Memaparkan catatan dengan label TARBIYAH PENDAKWAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TARBIYAH PENDAKWAH. Papar semua catatan

Gambar Hiasan

Assalamualaikum.. apa khabar sahabat2.. Alhamdulillah ana sekarang di Johor Bahru. Dalam Kesempatan yg sedikit ada dengan kesibukkan program dan jemputan rumah terbuka di sini, ana mengambil peluang untuk posting satu wacana santai lanjutan daripada penulisan ana sebelum ini iaitu "bukan maksum" ana risau seandainya penulisan ana tadi disalah ertikan atau difahami dalam konteks yang salah (iaitu untuk menyerang golongan ulama).

Sahabat-Sahabat Dsantai yang dirahmati Allah,

Siapakah ulama?Perkataan Ulama ialah Jamak' daripada perkataan 'alim yang membawa maksud berilmu. Berilmu disini bukan sekadar dari penafsiran istilah tetapi dari penafsiran syariat. Selalunya seseorang ulama itu pastinya ia menguasai bidang menginstinbat hukum yang memerlukan pengetahuan yang mendalam al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Antara petanda yang ada pada diri seorang ulama ialah, mereka itu takut dari melanggar perintah Allah.

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ كَذَٲلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" Fathir ayat 28

Bahkan sekiranya perkataan "takut" itu dinisbahkan kepada "Takwa", ya, tentu sekali Ulama adalah golongan yang paling bertaqwa kepada Allah.

Golongan Ulama selalunya terkenal dengan kegigihan mereka dalam menuntut ilmu. masa dan tenaga mereka diluangkan sepenuhnya dalam mendalami ilmu tanpa mengira erti kenal jemu dan lelah. Hayat mereka dihambakan untuk menghafal al-quran, matan-matan hadith, matan-matan kitab dan sebagainya.

Dalam hal sedemikian, golongan Ulama seharusnya dihormati. Sekiranya apa yang telah ana sebutkan di dalam artikel ana "bukan maksum" berlaku kepada para ulama, bagaimanakah sikap kita.

Apakah kaedah yang diguna pakai oleh kita dalam mendepani perbezaan pendapat antara pendapat yang menjadi pegangan kita dengan pendapat yang contradict yang dipegang oleh satu-satu ulama.

Bolehkah kita mengambil sikap selamber dog jerk tegur mereka tanpa terlebih dahulu mengusulkan tentang apa yang diperselisihkan?

Atau terus kita mengeluarkan fatwa bahawa ulama itu sesat atau ahli bidaah dan sebagainya tanpa mengkaji terlebih dahulu akan apa yang diperselisihkan.?

Ana masih ingat ketika ana belajar dahulu. Ustaz akan mendatangkan satu isu dan meminta para pelajar menjelaskan hukum. Ada yang agak kurang teliti dalam mengkaji lantas menghukum haram. ketika berdiskusi, rupa-rupanya dalam menetapkan hukum bukanlah sesuatu yang mudah. kerana terpaksa merujuk wilayah-wilayah rujukan seperti mana yang ana telah sebutkan di atas yakni dengan mengkaji al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Setelah dikaji sedalam-dalamnya barulah dijatuhkan satu-satu hukuman (fatwa). Ini baru dalam menetapkan hukum didalam permasalahan fiqh. Bukan lagi dalam konteks at-tabdi (membidah) dan at-takfir (mengkafirkan). Maka sewajarnya kita (yang sudah pastinya bukanlah seorang ulama) berhati-hati didalam sikap dan meluahkan pendapat mengenai seseorang ulama. Sekiranya ada yang diperselisihkan, maka kajilah dengan mendalam, kiranya ulama tersebut masih hidup, dapatkanlah penjelasannya yang sebenar-benar. Dan sekiranya dia sudah meninggal dunia, Serahkanlah keputusan yakni tentang apa yang diperkatakan olehnya (ulama) itu kepada Allah.

Dengan mengetahui sekerat dua ayat al-quran dan hadith, dengan menghafal sebaris dua hujjah daripada kitab belum mencukupi untuk mengangkat martabat kita sebagai Ulama.

Apatah lagi sesetengah dari kita yang bukan mendapat pendidikan agama yang lengkap, hanya sekadar memiliki sijil sekolah menengah peringkat thanawi, atau belajar di Universiti atau kolej berunsurkan Islam tetapi bukan di dalam bidang khusus seperti Usuludin, Shariah, tiba-tiba mengeluarkan fatwa bukan sahaja dari permasalah fiqh bahkan dari permasalah Akhidah dan menolak, mengkafir dan membidaahkan ulama-ulama lain (sedangkan kita tidak mengetahuinya) seolah-olah kitalah yang pakar di dalam bidang tersebut.

Dan yang bertambah pelik ada sesetengah daripada kita langsung tidak mendapat pendidikan agama baik dari sekolah menengah (sekadar subjek pendidikan islam dan tamadun) ataupun peringkat tradisional (Pondok, Madrasah) atau peringkat rasmi (Kolej, Universiti) tiba-tiba mengeluarkan fatwa berkaitan akhidah, mencela ulama-ulama.

Akhidah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani diragui
al-Qadhi abu Bakar bin al-Arabi seorang mubtadi’ (Ahli Bidaah)

Sikap ini perlu dikikis dari diri kita. Kita mestilah bersikap berhati-hati di dalam berkata-kata dan menulis. Ini kerana dikuatiri penulisan kita akan memakan diri sendiri.

p/s kepada penulis-penulis blog, dinasihatkan sebelum antum mencopy fatwa dari mana-mana blog lain mengenai hal yang bersangkutan dengan Hukum Fiqh dan Mazhab Akhidah, ana mohon kajilah terlebih dahulu sama ada penulisan itu hak atau batil.

Janganlah dengan mudah kita menyalin dan mengeluarkan pendapat itu haram.. ini haram.. itu bidaah.. ini bidaah sedangkan kita hanya mengutip pandangan tersebut daripada blog2 lain atau di youtube, atau di buku-buku yang entah berantah mazhab akhidahnya dan Mazhab Fiqhnya.

Wallahualam,
Sani Ahmad
02:23 181008


Assalamualaikum ustaz.. ana nak mintak tolong sket..

Waalaikumsalam.. tolong mende?

erm.. pasal roomate ana lah..


naper?


Ish.. susah nak cakap.. kang kalau sebut
mengumpat die plak plak...

mcm ni.. enta nak citer kat ana pasal roomate enta ni just syiok-syiok ker... or enta nak mintak nasihat?


er.. nak mintak nasihat lah..


then, citer jerlah.. xde masalah..


Mcm ni... roomate ana nih... die tak nak sembahyang...


Herm... abis enta buat ape?


ana nasihat die... tapi die tak nak dengar... ikut kan baran ana nak jerk ana ceramah jerk..


herm.. jangan marah-marah.. bawak bersabar... nabi berdakwah bukan dengan marah tapi dengan kasih sayang...


Macam ni... petang ni enta pi kedai kitab the cari satu poster yang tulis 15 seksaan meninggalkan sembahyang.. then lekatkan di pintu almari anta.

um... ok..

Lepas tu.. di bahagian whiteboard meja study enta.. enta tulis satu note... nota tu ditujukan kepada anta sendiri

Assalamualaikum
kepada (nama anta)

"then tulis nasihat mengenai kepentingan menjaga solat dan kelebihan solat."


Lepas tu laminating elok2 dengan kertas warna pastu lekat di whiteboard enta.
ok..


erm.. enta solat kat bilik ke solat kat masjid?


ana solat kat masjid..


ok.. sekali-sekala solat di bilik... ajak dia solat sekali..

owh.. ok.. pernah jugak ari tuh ana ajak.. ade lah dia ikut sekali

haa.. tu dah bagus... cuma kalau boleh waktu doa.. bace jerk bahasa melayu... mintak kat Allah supaya tetapkan diri kita ni sentiasa menjaga solat.

owh.. ok

apa hobi roomate enta?

err.. entah la ustaz..

Lah... mcm mane satu bilik xtahu nih...


err...


sepatutnya enta kene kenal dia dahulu.. buat baik dengan die,.. selalu sembang dengan dia... so bila enta nasihat.. baru la dia nak dengar... ni terus enta ceramahkan die.. mcm mana dia nak
terima..


err...


Ok.. mulai hari ni... enta kene rapat dengan dia.. berbual dengan dia... bersukan petang-petang same-same...ada masa ajak dia keluar minum kat luar.. belanja dia makan ke.. dia ada motor tak?


em.. xde..


enta?


ana ade..


ok bagus... enta ajak dia pi minum... or makan... pastikan time tuh ngam2 lepas makan.. masuk waktu solat... so lepas makan terus ajak dia pi masjid.. solat.. so nak tak nak dia akan ikut enta pi solat.. cuma jangan la bagi nampak ketara sangat yg kita sebenarnya nak ajak dia pi solat...


Ooo.. heheh.. tu bukan ke paksa dia sembahyang ke? bukan xde paksaan ke dalam beribadah.


paksaan? memang kene pakse pon.. solat tu wajib.. bukan sunat.. xbuat kene pakse. tapi pakse dalam erti kata berhikmah la.. jangan kira nak ceramah jerk..


hehe..

so lakukan rutin ni selalu... pi kuliah sama-sama... balik kuliah ajak dia singgah masjid..
so lama-lama dia akan terbiasa dengan rutin mcm enta.. so secara automatiknya dia akan suka pi masjid sebab dah terbiasa... paling tidak.. dia akan bersolat.. sebab dah terbiasa...

Bilik enta ada radio or komputer dak?


ada...


ok mcm ni... enta pernah dengar sajak dahi cecah ke sejadah tak? or talkin selimut putih oleh Hijjaz?


a'aah ada.. ada dalam laptop ana..


Ok.. sekali sekala... cuba pasang sajak tu tengok.. cuma jangan bagi dia peraksan la yg kita tujukan sajak tu kat dia.. pasang nasyid yg berkisar bab solat or mati... ana rasa sedikit sebanyak akan tersentuh jugak hati dia..

Ok.. ok.. ana cuba.. terima kasih ustaz..

Sama-sama.

p/s

sekiranya suami or isteri or anak-anak malas solat pon boleh guna kaedah nih..
cuma pandai-pandai la ubah ikut kesesuaian...
kadang-kadang berdakwah secara tidak langsung ini lebih berkesan daripada ceramah atau "leteran". Wallahualam.
Assalamualaikum, apa khabar semua. Moga antum sihat sokmo dan sentiasa dalam keampunan Allah.

Allah swt menurunkan Ad-Deen kepada manusia melalui rasul-rasul utusannya, seterusnya tugas membawa risalah Allah ini digalaskan kepada mereka-mereka selepasnya, kemudian ia terus bertali arus kepada kita.

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang mengajak pada kebajikan (Islam), memerintahkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imraan-104).

Manusia, khususnya Umat Nabi Muhammad saw tidak boleh tidak, kene berdakwah. Walau bagaimana cara sekalipun. Mentelah dizaman teknologi terkini, lapangan untuk berdakwah terlalu banyak. Selain daripada kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah, malah melalui komuniti-komuniti maya tajaan Kaum Muslimin, mahupun tajaan bukan Islam seperti Friendster, Myspace, Youtube dan Blog.

Alhamdulillah, jika kita perhatikan semakin ramai umat Islam mula menceburkan diri dalam dunia dakwah khususnya di cyber atau alam maya ini. Pelbagai cara digunakan untuk berdakwah di alam maya ini. Ada diantara mereka menggunakan medium penulisan, ilustrasi, audio dan juga Video. Kuliah-kuliah pengajian agama kini mudah diikuti melalui halaman-halaman web.

Islam dengan ini mudah sampai kepada masyarakat. Tetapi malangnya... kita terikat dengan satu peraturan yang mengekang usaha dakwah ini untuk terus mengalir di alam maya ini dengan slogan "HAKCIPTA TERPELIHARA" tidak boleh disalin, dicetak, ditiru, diubah suai, diedarkan, disiarkan, diterbitkan semula, di pamerkan atau di persembahankan semula"

Maka artikel atau penulisan atau audio atau video yang bermanafaat itu yang sepatutnya dapat disebar luaskan untuk kemaslahatan Ummah terbantut. Ya, mungkin salah sekiranya ia disebarkan bagi tujuan komersial, iaitu untuk kepentingan peribadi. Tetapi sekiranya bukan untuk tujuan komersial atau kepentingan peribadi mengapa perlu disekat??

Adakah kerana bagi kita ilmu itu hanya milik kita? bukankah semuanya milik Allah kerana Allah lah yang menciptanya?
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Sampai bila harus begini? bukankah Allah sudah memberi peringatan kepada kita?

إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا

الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا

Sesunggunya Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan berbangga-bangga diri (iaitu) orang-orang yang kikir dan menyembunyikan karunia Allah yang telah diberikan kepada mereka. Dan kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir siksa yang menghinakan. (An Nisa- 36-37)

kenapa perlu "kedekut" sehingga sebegini? bila time kita.. kita cukup ber"kira" mengenai soal hakcipta, kene minta kebenaran dan sebagainya. tetapi bila kita beli Cd-Cd, kaset-kaset di kedai adakah kita beli yang original? adakah semua mp3 lagu didalam laptop or komputer kita diperoleh mengikut prosedur hakcipta?

Oleh yang demikian ubahlah sikap kita.. Sebarkanlah apa-apa yang dapat memberi menafaat kepada Ummah.. ketepikan isu Hakcipta demi kepentingan Islam. Tiada apa yang dikejar didunia ini.. yang pentingnya ganjaran Allah di akhirat kelak.

مَتَاعُ الدَّنْيَا قَلِيلٌ وَالآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَى وَلاَ تُظْلَمُونَ فَتِيل

Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.” (al-Nisa’: 77)

Moga dengan ini Allah membalasi kita dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat, InsyAllah.

Wallahualam
"Setiap yang bermola itu dengan ilmu. Adapun ilmu itu menjadi manusia kenal akan Tuhannya. Kenal dosa pahala, syurga neraka."

Hum.. "keluh ku panjang.
Kitab kuning yang hampir hancur kulitnya ke lekapkan ke mukaku.
huih.. aku merengus melepaskan nafas.. bau kitab lama bercampur aroma busut anai-anai menerobos ke lubang hidung ku..
Aku mengambil kitab lalu ke tatap bahagian hadapan kulit kitab.. hampir tidak dapat aku fahami apa yang tertulis pada muka kitab tersebut.. terlalu kabur dan pudar..
Kitab yang aku punggah dari almari lama kepunyaan ayahanda aku... entah ni kitab yang ke berapa yang aku larikan dari almari usang tuh.. Herm.. kekadang aku pelik..manusia kadang-kadang semakin berilmu semakin mengarut tah hape-hape.. Sepatutnya manusia lagi berilmu lagi taat kepada Allah, lagi paham akan ajaran Allah, lagi patuh perintah Allah. Tetapi yang peliknya.. manusia lagi paham ilmu.. lagi mengaji.. lagi jadi tak ketahuanhala.

Pernah suatu ketika dalam kuliah usrah ku, Seorang ahli usrah bertanya,

Ustaz, kenapa ana tengok sesetengah orang yang ada ilmu kadang kadang lagi teruk dari orang jahil?

Maksud anta?

Yerlah ustaz.. kakdang-kadang ana tengok mereka yang mengaji kadang-kadang sampai ke Al-Azhar tapi balik menentang hukum Allah.. yang sekolah agama.. kadang - kadang sampai dah terbilang thanawinya.. tapi auratnya..amalannya, pergaulannya.. hancus... ustazah yang mengajar di sekolah-sekolah.. tutup aurat dengan tidak sempurna... ustaz-ustaz pulak.. tidak berakhlak.

terkebil-kebil jugak mata ana nak terangkan kepada mereka. Yalah bukan kerana tidak boleh menjawab soalan tuh.. tetapi terlalu penat untuk menjawab soalan tu. Bukan sekali dua doalan seperti ini diajukan kepada ana..

Tapi inilah realiti.. semakin lama semakin hilang nilai pada orang yang mempunyai ilmu agama khususnya ustaz/ustazah. Sudahlah masyarakat dipeningkan dengan sesetengah golongan ustaz yang saling menuduh antara satu sama lain dengan pelbagai gelaran. Kemudian di kelas pula dengan gelaran yang pelbagai mengikut fahaman-fahaman, tempat (ulama kufah- al ra'ayi, ulama madinah-al hadith) dan zaman (khalaf dan salaf) yang pada asalnya hanya berkisar bab furuiyyah kemudian menjadi pedebatan yang melampau lampau sehingga menyentuh bab pokok dan perdebatan itu terus berlangsung seolah olah tiada peluang untuk genjantan senjata dengan bermuzakarah secara ilmiah bukannya dengan tuduhan melulu yang dicanangkan kepada orang awam dengan fatwa-fatwa keras dan bukan - bukan.

"Ni bidaah.. tu bidaaah.. ni ahli neraka.. tu ahli neraka.. ulama suu'.. Sesat! sesat! sesatttt!!!"

Di tambah pula dengan sesetengah "ustaz/ustazah" yang menggunakan title ini untuk mempengaruhi dalam mengaut keuntungan peribadi, memenuhi nafsu serakah, memenuhi kocek atas dan bawah. Kemudian di asak pula oleh golongan "ustaz/ustazah" yang lebih teruk akhlaknya daripada orang awam. Yang menggunakan dalil-dalil mengikut kaedah dan penafsiran yang salah bagi membenarkan perbuatan maksiat mereka.

"eh.. x salah lah.. aku ustaz.. aku tau la.."
"darurat.. tak pe.."
" Tu zaman dulu.. ni zaman moden"

Natijahnya, masyarakat menjadi pening, hilai nilai hormat pada mereka yang bergelar ustaz.

"Ustaz apekebende main judi..."
"Ustaz apekebende pakai seluar pendek"
"ustazah apekebende tutup aurat tak sempurna"
"Ustaz apekebende tengok video lucah"
"Ustaz apekebende tak solat"

Tak kurang juga masyarakat yang mengambil contoh-contoh "ustaz-ustaz/ustazah-ustazah" songsang yang terlibat dengan maksiat bagi membenarkan tindakan mereka untuk turut bersama melakukan maksiat

"kalau salah.. takkan ustaz/ustazah pon join.."
" Nak heran apa.. ustaz/ustazah pon pakai.."

Hasilnya masyarakat menjadi celaru haru biru.. pening... pening!!!!

Oleh yang demikian.. ana merayulah.. kepada diri ana sendiri dan mana-mana ustaz/ustazah yang baca posting ana nih.. tolonglah... masyarakat semakin pening.. jangalah di tambah kepeningan mereka dengan sikap, pendekatan dan kaedah yang kita guna. Janganlah sampai kita yang menjadi agen perosak masyarakat... pemecah belah masyarakat...

"Utamakanlah yang aula kerana yang aula itu lebih aula daripada yang aula"

Wallahualam,

Assalamualaikum..

Pe khabar semua.. ana harapkan semua sihat sokmo.. Oklah.. untuk dakwah santai kali ni.. ana ini bawa satu tajuk yang maybe agak "berat" seperti yang dinyatakan di atas.. "Pendakwah yang penipu". Sebenarnya bukanlah tujuan ana untuk suke suki menghentam para pendakwah..kerana ana sendiri merupakan salah seorang daripada jutaan pendakwah di bumi Allah ini.. Walaubagaimana pun.. ana rasa tidaklah salah seandainya jika terdapat kelemahan dan kedaifan pada pendakwah ini ditegur.

Kita sebagai pendakwah harus berfikiran terbuka dan sedia untuk dikritik sekiranya demi kemaslahatan ummah khususnya agama Islam itu sendiri. Ok.. apa yang ana maksudkan dengan pendakwah penipu. Taarif yang ana maksudkan dengan pendakwah penipu adalah pendakwah yang menipu ketika dalam ucapan atau syarahannya ataupun ceramahnya.

Ana dapati penyakit menipu ketika berceramah, atau bersyarah dan sebagainya ini semakin lama semakin merebak dikalangan pendakwah itu sendiri. Rata-rata mereka ini menipu secara sedar ataupun secara tidak sedar. Selalunya ana mendapati para pendakwah suka mereka-reka cerita sedangkan ia tidak berlaku untuk menarik perhatian para pendengar. Adakalanya pendakwah menceritakan seolah-olah ia benar-benar berlaku padanya sedangkan itu hanyalah rekaan. Adakalanya ana mendapati hampir 2-3 orang menggunakan "lawak" sedemikian dan masing -masing mengatakan itu adalah pengalaman sebenarnya. Aih? takkan peristiwa "lawak" lagi pelik itu berlaku pada ke 3 tiga pendakwah ini dengan satu jalan cerita yang 100% sama??

Memang dalam berdakwah khususnya yang berkaitan dengan pengucapan awam ini, kita perlu menyelitkan unsur-unsur humor dalam ucapan kita agar kita pendengar tidak bosan. Namun begitu seharusnya ketika kita menceritakan humor-humor tersebut kita mesti menjelaskan bahawa ini cerita tersebut adalah cerita rekaan semata-mata... atau menggunakan klaus "ada satu kisah, atau hikayat.. atau saya pernah terdengar satu cerita.. atau terbaca satu cerita.."

Tapi malangnya ramai mengaddresskan kisah yang berlaku seolah-olah ia kisah benar atau seolah-olah berlaku padanya.. sehinggakan menggunakan kalus-klaus seperti "saya masih ingat masa saya kecik-kecik".. , atau pernah berlaku pada saya.. atau ada satu hari tu.. saya.." sedangkan cerita yang hendak disampaikannya itu sebenarnya tidak berlaku padanya hanya rekaan semata-mata atau.. beliau hanya menceduk dari mana-mana buku, internet, ceramah rakan-rakan pendakwah yang lain dan sebagainya.. tetapi di istiharkan seolah-olah kisah tu berlaku padanya.

Ada juga dikalangan pendakwah itu sendiri bercakap tentang sesuatu isu dengan berkobar-kobar.. sehingga ada masanya mereka mengecam mereka yang melakukan atau tidak melakukannya... dengan janji-janji Azab Allah, neraka, kemurkaan Allah dan sebagainya.. sedangkan dirinya sendiri melakukannya ... atau tidak melakukannya....

Rasanya tidaklah perlu ana datangkan dalil atau mana-mana petikan kitab berhubung perkara ini. Ini kerana teguran ana ini khusus kepada para pendakwah yang ana kira sudah arif lagi paham akan dalil-dalil yang tidak mengharuskan atau mengharamkan kita menceritakan atau memperkatakan sesuatu sedangkan kita tidak mengalaminya atau melakukannya.. dan juga berkaitan dengan kesalahan menipu para hadirin dengan mereka-reka cerita yang sebenarnya tidak berlaku pada anda.

Ana sarankan kepada para pendakwah yang melakukan perbuatan seperti ini agar segera bertaubat. Ingatlah perbuatan anda mengundang kesan yang buruk kepada Islam. Jangan hanya sekadar mahukan pendengar terhibur atau mengejar popular kita sanggup menipu atas tiket dakwah.. Janganlah jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Moga kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt.

Wallahualam
Tiap-tiap oang muslim yang sudah sampai ilmunya kepada martabat boleh menimbang sendiri akan dalil-dalil far’iyyah (atau hukum perkara-perkara yang bersangkut paut dengan Feqah) ianya berhak mengikut mana-mana Imam Mazhab Feqah yang terkenal dan di samping itu seelok-eloknya ia hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan mencari dalil dalil yang dibawa oleh Imam Mazhab yang dianutinya itu, dan hendaklah ia menerima apa-apa sahaja tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil.

Jika ia dapati orang yang memberi tunjuk ajar kepadanya itu benar dan layak serta berkebolehan, malah sepatutnya ia mestilah sentiasa berusaha menyempurnakan kekurangan ilmiahnya, walaupun ia sendiri sudah masuk ke dalam golongan ahli-ahli yang berilmu pengetahuan, sehingga ia betul-betul dapat sampai kepada martabat orang-orang yang boleh menimbang hukum-hukum far’iyyah (Feqah) itu dengan sendirinya atau (menjadi ahli mujtahid)
Perselisihan pendapat Feqah dalam masalah-masalah far’iyyah (masalah Khilafiah) itu tidaklah boleh menjadi sebab bagi perpecahan sesama sendiri di dalam Agama Islam, malah itu semuanya janganlah menjadi punca permusuhan dan kebencian sesama sendiri, kerana tiap-tiap orang yang mujtahid itu diberi pahalanya.

Tetapi tidaklah pula ditegah kita berusaha mencari takhqiq ilmiah secara ikhlas di dalam masalah khilafiah itu, dan hendaklah usaha-usaha itu dilakukan semata-mata kerana cintakan keredaan Allah dan dengan niat berkerjasama dalam mencari kebenaran dan semuanya itu adalah dengan cara yang tidak membawa kepada perbalahan atau bersengketa yang tidak diingini, dan tidak pula dengan cara fanatik
Kita orang-orang Islam ditegah oleh syarak daripada berbicara meleret-leret dari gal sebarang masalah yang tidak boleh mendatangkan hasil yang dapat diamalkan secara langsung. Di antara perkara-perkara atau masalah-masalah tadi ialah seperti hukum-hukum feqah yang tidak berlaku di dalam masyarakat atau dalam urusan sehari-hari.

Begitu juga kita ditegah daripada berbicara dari hal pengertian setengah-setengah ayat-ayat al-Quran yang masih belum sampai pengetahuan manusia kepadanya. Malah kita juga ditegah daripada mempersoalkan perbezaan-perbezaan kemuliaan martabat di antara sahabat-sahabat Rasulullah saw dan apa-apa yang telah menjadi perselisihan di antara mereka, kerana tiap-tiap sahabat itu mempunyai kemuliaannya sendiri sebagai seorang sahabat kepada Rasul Allah dan beliau akan dibalas Tuhan kerana niatnya yang suci murni.

Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi haram atau tegahan kalau kita membuat ulasan-ulasan terhadap sahabat-sahabat yang mulia itu selagi ulasan-ulasan kita itu dibuat secara bersih sesuai dengan martabat mereka sebagai sahabat kepada Rasulullah saw