Perkataan Islam berasal dari perkataan “Salima” yang membawa maksud:

1. Tulin dan suci dari kecacatan zahir dan batin
2. Damai dan aman atau sejahtera
3. Taat dan menyerah.

Tetapi kita sebagai Umat Islam, adakah sikap dan perangai kita mendatangkan sejahtera dan damai keatas diri sendiri dan orang lain? Adakah kita ini mampu menjadi kesejahteraan (ketenangan) keatas orang lain atau kita ini seolah - olah menjadi ancaman, atau sesuatu perkara yang boleh mengganggu gugat kenteteraman orang lain.

Kadang-kadang secara tidak sedar kita meragut ketenteraman insan lain dengan lidah kita. Perkataan - perkataan yang luncur dari bibir kita ini bisa meruntuhkan keterangan orang lain. Adakalanya jari-jari kita ini menulis perkara yang tidak sepatutnya ditulis sehingga mengundang pelbagai bencana. Adakalanya mata kita ini juga menyebabkan hilangnya ketenangan seseorang itu.

Boleh dikatakan hampir setiap yang dikurniakan Allah baik dari kecerdikan otak, tubuh badan yang sihat (tiada kecacatan fizikal) dan sebagainya kita gunakan untuk “menganggu” insan-insan lain dan bukannya mendatangkan kegembiraan, ketenangan, kesejahteraan dan keselamatan kepada orang lain.

Seharusnya kita sebagai orang islam haruslah tunduk dan patuh dengan apa yang telah ditentukan didalam Al-Quran dan Sunnahnya yakni berakhlak dengan akhlak yang baik agar kita mampu menjadi permata kesejahteraan, InsyaAllah.
kumpulan artikel |
0 Responses

Catat Ulasan