamber dog jerk tegur mereka tanpa terlebih dahulu mengusulkan tentang apa yang diperselisihkan?

Atau terus kita mengeluarkan fatwa bahawa ulama itu sesat atau ahli bidaah dan sebagainya tanpa mengkaji terlebih dahulu akan apa yang diperselisihkan.?

Ana masih ingat ketika ana belajar dahulu. Ustaz akan mendatangkan satu isu dan meminta para pelajar menjelaskan hukum. Ada yang agak kurang teliti dalam mengkaji lantas menghukum haram. ketika berdiskusi, rupa-rupanya dalam menetapkan hukum bukanlah sesuatu yang mudah. kerana terpaksa merujuk wilayah-wilayah rujukan seperti mana yang ana telah sebutkan di atas yakni dengan mengkaji al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Setelah dikaji sedalam-dalamnya barulah dijatuhkan satu-satu hukuman (fatwa). Ini baru dalam menetapkan hukum didalam permasalahan fiqh. Bukan lagi dalam konteks at-tabdi (membidah) dan at-takfir (mengkafirkan). Maka sewajarnya kita (yang sudah pastinya bukanlah seorang ulama) berhati-hati didalam sikap dan meluahkan pendapat mengenai seseorang ulama. Sekiranya ada yang diperselisihkan, maka kajilah dengan mendalam, kiranya ulama tersebut masih hidup, dapatkanlah penjelasannya yang sebenar-benar. Dan sekiranya dia sudah meninggal dunia, Serahkanlah keputusan yakni tentang apa yang diperkatakan olehnya (ulama) itu kepada Allah.

Dengan mengetahui sekerat dua ayat al-quran dan hadith, dengan menghafal sebaris dua hujjah daripada kitab belum mencukupi untuk mengangkat martabat kita sebagai Ulama.

Apatah lagi sesetengah dari kita yang bukan mendapat pendidikan agama yang lengkap, hanya sekadar memiliki sijil sekolah menengah peringkat thanawi, atau belajar di Universiti atau kolej berunsurkan Islam tetapi bukan di dalam bidang khusus seperti Usuludin, Shariah, tiba-tiba mengeluarkan fatwa bukan sahaja dari permasalah fiqh bahkan dari permasalah Akhidah dan menolak, mengkafir dan membidaahkan ulama-ulama lain (sedangkan kita tidak mengetahuinya) seolah-olah kitalah yang pakar di dalam bidang tersebut.

Dan yang bertambah pelik ada sesetengah daripada kita langsung tidak mendapat pendidikan agama baik dari sekolah menengah (sekadar subjek pendidikan islam dan tamadun) ataupun peringkat tradisional (Pondok, Madrasah) atau peringkat rasmi (Kolej, Universiti) tiba-tiba mengeluarkan fatwa berkaitan akhidah, mencela ulama-ulama.

Akhidah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani diragui
al-Qadhi abu Bakar bin al-Arabi seorang mubtadi’ (Ahli Bidaah)

Sikap ini perlu dikikis dari diri kita. Kita mestilah bersikap berhati-hati di dalam berkata-kata dan menulis. Ini kerana dikuatiri penulisan kita akan memakan diri sendiri.

p/s kepada penulis-penulis blog, dinasihatkan sebelum antum mencopy fatwa dari mana-mana blog lain mengenai hal yang bersangkutan dengan Hukum Fiqh dan Mazhab Akhidah, ana mohon kajilah terlebih dahulu sama ada penulisan itu hak atau batil.

Janganlah dengan mudah kita menyalin dan mengeluarkan pendapat itu haram.. ini haram.. itu bidaah.. ini bidaah sedangkan kita hanya mengutip pandangan tersebut daripada blog2 lain atau di youtube, atau di buku-buku yang entah berantah mazhab akhidahnya dan Mazhab Fiqhnya.

Wallahualam,
Sani Ahmad
02:23 181008
0 Responses

Catat Ulasan