Assalamualaikum..

Kali ni ana nak borak2 pasai ghibah.. atau bahasa melayunya mengumpat... Orang melayu cukup sinonim dengan umpat mengumpat ni.. Bukan nak perlekeh bangsa sendiri.. tapi kenyataan.. so kene terimalah kan? anyhow.. kekadang ana baca harakah.. or blog2 hatta blog ana sendiri kelihatan seperti ada unsur2 mengumpat. Kalau dalam bahasa arabnya dipanggil ghibah. Tambahan plak tuan-tuan guru kita selalu menyebut akan aib seseorang.. xkan ulama2 pon mengumpat jugak? Ish.. takkan depa xpaham hukum..?

Herm.. apa2 pon.. meh kita tengok.. apa yang Imam Nawawi nukilkan ni..

Imam Nawawi pernah sebut pasai benda dia.. (ghibah) dan dia mengharamkan perbuatan ghibah ni kecuali dalam situasi:

1. Mengadukan kezaliman orang lain. Kira macam kita buat laporan polis la.. atau bagi keterangan kat hakim. Kita bagi tau tu bukan niat saja2 suke2 nak mengumpat.. Tapi supaya di ambil tindakan dan supaya kita tak terus di tindas.

2. Untuk mengubah kemungkaran dan mengembalikan orang yang berbuat dosa kepada kebenaran. Maksud dia kita kita nak betuikan orang yang buat salah atau dosa tu supaya di ambil tindakan keatas dia.. supaya dia tak buat lagi kemungkaran tu... Semua bergantung ataih niat la.. kalau niat bukan untuk mengubah kemungkaran dan mengembalikan si pembuat dosa tu kejalan benar.. xbleh la.

3. Meminta fatwa. Ni kira macam kita mengadu kat kadi la.. Seperti isteri yang selalu didera ka.. xdiberi nafkah zahir/batin ka.. ni xdikira sebagai mengumpat.. tapi jangan plak lebih2.. kalau dok cerita dengan niat nak pelekeh suami or suke2 xleh la..

4. Memperingatkan kaum Muslimin dari sebarang kejahatan dan menasihati mereka. Ni kira nak bagi tau kepada kaum muslimin atau istilah mudah paham.. kat orang lain yang bahawasanya si polan bin si polin tu macam ni... macam ni.. supaya orang lain dapat berhati2 atau terselamat daripada sesuatu kemungkaran.

Sebagai contoh.. time nak kawen. so kita tanya jiran2 yang kenai bakal menantu kita tu... budak tu macam mana.. ok ker.. xloklaq ka.. ataupon dalam hal2 muamalah yang lain.. malah orang yang ditanya tu wajib plak berterus terang.. jangan selindung2 sbb kalau dia selindung2... kita sebut semua la.. tapi dengan syarat nak menasihati.. bukan sbb saje suke2 hobi suka cerita keburukan org. okeh?

ataupon, kita nak nasihat seorang sahabat ni. contohnya.. kawan kita ni dok pi "mengaji" dengan sorang sheikh ni yang mana kita tahu bahawa pak sheikh ni iktiqad dia bukan ahli sunnah wal jamaah.. firqah pak sheikh tu lain macam sket.... nak kata ayah pin tak ayah pin.. nak kata ajaran kahar xkahar.. so.. kita jelaskan pada sahabat kita tu supaya dia tak tertipu dengan ajaran pak sheikh tu.

Ataupon ada seorang yang diamanahkan supervisor kat pejabat kita ni.. dia xjalankan tugas dengan amanah. dia seleweng duit kompeni ka.. selalu memonteng kerja ka.. salah guna kuasa ka.. so kita bagi tau kat bos... supaya bos bleh ambil tindakan yang sewajarnya.. tapi dengan bersyarat la.. bukan suka suki nak jatuhkan orang.. then bukak cerita yg bukan2..

5. Menyebutkan aib orang yang menzahirkan kefasikan seperti orang yang bangga meminum arak, seks bebas, berjudi, menganiaya orang lain, merampas harta dan melakukan hal-hal yang batil. Rasanya ni xpayah nak terang.. dah paham kot? kalau xpaham jugak.. rebus kitab Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Ghazali dan kitab Riyadhus Shalihin buat minum! :D

Catatan: Hujjah ni selalu yang digunakan untuk membenarkan ulama2, ustaz2, para dai' untuk menggunakan ghibah. Maksiat yang dilakukan tu semua orang dah tahu disebabkan pelaku maksiat tu memang melakukan secara terangan2 atau tanpa selindung2 lagi dah..

6. Memperkenalkan seseorang dengan menyebut gelarannya yang sudah terkenal: Maksud dia sebut dengan gelaran yang memang dah diketahui umum. Kalau xsebut kang tak tau plak.. Sebagai contoh.. pak man telo, asainya nama dia pak man jerk.. tapi disebabkan dia telo.. maka orang panggil dia pak man telo. Kang kalau xsebut.. org tak tau plak pak man mana... cuma jgn berlebih2 dan berniat mengejek atau mengutuk la.. kasim kudung ka.. dan sebagainya.. tapi kalau orang dah bleh tau sekadar sebut nama dia.. xpayah la tambah nick name tu belakang tu lagi..

so ni la 6 perkara yang dibolehkan... kebanyakannya telah disepakati dan dalil-dalil keenam perkara tersebut ada dalam hadith-hadith sahih yang masyhur.

Ni antara2 contoh2 hadith yang berkaitan dengan ghibah yang dibenarkan:

Dari Aisyah r.a telah berkata :

“Bahwa ada seorang yang meminta izin untuk (menemui) Nabi s.a.w, maka baginda mengatakan : Izinkanlah dia, dia adalah seburuk-buruk kerabat”. (HR. Bukhari 6054 dan Muslim 2591).

Imam Bukhari berdalil dengan hadith ini dalam membolehkan ghibah terhadap orang jahat dan perosak.

Dan dari Aisyah r.a juga bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

“Aku kira fulan dan fulan itu tidak mengetahui sesuatupun dari agama kita” (HR. Bukhari 6067). Laits bin Sa’ad (salah seorang perawi hadith ini) mengatakan : dua orang tersebut termasuk orang-orang munafik.

Dari Fatimah binti Qois r.a dia berkata :

“Aku pernah mendatangi Nabi s.a.w lalu aku berkata : Sesungguhnya Abu Jahm dan Mu’awiyah telah melamarku? Maka Rasulullah s.a.w mengatakan : “Adapun Mu’awiyah dia itu miskin tidak punya harta dan adapun Abu Jahm maka dia itu tidak pernah menaruh tongkat dari bahunya.” (HR. Muslim 1480).

Didalam riwayat Muslim yang lain disebutkan: “Adapun Abu Jahm maka dia sering memukul perempuan” ini adalah penjelasan atas ucapan beliau (dia itu tidak pernah menaruh tongkat dari bahunya). Ada juga yang menjelaskan bahwa maksudnya ialah sering bermusafir.

Dari Aisyah r.a telah berkata :

Hindun (istri Abu Sufyan) berkata kepada Nabi s.a.w : Sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut dia tidak memberiku dan anak-anakku nafkah yang cukup melainkan jika aku mengambil wangnya tanpa pengetahuannya? Maka baginda bersabda : “Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang berpatutan” (HR. Bukhari 5359 dan Muslim 1714)
kumpulan artikel |
4 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    makasih nih sharingnya, walau saya agak susah memahami bahasa malaysianya .


  2. Author Says:

    Owh.. ni bukan bahasa melaysia rasmi... tetapi bahasa pasar... Negeri kedah. Setiap negeri mempunyai bahasa yang agak berbeza-beza, mengikut negeri dan bangsa. Salam Ukhwah dari Malaysia.


  3. Tanpa Nama Says:

    oh gitu kah...jika begitu sama seperti Indonesia, disini tiap pulau punya bahasa sendiri yang sama sekali berbeda. Masing-masing pulau tidak akan faham bahasa pulau lain, seperti jawa dan sumatra and so on.

    Namun untunglah kami punya bahasa persatuan, yakni bahasa Indonesia yang mampu menyatukan negri seribu pulau ini, dan menembus batas bahasa.

    Salam Ukhuwah juga dari Indonesia Jakarta, Jazzakallahu Khoirun Katirun Ya Akhii...Allah Hafiz!


  4. Author Says:

    Ya.. Sama juga seperti malaysia.. setiap negeri mempunyai bahasa yang berbeza.. tetapi masih difahami.. dan apabila satu2 negeri itu ke negeri yang lain maka mereka akan menggunakan bahasa melayu rasmi (Bahasa Malaysia).

    Bagaimana perkembangan jemaah islam di sana ya? Moga Kalian diredoi Allah. Saya minat sangat dengan munsyid indonesia seperti shoutul harakah, Izzatul Islam.. membangkitkan semangat jihad!.

    Jazakallah for visiting my blog.


Catat Ulasan