Kita orang-orang Islam ditegah oleh syarak daripada berbicara meleret-leret dari gal sebarang masalah yang tidak boleh mendatangkan hasil yang dapat diamalkan secara langsung. Di antara perkara-perkara atau masalah-masalah tadi ialah seperti hukum-hukum feqah yang tidak berlaku di dalam masyarakat atau dalam urusan sehari-hari.

Begitu juga kita ditegah daripada berbicara dari hal pengertian setengah-setengah ayat-ayat al-Quran yang masih belum sampai pengetahuan manusia kepadanya. Malah kita juga ditegah daripada mempersoalkan perbezaan-perbezaan kemuliaan martabat di antara sahabat-sahabat Rasulullah saw dan apa-apa yang telah menjadi perselisihan di antara mereka, kerana tiap-tiap sahabat itu mempunyai kemuliaannya sendiri sebagai seorang sahabat kepada Rasul Allah dan beliau akan dibalas Tuhan kerana niatnya yang suci murni.

Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi haram atau tegahan kalau kita membuat ulasan-ulasan terhadap sahabat-sahabat yang mulia itu selagi ulasan-ulasan kita itu dibuat secara bersih sesuai dengan martabat mereka sebagai sahabat kepada Rasulullah saw
kumpulan artikel |
0 Responses

Catat Ulasan