Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan




Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar sahabat2 dsantai sekelian. dah lama yerk ana tak mencoret di blog ni.. dah bersawang mawang... bersempena nak sambut raya 6 esok.. maka dsantai telah berubah wajah pada hari ni. Ana start renovate blog ni selama.. dan Alhamdulillah dah siap hari ni.. cumanya bahagian gambar kat bawah belum update.. so nak maklumlah.. gambar kat bawah tu bukan dari koleksi ana.. so kiranya terjumpa gambar bukan2.. ana minta maaf.

Baik berbalik kepada topik kali ni.. "Bukan Maksum".Seperti yang kita sedia maklum bagi kita ahli sunnah wal jamaah, kita beriktikad bahawasanya tiada seorang pun manusia didunia ini adalah maksum kecuali Rasul. Namun bagi golongan yang memegang mazhab akhidah syiah, bagi mereka imam-imam mereka juga adalah maksum.

Maksum bererti suci dari sebarang kesalahan dan dosa. Selain daripada rasul, tiada siapa pun terlepas dari kesalahan baik yang besar mahupun yang kecil sekalipun ia bergelar Ayatollah, Sheikh, Dr. Tuan Guru. Ustaz, Ustazah, Kiyai Tan sri, Puan Sri, En. Cik. Puan, Tuan, Dato, Datin, Raja, Tengku hatta apa sekalipun gelaran dihadapannya.

Sebagai contoh Si polan bin si polan atau si polanan binti si polanah yang sememangnya terkenal dalam bidangnya. Hampir apa sahaja yang dikatakannya akan diterima oleh mereka yang mengkaguminya meskipun apa yang diucapkannya itu kurang tepat ataupun salah.

Sepatutnya kita sebagai manusia yang waras, seharusnya mengkaji dahulu apa yang diperkatakan oleh individu tersebut. Cuba buat rujukan dengan individu yang lain yang turut pakar dalam bidang berkenaan Sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau salah. sekiranya salah, maka seharusnya kita berlapang dada dan menerima hakikat bahawasanya individu yang kita kagumi itu telah melakukan kesalahan.

Ingatlah sesungguhnya kepandaian, ilmu manusia itu semuanya datang dari Allah, kita berhajat kepadaNya sedangkan Ia tidak berhajat akan sesuatu pun.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqoro' (faqir dan memerlukan) kepada Allah dan sesunggguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji" Fatir: 15

Sahabat-sahabat Dsantai,

Ingin sekali ana mengajak sahabat-sahabat membuka minda dan mengikis sikap ini yang sudah menebal di dalam diri. Seharusnya kita berfikiran terbuka khususnya dalam menerima hakikat tentang sesuatu perkara. Antara lain, apabila ada mereka yang menegur akan kesalahan individu yang kita kagumi, maka seharusnya kita kaji dengan mendalam, apakah teguran yang dibuat berasas. Sekiranya berasas maka terimalah dengan hati terbuka. Usalah di pertikai mereka yang menegur tersebut. Begitu juga sekiranya teguran itu dilakukan oleh mana-mana individu ke atas kita, maka sekiranya ia benar.. hendaklah kita menerimanya dengan berlapang dada.

Sebagai contoh;

Sedang asyik anda "berehat-rehat" di suatu taman bersama teman wanita, lalu datang seorang wanita lalu menegurmu

"Dik, kat sini tempat awam, tak elok macam ni"

Janganlah anda balas sebegini.

"Alah..perempuan... tak payah nak tegur la.. ko cermin la diri ko tu dulu..ko pon 2 X 5. macam la ko alim sangat. bla.. bla.. bla.."

Seharusnya anda terima teguran tersebut. Meskipun perit dan pahit, telanlah.. itu lebih baik untuk anda daripada anda membalas dengan ucapan-ucapan sebegini. Paling tidak, berdiam lah.

Begitu juga, jika dikatakan;

"Sheikh, ana rasa _______ tu salah la.. bukan macam tu.. sebab yang ana belajar"

Maka janganlah anda terus menjawab

"Alah.. ko jangan dok pertikai la.. dia tu pakar dalam bidang dia.. takkanla dia tak tahu apa yang dia cakap?" " Bukan salah... ko yang tak paham.. apa standard ko nak pertikai dia?"
"Alah.. ko tu dengki.. sebab tu ko tuduh dia bukan-bukan"

Sepatutnya kita berkata begini:

"Erm.. mcm tu ye, ana pon tak pasti jom kita tanya _________ yang jugak pakar dalam bidang nih"

Ingatlah

Meskipun siapa pun dia, walau sepakar mana individu terbabit didalam bidangnya, maka ingatlah bahawasanya beliau bukanlah maksum.

Meskipun siapa pun dia, sekiranya beliau melakukan kesalahan, maka terimalah kedaifan yang ada padanya.

"Pangkat dan gelaran" bukanlah lesen untuk menjadi maksum.

Sekian,
Sani Ahmad,
02:22 161008

p/s malam ni ana bertolak ke Johor Bahru, doakan keselamatan ana ye!





Al-kisah, terdapat sebuah perkampungan nun jauh di gunung Himalaya.. Terdapat sekumpulan manusia purbakala tinggal berkampung. Telah berkurun mereka tinggal disana terpisah dari dunia luar. Adapun hidup mereka itu tiadalah maju malah tiadak ubah seperti zaman prasejarah... Suatu hari kampung mereka mendapat berita bahawasanya akan mendapat kunjungan buat julung-julung kalinya dari orang bandar ke kampung mereka. Maka siap siaga ketua puak merancang mengadakan pesta menyambut akan kedatangan orang-orang bandar itu.

Setelah tiba akan orang-orang bandar itu ke kampung mereka. Maka berpestalah mereka dengan makanan dan menunjuk-nunjuk kehebatan masing-masing. Setelah puas mereka berkenal-kenalan maka sebelum berpisah.. berkumpullah akan semua mereka bergambar kenang-kenangan. Maka pulanglah mereka ke sarang masing-masing. Setelah beberapa hari maka kunjung tiba surat yang dihantar orang bandar kepada mereka mengandungi sekeping gambar.

Maka panggil akan ketua puak itu akan semua orang-orang kampung.

"Wahai orang-orang kampung.. ni ada gambar pesta kita hari tu yang di kirim oleh orang-orang bandar, mari kita pakat tengok ramai-ramai" Ujar ketua puak yang ditranselit ke bahasa melayu.

Ni gambar kamu... ish... huduh betul.. lubang hidung kamu... isk isk isk
Ni pulak gambar kamu.. hiss.. boroi sungguh perut kamu...
Ni pulak... gambar kamu.. hiss.. kerinting macam bulut sabut rambut kamu yer..

Ketua puak membuat ulasan keatas gambar. Ulasan ketua puak disertakan dengan cercaan dan hinaan. Maka terasa malulah akan diri orang yang dikatakan itu.. Semua mereka yang terdapat di dalam gambar itu mendapat ulasan dan cercaan ketua puak... kecuali seorang...

Gambar itu di dekatkan dengan mukanya.. sesekali ia menggaru-garu pelipisnya yang tak gatal... keningnya berkerut-kerut... ish... gambar siape pulak nih? tak biasa nampak pon orang nih? gerutu hatinya

"eh.. ni gambar sape pulak yer.. tak pernah tengok pon.. Dah tu muke die la yang paling huduh dalam gambar ni.. rambut kerinting bagai... muke macam jambatan tak siap... gambar siape ni yer? korang kenal tak?" Laung ketua puak sambil menunjuk-nunjuk kearah gambar seorang lelaki di dalam gambar tersebut.

Lalu ketawalah semua orang-orang kampung selepas melihat wajah lelaki yang terdapat didalam gambar tersebut... "Kah.. Kah.. Kah..." Huargh.. Huargh... Huargh...." sampai ada yang tergolek-golek diatas tanah sambil kaki di goyangkan ke atas... dek lantaran tak tahan menahan geli hati.

"Cis.. korang nih.. aku tanya.. korang gelak pulak.. aku lempang jugak kang.. Ni muka sapa hah? muka dah la huduh... ni mesti bigfoot yang keluar kosmo! hari tuh nih.." Tambah ketua puak dengan berang.

Lalu.. datang seorang budak berumur lingkungan 4 tahun... "Tok.. tok... sebenarnya lelaki dalam gambar tu sebenarnya adalah tok!"

Cis, berani kamu kate muka lelaki yang huduh ni muka aku?
Ujar Ketua Puak menahan kemarahannya

Lalu terdengarlah akan ketua Puak itu suara-suara yang mengatakan bahawa sememangnya lelaki di dalam gambar itu adalah dirinya. Maka sedarlah ia bahawa sememangnya itu adalah gambarnya.. tiadalah ia dapat menahan malu lalu membawa dirinya lari ke batu belah batu bertangkup. Sehingga kini Ketua Puak tidak lagi kembali ke kampung tersebut. Khabarnya dia telah menjadi tauke Kedai Gambar yang berjaya di Bandaraya Himalaya.

Assalamualaikum, Ape khabar sahabat-sahabat dsantai. Harap-harap sihat lah yer.. walaupun citer di atas nampak macam merapu dan tah hape-hape. Tapi jika diteliti dengan teliti kita akan dapati perkara ini sebenarnya sedang berlaku dalam dunia realiti sekarang.

Sering kali kita mendengar suara-suara sumbang memperkatakan tentang personaliti orang lain. Mengkritik semahu-mahunya. Tetapi dalam pada yang sama, dia tak sedar yang personalitinya jugak sebenar jauh lebih teruk dari apa yang dia perkatakan kepada orang lain.

Contohnya mereka yang mencela orang lain lantaran gagal mendidik anak..

" Tengok tu anak si polanah- binti si polanah... anak macam hantu raya.. berkepit dengan jantan tuh.. berkepit dengan jantan nih.. hisss.."

Tetapi secara sedar atau tidak... sebenarnya anaknya sendiri 2 X 5.. bahkan kadang-kadang lagi teruk. Inilah yang berlaku... ramai di antara kita sibuk mengkritik orang... orang tu teruk lah.. orang ni tak bagus lah... dia tu macam tu lah... dia tu macam ni lah... sedangkan dirinya sendiri lebih teruk dari mereka yang dia umpat.

Sepatutnya... daripada sibuk dok perkatakan tentang orang lain... adalah lebih baik diperuntukkan masa untuk menisbah diri... buat muhasabah diri... cuba lihat kelemahan diri sendiri..., agar dapat dibaiki.

"Biasalah ustaz... kekadang bukan kita saja nak cari kelemahan orang lain... tapi secara automatik nampak kelemahan orang lain"

Memang tak dinafikan... kekadang memang kita ternampak kelemahan orang lain... So apa perlu kita buat.. sekiranya kita mampu untuk memberi nasihat silalah beri nasihat secara berhadapan... Bukan di belakang... atau sekiranya tak mampu... ambil apa yang kita nampak tu jadikan sempadan.... agar kita tidak melakukan perkara tersebut. Bukannya mensensasikan kelemahan orang lain.

Dulu kalau nak mensensasikan cerita pasal kelemahan orang lain perlu mencari pasangan.. jumpa kat mana-mana... selalunya belakang rumah.. sambil cicah-cicah buah pelam.. Sekarang dah tak perlu... boleh call jerk... tak pon sms... nak best lagi.. tulis dalam majalah, blog, forum... or kalau nak ramai yang tahu.... boleh call rancangan-rancangan TV.. atau radio yang sediakan slot mengumpat!..

Begitu juga halnya dengan politik tanah air mutakhir ini... penuh di dada-dada akhbar, dalam TV, radio... bunyainyer semacam jerk.. Pengkhianat!, Derhaka, kurang ajar dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama mereka tak sedar bahawa mereka juga sebenarnya seperti apa yang mereka katakan itu. Cuma bezanya... ketika mereka melakukan kesalahan tu (di terengganu dan perlis)... tak de plak liputan macam 2-3 hari nih... bahasa yang digunakan pembaca berita lunak jerk... tapi time orang lain... hentam bagai nak rak.. bahasa pembaca berita pon boleh tahan biasanya! tak kurang siap berdemonstrasi dengan kain rentang caci maki... isk isk isk...

Oklah... tu jerlah posting kali nih... tak leh banyak-banyak.. nanti kena charge menghasut! isk isk isk... jumpa lagi dalam posting akan datang... Ilal liqa wa maasalamah