"Waalaikumsalam, khabar baik" jawab seorang remaja dalam lingkungan 17-19 tahun
"Banyak beli untuk berbuke?" Soalku lagak seperti sudah kenal bertahun
"Ni ha.. mak suruh beli kuih sket dengan air soya". Cebih remaja terbabit sambil menunjukkan beg plastik yang dibimbitnya.
"Owh.. sedap tu.. ok lah ye.. Assalamualaikum" "Waalaikumsalam."
Lantas ku berjalan meninggalkan remaja tersebut. Sahabatku yang bersamaku di sebelah menyoal.
"Syeikh, sape tuh?"
"erm.. entah.. rasanya budak-budak dekat sini jugak". jawabku
lah? anta tegur dia.. anta tak kenal?.
"tak". jawabku ringkas
"uh? pelik". soal rakanku sambil menggaru-garu keningnya.
"herm.. buat ape nak pelik. kan sunnat bagi salam kepada orang dan bertanya khabarnya". jawabku sambil tersenyum.
"owh.... tapikan.. memang pelik la zaman sekarang... orang sekarang mana ada bagi salam lagi kat orang yang tak kenal. just kat member jerk."
ni yang nak kita kene ubah. jawabku dengan penuh semangat.
Oooo..
Memberi salam sebenarnya merupakan doa dan harapan bagi keselamatan dan kesejahteraan antara satu sama lain. Dengan doa ni terjalinlah kemesraan dan kasih sayang di antara satu sama lain.
Dari segi bahasa arab Assalamualaikum ia bermaksud " Selamat sejahtera ke atas kamu" dan dijawab dengan Waalaikumsalam pula bererti " di atas kamu juga selamat sejahtera"
Mengikut hukum, setiap orang Islam dianjurkan memberi salam bila bertemu dengan saudara Islam walaupun pertemuan itu beberapa kali. Ia dihukum sunat dan diberi pahala. Walaubagaimanapun yang menjawab tu dihukumkan sebagai wajib. dan enggan menjawab salam dari saudara Islamnya adalah satu perbuatan dosa.
Ucapan salam ni dah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. cumanya ada sesetengah lagi anggota masyarakat yang sudah mula hilang amalan memberi salam ni, bahkan nak jawab salam pon malas. Tapi ringan pulak mulut derang dengan ucapan "Hai", "good morning", "yo whut up", "hoi" dan macam-macam. Sebagai contohnya kita selalunya mendahulukan perkataan Hello sebelum mengucapkan Assalamualaikum ketika berbual didalam telefon. Kan elok sekiranya kita sebut Assalamualaikum, kemudian sebut hello? nak lebih baik xpayah langsung sebut hello.
Malah kalau kita tengok sikap kita kekadang, bila nak masuk rumah orang.. main masuk jerk.. dah sampai depan pintu rumah dia.. siap jenguk kepala dalam rumah tersebut baru kita bagi salam. Bahaya sungguh! Mau tidaknya, kena yang dok dalam rumah tu tengah bergurau suami isteri... mau terkejut beruk.huhuh...
Tak boleh la macam tu, Allah swt dah bagi panduan yang elok lagi cantik kat kita:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya: Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu.
Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin), maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa-apa yang kamu lakukan".- An Nur-27
Ana dah sentuh pasal adab nak ke rumah orang ni dalam posting yang terdahulu. sila klik sini untuk membacanya.
Kenapa kita di tuntut sangat untuk memberi dan menjawab salam nih?
Sebab terlalu banyak hadith-hadith yang menceritakan kelebihan memberi dan menjawab salam nih. Antaranya;
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda " Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan, nescaya kamu akan berkasih mesra?" Para sahabat baginda menjawab: "Belum wahai Rasulullah s.a.w." Kemudian Rasulullah s.a.w pun menerangkan: "Kembangkanlah memberi salam di antara kamu." (Hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
Orang-orang yang memberi dan menjawab salam jugak akan diberi pahala dan kebajikan daripada Allah swt.
Lepas pahala kebajikan, dapat pulak rahmat!
"Dua orang bertemu dan masing-masing memberi salam kepada temannya serta berjabat tangan, nescaya diturunkan di antara kedua-duanya seratus rahmat. Bagi yang memulai mendapat sembilan puluh dan bagi yang berjabat tangan sepuluh" (Hadith riwayat al-Bazzar, Al Kharaithi dan al Baihaqi)
Dah tu, tak cukup dengan tu, Malaikat pulak mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali!
"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali" (Hadith riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
Dahla malaikat mendoakan kepada depa yang memberi dan menjawab salam. Allah ampunkan pulak dosa-dosa mereka sebelum mereka berpisah!
"Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah." (Riwayat Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)
Fuhhh!! banyak tu.. kelebihan! dah tu tak reti reti nak bagi dan jawab salam? hehehe..
Memang tak dinafikan.. kita selalu bagi dan jawab salam.. selalu berjabat tangan.. tapi tu la.. selalu bagi salam pon main ujung mulut jerk..
Semekom.. Semekom.. kekadang dengar macam telekom.. kekadang dengar macam celcom! huhuh.. Salam plak.. main hujung jari jerk.. macam nak tak nak jerk.. bukanlah suruh genggam sampai melampau... kang tak pasai - pasai boleh penampaQ..tapi salam lah betul-betul.. jangan "asal salam jerk!" okey?
Kalau nak pahala bagi salam panjang sket.. Kalau setakat Assalamualaikum.. boleh la 10 kebaikan.. kalau Assalamualaikum warahmatullah.. boleh 20.. kalau Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh baru dapat 30 kebaikan! sepertimana maksud hadith yang riwayat oleh Abu Daud dan at-Tarmizi;
" Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw serya mengucapkan "Assalamualaikum", Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: "itu 10 kebaikan" Kemudian datang seorang lain lalu mengucapkan "Assalamualaikum warah matullah" Maka nabi Muhammad saw pon bersabda: "itu 20 kebaikan". Selepas itu seorang lain datang dan mengucapkan "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" Maka Nabi Muhammad saw bersabda " itu 30 pahala kebajikan."
So, ape tunggu lagi... Jom kempen bagi salam.. tetambah bulan ramadan nih.. amalan dilipat kali gandakan! Wah.. best tuh... Jom!
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh...
assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.oke x?hiks!
ryn mmg slalu kasi salam. pelik jugak kan. kalau classmates jumpe mane2 lecturer,dok ckp gud moneng jekk.
sedangkan lecturer tuh islam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... (30pahala kebaikan :)
"Malah kalau kita tengok sikap kita kekadang, bila nak masuk rumah orang.. main masuk jerk.. dah sampai depan pintu rumah dia.. siap jenguk kepala dalam rumah tersebut baru kita bagi salam. Bahaya sungguh!"
hurmm.. setuju betul dgn kenyataan nih.. Sb ade pengalaman.. Slalu terkena dgn makhluk spesis lelaki yg xpaham hukum nih. Sakit ati tul. Kdng2, tgh kami bersantai dgn family, tetiba dia(pekerja abg saya)boleh aci redah je masuk umah org. Siap bukak pagar lagi. Dah jenguk kepala baru nk bg salam. Bertempiran kitorg lari..Tak patut betul!Kita buat pagar, supaya ada batas suci. Ni main redah je..Sungguh kurang Sopan!!
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarokatuh kepada si b*ntang.. maybe dah terbiase kot bintang.. "kemajuan" lah katekan :P and to anonymous.. tu lah.. kekadang biase la.. xkire lelaki ke perempuan ker.. pepaham la.. tetambah time tengah hari yg panas terik.. 4sure semua org putih tepi pantai la... santai bukan main.. cuma xde la pakai swimming trunk or swimming suit.. just kain pelikat and singlet trunk or kain batik and t-shirt adik2 suit ajerk.. huhuh
salam
saya pernah dengar dlm 1 ceramah..klu mjawab salam...penjawab mesti lebih salamnya dr si pemberi slam...
untuk assalamualaikum warah matullahiwarakatuh....
jawabnya waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh wardhuanuh..
btul atau x sebutan yg akhir...minta komen sket.klau2 ade yg x btul
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh wamaqfiratu - Beri Salam
Jawabnya - Waalaikumussalam Warahmatulahi Wabarokatuh Wamaqfiratu Waridwani..