Assalamualaikum. Apa khabar sahabat-sahabat sekelian. Ana doakan semua sahabat-sahabat sihatlah hendaknya. InsyaAllah esok malam ana akan bertolak ke kelantan. Ana akan berada di pondok Gelang Mas sehingga 24 haribulan. Jadi sebelum ana melangkahkan kaki, maka ana ingin membuka minda sahabat-sahabat sekelian mengenai satu tajuk yang agak berat dan agak serius. Atas permintaan seorang sahabat dari friendster untuk mengulas hal ini, maka dengan sedikit ilmu yang ada maka ana titipkan satu perbincangan untuk posting dsantai kali ini.
Didalam penulisan kali ni ana tidaklah berhajat untuk menerangkan secara dalam.. cukup sekadar membuka minda. Mengikut kaedah menuntut Ilmu khususnya yang berkaitan dengan hakam (hukum) tidaklah boleh hanya melalui pembacaan (makalah, buku, blog dan sebagainya) sebaliknya secara berhadapan (yakni melihat muka guru) kecuali dalam bab yang tidak berkaitan dengan hakam (hukum) dan usul (akidah, iktiqad, firqah, etc).
Sebelum ana membiarkan jari ana terus memukul-mukul keyboard ni, suka ana jelaskan penulisan ana kali ini bukanlah satu provokasi anti kerajaan (label yang selalu diberi kepada mereka yang membangkitkan isu ini) tetapi perkara ini merupakan salah satu bahagian didalam Islam yang mana tidak boleh diketepikan dan disembunyikan sama sekali.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui"- Al-Baqarah: 42
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkan kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh semua (makluk) yang dapat melaknati"- Al-Baqarah: 159
dan jugak, tidak sanggup ana merahsiakan demi menjaga periuk nasi ana (kerana takut di ban di masjid, surau ataupun sekolah-sekolah)
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah, iaitu Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), maka mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api neraka, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih"- Al-Baqarah:174
Sahabat-sahabatku yang dikasihi,
Sahabat-sahabat biasa beli barang elektronik tak?. Selalunya bila kita beli barang elektronik ni kita akan dibekalkan dengan "manual". Walaubagaimanapun didalam manual itu hanya diterangkan secara bertulis bukannya secara "hands on". Jadi ada masanya kita tercari-cari satu-satu function tu berjam-jam lamanya. Walaupun dah baca manual tu.. kerana terdapat beberapa bahagian atau arahan dalam manual tu kita tak berapa paham atau xjelas. So kita kene tanya penjual atau juruteknik yang arif dalam elektronik tuh. Kita tak boleh la main sebarang juruteknik kita panggil untuk pasangkan bende tu.. tak silap gaya boleh meletup OOooo..
Setelah kita dah dapat juruteknik yang nak tolong kita pasangkan alat elektronik tu.. juru teknik tu mestilah menggunakan "manual" yang dibekalkan bersama dengan alat elektronik tu.. Sebagai contoh kita beli mesin blander kene la guna manual mesin blander.. xleh la pi guna mesin rumput punya manual.. silap haribulan bleh KebaboooMm!.
Selalunya kita xkan dapat mengingati cara penggunaan bahan elektrik yang di ajar oleh juruteknik tu dengan hanya sekali belajar. So kita terpaksa mintak pertolongan ahli keluarga kita yang ada ilmu berkaitan barang elektrik untuk mengingati arahan tatacara menggunakan barang elektrik tu yang dijelaskan oleh juruteknik tadi. So bila juruteknik tadi balik, maka kalau kita masih xpaham or muskil kita bleh tanya ahli keluarga kita tadi yang mendapat penerangan dari juruteknik tadi.
Macam tu jugak kita hidup di dunia. Kita dibekalkan dengan "Manual" al-Huda yakni Al-Quran yang menjadi petunjuk, yang mana cara menggunakan "manual" ni dilaksanakan oleh Qudwah Hasanah Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad merupakan seorang Insan yang dapat meng"hadam"kan "Manual" yang diturunkan kepadanya dan "menukarkan" dalam bentuk perlakuan, akhlak dan cara hidup. Sebab tu kalau kita baca sirah. tak kan ada satupun perlakuan, tindak tanduk dan perbuatan Nabi SAW yang bercanggah dengan Al-Quran. Bila Nabi Muhammad Wafat, usaha menerangkan Al-Quran diteruskan oleh Ulama (Al Ulama Warasatul Anbiya'- Ulama pewaris Nabi).
Dalam Quran tidak terdapat satu pon bende yang kurang. Dari mula kita tidur sampai kita terjaga, dari mula kita lahir sampai la kita mati. Sebut jer lah bab muamalat, munakahat, jenayah, kesenian, ekonomi, politik, sains, rumah tangga.. apa sahaja!
Allah telah berfirman didalam Al-Quran surah an Nahl: 89 yang bermaksud:
"Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (Al-Quran) yang di dalamnya mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bagi muslimin"
Namun begitu, sekiranya "manual" yang dibekalkan kepada manusia yang sepatutnya menjadi panduan kepada manusia untuk hidup di dunia ni kita tak guna. Kita pi ambil "manual" daripada ideologi-ideologi barat, teori-teori yang didasarkan oleh akal fikiran, maka natijahnya Dunia manusia akan ditimpa pelbagai kerosakkan dan "short-litar pintas"
".Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (al-Ahzab:36)
Dalam Al-Quran dan hadith dah dinyatakan panduan berkaitan dengan hukum hakam yang diistilahkan sebagai hukum Hudud. Hukum ini digubal oleh Allah SWT. Hukum ini perfect 100% tak dak satu pun kecacatan atau kekurangan. Hukum ini sesuai dilaksanakan dimana-mana jua dan bila-bila masa. Hukum Hudud ni melibatkan Murtad, Mencuri (Sariqah), Merompak atau menyamun, Minum arak (Khamar), Bughah (Memberontak), Zina, Tuduhan zina tanpa bukti (Qazaf) begitu juga yang berkaitan dengan takzir (xcukup bukti dalam perlaksaan hudud, etc) ataupun Qisas (Timbal balik)
Hukum hudud bukanlah satu hukum ciptaan mana-mana individu, Jemaah, Parti dan sebagainya. Tetapi hukum ini merupakan suatu hukum yang sememangnya digarisi didalam Islam oleh Allah swt.
Seperti yang ana bagi tau awai-awai, yang ana xberniat nak menghurai secara khusus. Tapi seandainya ada permintaan untuk ana huraikan secar khusus, insyAllah ana akan cuba hurai. Tapi buat masa ni, ana suka nak sentuh secara umum.. kira macam pengenalan la.. pasai hudud ni.. dan kenapa perlu dilaksanakan.. dan apa kesan dia kalau xlaksana.
Hukum Hudud, Qisas dan Takzir ini sudah cukup untuk meliputi keseluruhan yang berkaitan dengan undang-undang. Jadi, kalau nak diikutkan tak perlu lagi kita nak susah-susah pening kepala nak pi reka hukuman yang pelik-pelik yang lain sedangkan dalam Islam tu dah ada penyelesaian yang berkaitan dengan undang-undang nih. Tapi tu la.. perangai manusia.. kita dok sangka yang cara penyelesaian (undang-undang) yang kita guna pakai ni boleh menyelesaikan masalah.. tapi realitinya? tak boleh!
Apa masalhnya kita tak ambil hukum Allah sebagai hukum negara kita? apa masalahnya? Oooo.. pasal masyarakat Majmuk ek? Sebenarnya tak dak masalah dari segi masyarakat majmuk ni. Ni kerana hukum ni hanya untuk orang Islam. Bagi yang bukan Islam.. kalau nak hukum.. hukumlah.. xnak hukum sudahlah.. Ape tak adil? ape hal lak tak adil.. contohnya macam ni.. tentera setiap pagi kene kawat... cikgu tiap-tiap pagi xyah kawat... ha.. kenape xnak cakap xadil? tentera jerk kene kawat.. kenape cikgu xkawat.. nak adil sepatutnya cikgu pon kene kawat la..! Owh? pandai lak jawab.. sbb tentera memang kejenyer kene kawat.. cikgu xyah la.. sbb cikgu bukan tentera! macam tu gak ngan hudud. Hudud tu untuk orang Islam. dah nama pon orang Islam.. kene la hukum Islam.. yang dah tetap dinyatakan oleh Islam dalam Al-Quran dan Hadith... kalau xnak.. dah tu nak amik hukum dari buku mana lagi? buku telepon? buku 555?
Kesan dia bila hukum Allah ni tertegak.. rasional dia terlalu banyak.. orang akan menjadi takut untuk melakukan maksiat.. takut kene hukum. Tambahan hukuman dia berat.. bagi yang buat jugak.. then cukup syarat yang membolehkan dia dijatuhkan hukum hudud maka ia akan menjadi pengajaran kepada orang lain.. Sbb hukuman ini dilakukan dikhalayak ramai yang pastinya akan membuat orang-orang yang ada niat nak buat jahat tadi.. kensel.. disebabkan takut. Antara kesannya lagi, penyakit2 yang kronik seperti sipilis, PMS, AIDS dan sebagainya dapat dibendung. dan banyak kesan2 positif yang lain. Pada masa yang sama kita dapat jimatkan kos yang banyak bagi menyelesaikan masalah2 yang berpunca daripada jenayah.
Baik.. Melaksanakan hukum ni tergalas pada bahu umarak (pemerintah). So xde kene mengene dengan kita la ek? sbb kita ni rakyat jerk.. xder kuasa!.. eh sape cakap rakyat tak de kuasa. Pemerintah or pemimpin actually bekerja untuk rakyat. Pemimpin adalah "hamba" rakyat.! (Baca mengenai khalifah Islam Umar Al-Khattab) So Pemimpin kene dengar suara rakyat selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak. Lah.. xnak dengar? degil betul kan? so nak wat macam mane... xkan nak tempeleng muke diaorang kot? atau just nak biarkan? ish.. xleh kalau biarkan sbb Allah berfirman:
"Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu akan disambar api neraka"
Mengikut huraian Tafsir pimpinan Ar-Rahman: Cenderung membawa maksud bersetuju, bersubahat atau redha akan perbuatan zalim.
Manakala maksud zalim plak: Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, tidak menunaikan hak Allah, tidak menunaikan tanggung jawab yang sepatutnya, etc.
Kita akan dikira redha diatas kezaliman yang dilakukan mereka kerana kita sebenarnya berkemampuaan mengubahnya tapi kita tak buat. Apa boleh ana buat?
dah cakap pon derang xnak dengar... haa senang jerk.. kan Malaysia ni ada pilihanraya. so lantikla pemimpin yang nak jalankan hukum Allah ni. Macam mana nak lantik? Ish.. xpaham-paham gak?. pi daftar pemilih, pastu pi mengundi ketika pilihanraya.
Lah umur pulak xcukup?? bantulah sekadarnya pemimpin yang nak menegakkan hukum Islam. Mengikut bidang atau kebolehan anda. Walaupun sumbangan kita kecik dan sumbangan kita tu tak mendatangkan apa-apa kesan pon yang penting ada usaha membantu Hukum Allah ditegakkan.
Esok-Esok Allah tidak akan bertanya kesan sumbangan kita tu, yang Allah akan tanya sama ada kita buat ke tak.
Wallahualam,
p/s: Doakan ana sihat sokmo ye.. dan cepat sembuh.. ana akan berada di pondok gelang mas mulai 18-24 Ogos. Kejap jerk.. lepas tu kita akan jumpe laie ye. Assalamualaikum

Tak tau |er nasib umat is|am dinegara kita jika pi|ihanraya masih hampeh cam sebe|umnyer...