Alhamdulillah, syukur kepada Allah dapat kita bertemu lagi bulan ramadan.. Bulan yang penuh barokah.. Bulan umat islam berlumba-lumba mengejar pahala. Sepanjang hari didalam bulan ramadan, kita menjaga seluruh anggota.. mata, hidung, telinga, hati... semuanya dijaga.. agar tidak melakukan dosa-dosa yang boleh mengurangkan pahala puasa.. lidah sentiasa dibasahi zikir dan ayat-ayat suci al-Quran.
Bermula dari seawal pagi dipenuhi dengan Qiammullail, Zikir dan tadarus al-Quran, kemudian bersahur.. Disambung pula dengan solat subuh, kembali berzikir dan membaca al-Quran.. terus menerus hati berzikir tidak putus-putus... Seandainya boleh dihintung dengan angka.. entah berapa banyak nilai pahala yang di beri..
Bila tiba lewat petang.. bersiap-siap ke pasar ramadan..
Melangkahkan kaki ke pasar...
Kelihatan manusia berkerumun seperti semut-semut mengerumuni gula...
dari jauh sudah terbau aroma ikan bakar, ayam panggang memanggil-manggil...
Kaki semakin laju melangkah..
sesekali terpandang anak-anak gadis berpakaian singkat menampakkan pusat..
argh.. seraya menoleh kekiri.. bulan-bulan posa pun dok seksi tak ingat.. apa nak jadi nih.. ish.. di ingat lawa sangat ke pakai macam tu time bulan2 puasa nih! tak reti hormat langsung! hati menggerutu ...terlihat pula di sebelah kiri pasangan seorang pemuda berjalan sambil merangkul pinggang kekasihnya yang ramping.. uik? posa posa pon peluk bukan main rapat? isk isk isk... ni kompom masuk neraka nih! kepala ditundukkan tanda kesal.
kaki terus melangkah.
singgah ke gerai menjual kuih
kak.. bagi tu seringgit.. ni seringgit.. yang tu seringgit...
didalam hati mengerutu lagi ; "aik seringgit 2 jerk.. mahal betul.. cekik darah"
kaki melangkah lagi.. singgah pula ke kedai air
kak air ni satu.. air tu satu..
melangkah lagi kaki sambil mata terus meliar melihat ke arah gerai..
nak beli apa lagi ar? lauk pulak lah...
kak, bagi lauk itu... lauk ini.. lauk itu.. erm.. tambah kuah sikit lagi..
ok.. lauk dah beli, kuih pon dah.. air pon dah.. dah boleh balik..
kaki melangkah agar lemah... terasa hati berat meninggalkan pasar ramadan tu..
setibanya di rumah.. lauk disajikan.. aroma lauk pauk mencucuk-cucuk kedalam hidung..
Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. suara azan berkumandang .
Bismillah.. tangan kanan terus mencapai gelas.. glup..glup...glup.. ahhh.. tambah lagi.. glup glup glup... ahhh sedap betul air nih.. tambah lagi sikit.. glup...glup.. ahh.. leganya...
hum.. kenyang la plak.... makan kuih sebijk dua.. hum.. dah kenyang.. alamak.. lauk banyak lagi.. macam mana? masuk peti ais dulu lah.. lepas terawikh sambung..
bukak pintu peti ais.. alamak.. penuh la.. lauk semalam pon ada lagi..
Ni lah realiti yang berlaku.... sebelah siang puasa bagai nak rak.. bila tiba petang.. habis dengan dosa-dosa.. dosa mata melihat perkara mungkar.... dosa hati mengeji menghina.. dosa berbelanja dengan berboros.. kadang-kadang kita sibuk mencerca orang yang menjual makanan di pasar ramadan... mahal sangat.. tapi kita lupa perbuatan kita mencerca tu bukanlah perbuatan yang baik. Memanglah jual mahal tu salah.. tapi kalau kita dok cerca orang yang jual tu pon salah jugak.. sampai kadang-kadang dijadikan isu sembang2 petang.. mencerca penjual2 di pasar ramadan yang jual kuih mahal.. dah tahu mahal.. lain kali xpayah beli kat kedai tuh.. abis cerita..
begitu jugak.. kalau beli makanan yang tak sedap.. mahu dihina makan tu.. kerana tak sedap.. mengeluh kerana tidak menepati citarasa anak tekak kita.. kita sepatutnya kena paham-paham la.. nama pon bulan puasa.. so standard la kalau tawar ke terlebih masin ke.. kalau gamak xsuka tinggalkan.. kalau suka ambil. kan senang..
Bagitu juga dengan bebudak yang pakai seksi yang kita cemuh mereka.. kan elok kalau gamak tak berkenan di hati.. kita pi nasihat.. sambil tersenyum kita pi kata " warna baju awk ni sesuai sangat dengan kulit awak.. tapikan saya rasa kulit awak ni lebih sesuai kalau berbaju kurung warna hijau dan bertudung putih" ana pasti, si gadis tadi pasti tersipu-sipu mendengar pujian dan nasihat anda tuh.. ataupun paling tidak berdoalah dalam hati " Ya Allah.. Kau bukakkanlah pintu hati si gadis tu supaya satu hari nanti dia menjadi wanita solehah" mencerca baik dengan lisan mahupun hati bukanlah satu perbuatan yang elok tambah-tambah bulan puasa ni..
Cuba bayangkan sikap boros kita ketika berbelanja di pasar ramadan tu menjadi bahan umpatan dan kejian orang.. apa yang kita akan rasa? atau masakan yang kita yang kita bagi kat jiran-jiran sebelah.. diumpat dan di hina kerana tak menepati selera mereka. apakah perasaan kita? atau akhlak kita yang kadang kala tak sempurna ni, atau pakaian kita yang kadang kala terbabas dari kesempurnaan aurat nih dijadikan bahan umpatan dan kejian.. apakah yang kita rasa? Semperna bulan ramadan nih.. meh la kita insafi diri kita sendiri.. kita semak diri kita sendiri.. adakah kita cukup sempurna untuk mengeji seseorang.. adakah kita layak menghukum seseorang.. sedangkan kita sendiri dipenuhi dengan kelemahan dan kedaifan.. perbaikilah diri kita.. disamping kita doakan mereka saudara-saudara kita yang jauh dari agama itu agar kembali kejalan Allah.
Wallahualam,
Selamat menjalani Ibadah puasa

Catat Ulasan