Assalamualaikum, ape khabar? saya Alhamdulillah.. cuma kekadang perut buat hal.. tapi xpe.. masih sihat lagi :) xpayah risau, sebab saya tahu korang xrisau pon.. hehe,

Okeh.. untuk posting kali ni, ana suka nak sembang mengenai satu tajuk "real blogger or blogger jadi-jadian".

Actually posting ni saye tulis ketika di pejabat. Ade time free sket waktu rehat, so saye bukak laptop dan tuliskan posting ni sepertimana yang saya janjikan sebelum ni nak ulas pasai real blogger. Taip dalam word, balik umah baru “cut n paste” dalam posting dsantai. (Wireless kat pejabat ada probs)

Mengikut tafsiran saye, saya suke mengelaskan real blogger ialah seorang penulis blog

• Yang menulis tentang sesuatu mengikut apa yang terlintas di hati dan fikirannya.

• Yang menulis berdasarkan ilmu yang dia ada

• Yang mengulas tentang sesuatu mengikut pandangannya

• Yang mengambil artikel blog lain tidak lebih sebagai analisis dan rujukan

Manakala blogger wannabe or bloger jadi-jadian plak ialah seorang “penulis” yang menciplak hidup-hidup artikel dari blog mana-mana then declare penulisan tersebut adalah penulisannya. saya dapati ramai blogger di hinggapi penyakit blogger “jadi-jadian”.

Sebenarnya tak salah copy penulisan orang lain then letak diblog sendiri. Kalau perbuatan kita copy dan letak kat blog kita sebab nak sebarkan ilmu tersebut, ok la.. Cuma masalahnya, ramai yang suka copy artikel tersebut dari blog lain, kemudian padam sumber asal atau penulisan asal blog tersebut dan digantikan dengan namanya.

Saya pon xpasti, kenapa mereka bertindak sedemikian dan saya tak suke nak sangka yang bukan-bukan. Kalau lah mereka ni buat macam tu sekadar mencari glamour… disanjung orang sebab dikatakan berilmu..huhuhu… kesian.. apalah nak dicari glamour yang sementara.. tetapi menanggung dosa..
So saya cuba list downkan ethic yang sepatutnya dipatuhi oleh blogger dalam isu real blogger atau blogger jadi-jadian.

Sekiranya anda terbaca suatu artikel yang terkandung dalam blog orang lain, dan anda nak artikel tu dalam blog anda…

1. Minta kebenaran tuan blog untuk copy artikel tersebut untuk diletakkan kedalam blog anda.

Atau

2. Copykan artikel tersebut dan letakkan url atau tagkan blog sumber asal artikel tersebut atau tuliskan nama penulis asal artikel tersebut.

Atau

3. catatakan isi penting artikel tersebut, kemudian ulas dengan menggunakan bahasa sendiri atau pendapat sendiri.

Walaupun blogger hampir kesemuanya tidak memiliki lessen hakcipta atau pattern keatas penulisan mereka, tetapi sebagai manusia yang bertamadun.. (pergh.. pedih kan?) jangan la buat perangai macam ni.. jadilah blogger sebenar, bukan blogger jadi-jadian.
kumpulan artikel |
3 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    erm...terasa ana tau bile bace entry neh...kuikuikui...tapi mmg niat ana nak kumpul sume artikel2 yg menarik dan berilmu utk dikongsikan bersama walaupun ada juga sket2 hasil air tangan ana...kekeke...tapi ana tak interframe name ana tau...ana letak jek artikel tuh without tau sourcenya dari mane...heee....=) tapi ana rase ana bukanlah blogger jadian coz ana tak sembunyikan fakta bila ada yg bertanya sape yg tulis artikel tu...pepun...ana mmg teringin nak menulis sendiri cume masih kekeringan idea...


  2. Author Says:

    Hehehe.. xpe.. ana dulu pon bermula dengan blogger jadi-jadian gak.. hehe.. cume xder la rip off dan letak nama ana.. tetapi lelama.. rasa macam, xpuas hati plak.. sbb artikel2 tu xmewakili ape yg saye rase.. pendapat dan pandangan saye.. so.. mule la menulis sendiri.. buruk2 pon.. xpe lah.. at least i try to do by my own (heheeh skipping orang putih lak).. rajin ye.. tuan puteri komen artikel saye.. heheh.. jazakallah


  3. Tanpa Nama Says:

    saya pn x suka jd blogger 'jadi-jadian'...

    dulu masa mula2 berblogging mmg suka copy-paste artikel org lain.. yg mcm best

    tp skrg dh lama x buat... cuma kekadang je copy-paste lirik lagu tapi tetap ada entri tersendiri


Catat Ulasan