"Setiap yang bermola itu dengan ilmu. Adapun ilmu itu menjadi manusia kenal akan Tuhannya. Kenal dosa pahala, syurga neraka."

Hum.. "keluh ku panjang.
Kitab kuning yang hampir hancur kulitnya ke lekapkan ke mukaku.
huih.. aku merengus melepaskan nafas.. bau kitab lama bercampur aroma busut anai-anai menerobos ke lubang hidung ku..
Aku mengambil kitab lalu ke tatap bahagian hadapan kulit kitab.. hampir tidak dapat aku fahami apa yang tertulis pada muka kitab tersebut.. terlalu kabur dan pudar..
Kitab yang aku punggah dari almari lama kepunyaan ayahanda aku... entah ni kitab yang ke berapa yang aku larikan dari almari usang tuh.. Herm.. kekadang aku pelik..manusia kadang-kadang semakin berilmu semakin mengarut tah hape-hape.. Sepatutnya manusia lagi berilmu lagi taat kepada Allah, lagi paham akan ajaran Allah, lagi patuh perintah Allah. Tetapi yang peliknya.. manusia lagi paham ilmu.. lagi mengaji.. lagi jadi tak ketahuanhala.

Pernah suatu ketika dalam kuliah usrah ku, Seorang ahli usrah bertanya,

Ustaz, kenapa ana tengok sesetengah orang yang ada ilmu kadang kadang lagi teruk dari orang jahil?

Maksud anta?

Yerlah ustaz.. kakdang-kadang ana tengok mereka yang mengaji kadang-kadang sampai ke Al-Azhar tapi balik menentang hukum Allah.. yang sekolah agama.. kadang - kadang sampai dah terbilang thanawinya.. tapi auratnya..amalannya, pergaulannya.. hancus... ustazah yang mengajar di sekolah-sekolah.. tutup aurat dengan tidak sempurna... ustaz-ustaz pulak.. tidak berakhlak.

terkebil-kebil jugak mata ana nak terangkan kepada mereka. Yalah bukan kerana tidak boleh menjawab soalan tuh.. tetapi terlalu penat untuk menjawab soalan tu. Bukan sekali dua doalan seperti ini diajukan kepada ana..

Tapi inilah realiti.. semakin lama semakin hilang nilai pada orang yang mempunyai ilmu agama khususnya ustaz/ustazah. Sudahlah masyarakat dipeningkan dengan sesetengah golongan ustaz yang saling menuduh antara satu sama lain dengan pelbagai gelaran. Kemudian di kelas pula dengan gelaran yang pelbagai mengikut fahaman-fahaman, tempat (ulama kufah- al ra'ayi, ulama madinah-al hadith) dan zaman (khalaf dan salaf) yang pada asalnya hanya berkisar bab furuiyyah kemudian menjadi pedebatan yang melampau lampau sehingga menyentuh bab pokok dan perdebatan itu terus berlangsung seolah olah tiada peluang untuk genjantan senjata dengan bermuzakarah secara ilmiah bukannya dengan tuduhan melulu yang dicanangkan kepada orang awam dengan fatwa-fatwa keras dan bukan - bukan.

"Ni bidaah.. tu bidaaah.. ni ahli neraka.. tu ahli neraka.. ulama suu'.. Sesat! sesat! sesatttt!!!"

Di tambah pula dengan sesetengah "ustaz/ustazah" yang menggunakan title ini untuk mempengaruhi dalam mengaut keuntungan peribadi, memenuhi nafsu serakah, memenuhi kocek atas dan bawah. Kemudian di asak pula oleh golongan "ustaz/ustazah" yang lebih teruk akhlaknya daripada orang awam. Yang menggunakan dalil-dalil mengikut kaedah dan penafsiran yang salah bagi membenarkan perbuatan maksiat mereka.

"eh.. x salah lah.. aku ustaz.. aku tau la.."
"darurat.. tak pe.."
" Tu zaman dulu.. ni zaman moden"

Natijahnya, masyarakat menjadi pening, hilai nilai hormat pada mereka yang bergelar ustaz.

"Ustaz apekebende main judi..."
"Ustaz apekebende pakai seluar pendek"
"ustazah apekebende tutup aurat tak sempurna"
"Ustaz apekebende tengok video lucah"
"Ustaz apekebende tak solat"

Tak kurang juga masyarakat yang mengambil contoh-contoh "ustaz-ustaz/ustazah-ustazah" songsang yang terlibat dengan maksiat bagi membenarkan tindakan mereka untuk turut bersama melakukan maksiat

"kalau salah.. takkan ustaz/ustazah pon join.."
" Nak heran apa.. ustaz/ustazah pon pakai.."

Hasilnya masyarakat menjadi celaru haru biru.. pening... pening!!!!

Oleh yang demikian.. ana merayulah.. kepada diri ana sendiri dan mana-mana ustaz/ustazah yang baca posting ana nih.. tolonglah... masyarakat semakin pening.. jangalah di tambah kepeningan mereka dengan sikap, pendekatan dan kaedah yang kita guna. Janganlah sampai kita yang menjadi agen perosak masyarakat... pemecah belah masyarakat...

"Utamakanlah yang aula kerana yang aula itu lebih aula daripada yang aula"

Wallahualam,

kumpulan artikel |
3 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    ustaz n ustazh kla yg kene jage adab n ugama dorang...cmne dorang nk bimbing org len klu dri sndri pun xterbimbing



  2. ibn_illiyyas Says:

    Assalamualaikum wbt...salam ukhwah fillah abadan abada...merujuk kepada tajuk, sepatutnya sebagai golongan daie, para ustaz/ustazah seharusnya lebih baik menjaga akhlaq masing2... setiap ilmu itu bukan sekadar sebagai exercise minda semata2 ttp ianya perlu kepada amalan dalam diri. dan para daie yang sememangnya menjadi role model kepada masyarakat. golongan daie seharusnya golongan yang lebih arif menjaga nama baik agama agar agama Islam terus dihormati. Masyarakat mungkin pening apabila segenap maklumat yang mereka terima daripada para ustaz/ustazah tidak tidak dapat ditonjolkan oleh golongan ustaz/ustazah sendiri. seperti kata anonymous, mereka sepatutnya membimbing diri sendiri sebelum membimbing orang lain. seperti sabdaan Nabi saw pada akhir zaman ini akan lahir ulamak yang fasik. maka seharusnya kita berhati2 terhadap perkara ini agar golongan daie ini dapat membatasi hukum yang ditegah oleh Rabbul Jalill. Mudah2an Allah memelihara golongan daie...amin....


Catat Ulasan