KUALA KANGSAR 23 Sept. - Kemungkinan polis mengambil tindakan mendakwa ibu bapa Nurin Jazlin yang meninggal dunia akibat deraan seksual adalah berdasarkan peruntukan undang-undang, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“Undang-undang tetap undang-undang... kita kena ambil tindakan, tiada siapa boleh terlepas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai kemungkinan polis mendakwa ibu bapa kanak-kanak itu kerana cuai.

Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan zakat Amanah Raya Berhad di sini malam tadi, beliau berkata, tindakan yang diambil oleh polis itu adalah berlandaskan kepada prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-undang.

Jazimin Abdul Jalil dan isterinya, Norazian Bistaman menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai mengikut peruntukan undang-undang Akta Perlindungan Kanak-kanak. mainkan peranan menjaga keselamatan anak-anak mereka.

“Saya rasa amat sedih kerana seperti ibu bapanya, saya juga sangat berharap Nurin Jazlin akan selamat kembali ke pangkuan keluarga selepas kehilangannya,” katanya.

Beliau berkata, sebagai menteri yang menjaga potfolio undang-undang, beliau berazam memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada polis dalam usaha menghadapkan mereka yang terbabit dengan kematian Nurin Jazlin ke muka pengadilan bagi hukuman yang setimpal.

Satu pasukan penyiasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah ditubuhkan bagi memburu dan menangkap suspek pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang diculik 20 Ogos lalu.

Nurin Jazlin dikebumikan Jumaat lepas setelah mayatnya dijumpai di dalam beg sukan yang ditinggalkan di tangga sebuah kedai di Petaling Jaya pada Isnin. - Bernama

Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula! Adakah mak bapak Nurin sahaja yang patut disalahkan semata-mata?

  • Apakah tidak salah bagi anggota keselamatan yang tidak menjalankan tugas dengan sempurna sehingga penjenayah bersepah di sana sini? kes bunuh dan culik tak henti-henti?
  • Apakah tidak salah Kerajaan yang memerintah yang tidak melaksanakan hukum Hudud yang pastinya akan dapat mengekang kegiatan jenayah daripada terus berlaku?
  • Adakah tidak salah pihak media yang tidak memberi liputan meluas seperti mana liputan yang diberi dalam kes Yin? tetapi hanya memberi liputan meluas setelah kematian Nurin?
  • Adakah tidak salah pihak imegresen yang tidak bersungguh sungguh dalam mengawal banyakkan pendatang-pendatang asing yang rata-rata penjenayah masuk ke malaysia?
  • Adakah tidak salah Polisi kerajaan yang membuka seluas-luasnya kepada pendatang untuk masuk ke negara yang mana kebanyyakkan mereka banyak melakukan kes jenayah berat di Malaysia?

Tetapi... kenapa hanya Ibu Bapa Nurin sahaja dipersalahkan? Sudahlah mereka dalam kesedihan akibat kehilangan anak kesayang mereka. Di tambah pula Ugutan-Ugutan yang tak sepatutnya dalam saat kesedihan masih melanda kedua-dua mereka.

Adakah dengan mengambil tindakan kepada Ibu Bapa Nurin dapat menyelesaikan masalah?? Adakah Ibu Bapa punca utama ratusan kes culik dan bunuh di Malaysia?
Anda sendiri buat penilaian.
kumpulan artikel |
2 Responses
  1. MakcikMuda Says:

    assalamualaikum.

    saya amat2 tidak bersetuju dgn tindakan incik polisi di negara kita.

    saya antare manusia yg membantah undang2 ini.

    tidak sedarkah mereka bahawa ibu bapa arwah sudah cukup terhukum?

    tidak cukup lagikah kehilangan seorang anak mjadi hukuman?mahu ditambah lagi dengan saman yang bukan2?

    ini sekadar pendapat.


  2. Tanpa Nama Says:

    herm.. tu la.. maybe sbb xkene kat batang hidung sendiri kan?.. kalau kene kat batang hidung sendiri.. 4sure derang dengan sekeras2nya akan mintak akta or undang-undang tu dibubarkan! huhu.. anyhow.. thnx b*ntang kerana sudi santai kat sini :)


Catat Ulasan