Tiap-tiap oang muslim yang sudah sampai ilmunya kepada martabat boleh menimbang sendiri akan dalil-dalil far’iyyah (atau hukum perkara-perkara yang bersangkut paut dengan Feqah) ianya berhak mengikut mana-mana Imam Mazhab Feqah yang terkenal dan di samping itu seelok-eloknya ia hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan mencari dalil dalil yang dibawa oleh Imam Mazhab yang dianutinya itu, dan hendaklah ia menerima apa-apa sahaja tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil.

Jika ia dapati orang yang memberi tunjuk ajar kepadanya itu benar dan layak serta berkebolehan, malah sepatutnya ia mestilah sentiasa berusaha menyempurnakan kekurangan ilmiahnya, walaupun ia sendiri sudah masuk ke dalam golongan ahli-ahli yang berilmu pengetahuan, sehingga ia betul-betul dapat sampai kepada martabat orang-orang yang boleh menimbang hukum-hukum far’iyyah (Feqah) itu dengan sendirinya atau (menjadi ahli mujtahid)
kumpulan artikel |
0 Responses

Catat Ulasan