Credit to nazman for the picture.
Sebelum ana teruskan posting... marilah semua kita menghadiahkan Al-fatihah kepada adik nurin, bagi yang berkesempatan buatlah solat jenazah ghaib keatasnya.
Setiap kali ana tatap gambar adik nurin di atas, hati ana. meruntun...sayunya... hancur... luluh... ingin sekali di jerit dan melolong... Sungguh zalim.. tak ubah seperti binatang!!!
Sebelum ini akhbar kosmo! melaporkan menjumpai jenazah kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam beg di tepi tangga. Terdapat kesan lebam pada kemaluan dan dubur mangsa. Kemungkinan besar kanak-kanak tersebut mengalami penderaan seksual sebelum dibunuh. Ketika tu ramai tertanya-tanya siapakan kanak-kanak malang tersebut. Tetapi setelah dibuat bedah siasat mendapati (DNA) ke atas darah, rambut dan kuku ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang disahkan sama dengan DNA mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dijumpai tersebut.
Sebelum ini terdengar "suara-suara" yang mencemuh kedua ibu bapa nurin kononnya mereka sengaja mengada-adakan cerita untuk mendapat publisti dan simpati masyarakat. Tetapi setelah terbukti yang adik nurin dibunuh, dimana "suara-suara" ini menghilang.?? kenapa diam??? puaskah sudah hatimu wahai "suara-suara" jijik?. Cuba bayangkan seandai ini berlaku kepada anakmu, adikmu, sanak-saudaramu! apakah perasaanmu, sekiranya mereka mencemuhmu kononnya kamu sengaja mengada-adakan cerita??? suka? gembira?
Inilah satu penyakit yang terdapat kepada kita. Suka membuat telahan, suka menjatuhkan hukum, suka bersangka yang bukan-bukan sesama manusia.
"macam mane lah boleh hilang.. anak sendiri pon tak reti jage..
"alah mak bapak nurin tu sengaja reka cerita.. nak cari publisiti.. dulukan budak yang hilang sebelum ni diberi publisti meluas.. dapat tajaan, buah tangan, wang ringgit.. gamaknya si mak bapak nurin pon nak cari publisiti ler tu... tah-tah dia sorok anak dia kat mane tah.." "Suara-suara" meluahkan pendapat sambil ketika mendengar berita kehilangan adik nurin.
Wahhh??? hebat!!! "suara-suara" ini kalah malaikat! boleh baca hati orang.. boleh tafsir sesuatu tanpa perlu selidik terlebih dahulu.! Sampai bila kita perlu bersikap jengkel seperti ini? Insaflah wahai umat semua.. tolonglah hentikan tuduhan melulu... hentikan... jangan main tembak jerk macam tragedi di batu burok.. Jangan ingat semua manusia gilakan publisiti murahan.. gila sangat nak kaya.. nak glemer.. ketahuilah bahawa tidak semua itu seperti apa yang kita sangkakan.
Kepada keluarga adik Nurin, ana kirimkan takziah.. "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar"
Kepada Polis Diraja Malaysia, tolonglah siasat kes ini dengan teliti dan segera. Sekalipun walau selesai kes ini ia tetap tidak mengubatkan hati kami yang luka.. sekurang-kurangnya ringan sedikit perit di jiwa.. setelah berapa ramai anak-anak kami diculik dan dibunuh..
Ya Allah, dengan apa yang telah Kau takdirkan kepada nurin sebagai takdirnya,
Maka kami demi sesungguhnya kami sentiasa redha,
Ya Allah, Kami rayu kepadaMu Ya Allah,
Kau balasilah nurin di tempat yang sepatutnya Ya Allah,
Kau tempatkanlah dia bersama para syuhada-syuhada dan solihin,
Kau lemparkanlah kesabaran kedalam hati keluarganya,
Kau balasilah kesabaran mereka dengan syurgaMu yang Kau janjikan untuk orang-orang yang sabar,
Demi Sesungguhnya Kaulah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Amin, Ya Rabbal Alamin.
Catat Ulasan