Assalamualaikum..

Pe khabar semua.. ana harapkan semua sihat sokmo.. Oklah.. untuk dakwah santai kali ni.. ana ini bawa satu tajuk yang maybe agak "berat" seperti yang dinyatakan di atas.. "Pendakwah yang penipu". Sebenarnya bukanlah tujuan ana untuk suke suki menghentam para pendakwah..kerana ana sendiri merupakan salah seorang daripada jutaan pendakwah di bumi Allah ini.. Walaubagaimana pun.. ana rasa tidaklah salah seandainya jika terdapat kelemahan dan kedaifan pada pendakwah ini ditegur.

Kita sebagai pendakwah harus berfikiran terbuka dan sedia untuk dikritik sekiranya demi kemaslahatan ummah khususnya agama Islam itu sendiri. Ok.. apa yang ana maksudkan dengan pendakwah penipu. Taarif yang ana maksudkan dengan pendakwah penipu adalah pendakwah yang menipu ketika dalam ucapan atau syarahannya ataupun ceramahnya.

Ana dapati penyakit menipu ketika berceramah, atau bersyarah dan sebagainya ini semakin lama semakin merebak dikalangan pendakwah itu sendiri. Rata-rata mereka ini menipu secara sedar ataupun secara tidak sedar. Selalunya ana mendapati para pendakwah suka mereka-reka cerita sedangkan ia tidak berlaku untuk menarik perhatian para pendengar. Adakalanya pendakwah menceritakan seolah-olah ia benar-benar berlaku padanya sedangkan itu hanyalah rekaan. Adakalanya ana mendapati hampir 2-3 orang menggunakan "lawak" sedemikian dan masing -masing mengatakan itu adalah pengalaman sebenarnya. Aih? takkan peristiwa "lawak" lagi pelik itu berlaku pada ke 3 tiga pendakwah ini dengan satu jalan cerita yang 100% sama??

Memang dalam berdakwah khususnya yang berkaitan dengan pengucapan awam ini, kita perlu menyelitkan unsur-unsur humor dalam ucapan kita agar kita pendengar tidak bosan. Namun begitu seharusnya ketika kita menceritakan humor-humor tersebut kita mesti menjelaskan bahawa ini cerita tersebut adalah cerita rekaan semata-mata... atau menggunakan klaus "ada satu kisah, atau hikayat.. atau saya pernah terdengar satu cerita.. atau terbaca satu cerita.."

Tapi malangnya ramai mengaddresskan kisah yang berlaku seolah-olah ia kisah benar atau seolah-olah berlaku padanya.. sehinggakan menggunakan kalus-klaus seperti "saya masih ingat masa saya kecik-kecik".. , atau pernah berlaku pada saya.. atau ada satu hari tu.. saya.." sedangkan cerita yang hendak disampaikannya itu sebenarnya tidak berlaku padanya hanya rekaan semata-mata atau.. beliau hanya menceduk dari mana-mana buku, internet, ceramah rakan-rakan pendakwah yang lain dan sebagainya.. tetapi di istiharkan seolah-olah kisah tu berlaku padanya.

Ada juga dikalangan pendakwah itu sendiri bercakap tentang sesuatu isu dengan berkobar-kobar.. sehingga ada masanya mereka mengecam mereka yang melakukan atau tidak melakukannya... dengan janji-janji Azab Allah, neraka, kemurkaan Allah dan sebagainya.. sedangkan dirinya sendiri melakukannya ... atau tidak melakukannya....

Rasanya tidaklah perlu ana datangkan dalil atau mana-mana petikan kitab berhubung perkara ini. Ini kerana teguran ana ini khusus kepada para pendakwah yang ana kira sudah arif lagi paham akan dalil-dalil yang tidak mengharuskan atau mengharamkan kita menceritakan atau memperkatakan sesuatu sedangkan kita tidak mengalaminya atau melakukannya.. dan juga berkaitan dengan kesalahan menipu para hadirin dengan mereka-reka cerita yang sebenarnya tidak berlaku pada anda.

Ana sarankan kepada para pendakwah yang melakukan perbuatan seperti ini agar segera bertaubat. Ingatlah perbuatan anda mengundang kesan yang buruk kepada Islam. Jangan hanya sekadar mahukan pendengar terhibur atau mengejar popular kita sanggup menipu atas tiket dakwah.. Janganlah jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Moga kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt.

Wallahualam
kumpulan artikel |
4 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    salam..bertemu kembali..erm..dlm sebok2 pun masih curi mase utk blog yek...Alhamdulillah...kire ade jugaklah tarbiyah online walaupun sekadar bersantai...erm..mengenai pendakwah penipu neh dah jadik trend le fullok walaupun tak kesemuanya tapi malangnya bile ditegur...ada yg tak dapat nak terima..melenting malah menuduh kita jahil pula... takpelah.. sekurang2nya kita dah jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim..saling ingat mengingati.. mmglah manusia tak sempurna maka atas sebab itulah kenapa Allah menegaskan dlm quran dan bersumpah atas MASA...bermakna manusia perlukan manusia yg lain utk sama2 membantu berjalan atas landasan yg benar dan HAQ...semoga Allah pelihara iman kita sehingga hujung nyawa terakhir... insyaAllah...=)


  2. Tanpa Nama Says:

    yerp.. santai2 jugak.. tarbiyyah pon kene jugak.. ni cabaran menjadi seorang pendakwah.. pada masa yang sama nak kene jaga supaya jangan riak dalam perbuatan.. ni belum cerita bab pendakwah yang setengah2nya menggunakan dalil2 quran dan hadith untuk kepentingan diri.. walaupun pada hakikatnya mereka salah.. tetapi mereka cuba mendatangkan dalil2 yang penggunaan bukan pada tempatnya tetapi digunakan jugak untuk menipu orang awam (yg jahil) bahawasanya perbuatan mereka yang salah itu dibenarkan atau dibolehkan oleh syarak.. kununnya.


  3. Tanpa Nama Says:

    heee....ye..betul tuh...tambah lak bile bab poligami...ade jek dalil yg dorang hafal waima org2 biase...padehal..bab2 yg penting tak pulak dia nak menghafalnya seperti bab zakat ke..ehsan ke...keadilan dan kasih sayang dan sebagainya...=)


  4. Saya Says:

    ish takut tol..zaman sekarang ni..tu r..bile akhir zaman ni..mmg ramai ulama'..tapi pendakwah yg menyesatkan tu yg kite takut tu..


Catat Ulasan