Komunikasi didalam rumah tangga adalah sangat penting. Ini bagi menjamin keamanan dan keharmonian rumah tangga. Walaubagaimanapun, bumi mana tidak ditimpa hujan, Kegagalan komunikasi didalam rumah tangga sering berlaku dan kaum lelaki (Suami) sering dipersalahkan dalam hal ini.

Memang tidak dinafikan kadang-kadang sesuatu masalah komunikasi didalam rumah tangga berpunca daripada suami. sehinggakan si suami sering dilabel sebagai ‘pekak‘, ‘mayat hidup‘, ‘tiang elektrik‘, ‘tunggul kayu‘ dan beberapa istilah kerana si suami tidak menjawab pertanyaan si isteri.

Walaubagaimanapun, ada kalanya masalah ini berpunca dari si isteri akibat soalan-soalan yang dikemukakan pada si suami “tidak releven“, “mengarut” dan “merimaskan” !

Antaranya:

1. Sudah gaharu, cendana pula

Kadang-kadang kaum hawa ini mempunya suatu sikap yang agak pelik. Iaitu suka bertanya soalan-soalan cepu emas yang boleh dikategorikan sebagai soalan “sudah gaharu, cendana pula” Sebagai contoh: Seorang wanita menyambut suaminya, yang baru pulang dari kerja, setelah penat bekerja seharian, sambil berkata: “Abang baru balik? penat ke? Nak minum ke?” Sepatutnya soalan-soalan ini tidak perlu ditanya lagi kerana jawapannya sudah jelas dan sudah diketahui oleh si isteri. Cuba bayangkan jika si suami menjawab “Eh taklah, semalam lagi dah balik!.. tak penatlah goyang kaki jek… tak payah, semalam dah minum”

2. Suka bertanya satu soalan yang sama berulang-ulang

Kadang-kadang sikap si kaum Hawa ini, suka bertanya sutu soalan yang sama secara berulang-ulang kali. Sebagai contoh ” pintu rumah dah kunci?” kemudian si suami menjawab “sudah” selang beberapa ketika si isteri bertanya lagi ” pintu rumah dah kunci ke belum” hatta ada sesetengah kaum isteri mengulang soalan yang sama sehingga melebihi 3 kali. Yang akhirnya menyebabkan si suami tidak lagi menjawab soalan mereka itu.

3. Soalan disertai dengan “membebel”

Kadangkala si isteri suka bertanya dengan disertai dengan membebel. Ini akan menyebabkan si suami malas hendak menjawab soalan tersebut. Sikap kaum lelaki selalunya tidak berapa gemar dileteri manakala sikap kaum hawa pula gemar meleteri. Sebagai contoh “Abang dah bayar bil?” belum sempat si suami menjawab terus disambung dengan ceramah umum oleh si isteri! “Ish, kalau tak bayar nanti kene potong, macam mana nak buat keje gelap gelita, nanti apa jiran-jiran cakap, saya nak letak muka kat mana, abang tau je lah……. bla bla bla bla“

4. Solalan tidak pada masanya

Kadang kala soalan yang diajukan oleh si isteri tidak kena pada tempatnya. Sebagai contoh si suami sedang menyiapkan kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Manakala si isteri pula tidak habis - habis dengan soalan yang beranika pilihan mereka yang menyebabkan si suami “tension” dan “serabut” dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan-soalan tersebut.

5. Mahukan jawapan segera.

Sikap dan perangai kebanyakkan apabila diajukan soalan, mereka berfikir atau mengingat (perkara berkaitan soalan) terlebih dahulu sebelum menjawab / membuat keputusan. Ini mengelakkan jawapan / tindakan yang diambil tidak bertepatan atau salah. Manakala sikap si isteri pula suka mendesak mahukan jawapan yang segera. Sikap mendesak ini akan meyebabkan proses berfikir dan membuat keputusan terbantut yang akhirnya suami “tension” lalu mendiamkan diri.
kumpulan artikel |
2 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    sorry, but i think this entry is a bit single-sided.

    org perempuan ni biasanya lebih teliti bila buat kerja: sbb tu la dia tnya byk2 kali dan nak jawapan cepat2. and the bebel part, the way i see it is that they care. mereka ambil peduli dan mereka sayang. kalau saya jadi isteri dan saya tak sayang suami saya i wont waste my time membebel, buang air liur saja.

    no doubt la, ada org perempuan yang membebel excessively. but i think the blame shouldnt be left on their shoulders sepenuhnya...let me put it this way: if the husband bayar bil on time tiap2 bulan-->hati isteri pun tak susah hence dia takkan memekak suruh husband da bayar bil. betul tak?

    okla tak mahu tulis panjang2. nnt kata saya membebel pula. :)


  2. dsantai Says:

    :) xsemuanya mcm tu la anonymous.. sesetengah jerk.. actually lelaki pon ade sikap buruk die.. cume saye xtulis lagik.. nanti saye tulis plak sikap buruk suami.! huhuhu.. bukan ape just kalau memang benar tu sikap kite.. so kite "tersedar" dan boleh buat perubahan.. muhasabah ler katakan! hehe..


Catat Ulasan