Assalamualaikum, apa khabar semua. Moga antum sihat sokmo dan sentiasa dalam keampunan Allah.

Allah swt menurunkan Ad-Deen kepada manusia melalui rasul-rasul utusannya, seterusnya tugas membawa risalah Allah ini digalaskan kepada mereka-mereka selepasnya, kemudian ia terus bertali arus kepada kita.

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang mengajak pada kebajikan (Islam), memerintahkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imraan-104).

Manusia, khususnya Umat Nabi Muhammad saw tidak boleh tidak, kene berdakwah. Walau bagaimana cara sekalipun. Mentelah dizaman teknologi terkini, lapangan untuk berdakwah terlalu banyak. Selain daripada kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah, malah melalui komuniti-komuniti maya tajaan Kaum Muslimin, mahupun tajaan bukan Islam seperti Friendster, Myspace, Youtube dan Blog.

Alhamdulillah, jika kita perhatikan semakin ramai umat Islam mula menceburkan diri dalam dunia dakwah khususnya di cyber atau alam maya ini. Pelbagai cara digunakan untuk berdakwah di alam maya ini. Ada diantara mereka menggunakan medium penulisan, ilustrasi, audio dan juga Video. Kuliah-kuliah pengajian agama kini mudah diikuti melalui halaman-halaman web.

Islam dengan ini mudah sampai kepada masyarakat. Tetapi malangnya... kita terikat dengan satu peraturan yang mengekang usaha dakwah ini untuk terus mengalir di alam maya ini dengan slogan "HAKCIPTA TERPELIHARA" tidak boleh disalin, dicetak, ditiru, diubah suai, diedarkan, disiarkan, diterbitkan semula, di pamerkan atau di persembahankan semula"

Maka artikel atau penulisan atau audio atau video yang bermanafaat itu yang sepatutnya dapat disebar luaskan untuk kemaslahatan Ummah terbantut. Ya, mungkin salah sekiranya ia disebarkan bagi tujuan komersial, iaitu untuk kepentingan peribadi. Tetapi sekiranya bukan untuk tujuan komersial atau kepentingan peribadi mengapa perlu disekat??

Adakah kerana bagi kita ilmu itu hanya milik kita? bukankah semuanya milik Allah kerana Allah lah yang menciptanya?
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Sampai bila harus begini? bukankah Allah sudah memberi peringatan kepada kita?

إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا

الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا

Sesunggunya Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan berbangga-bangga diri (iaitu) orang-orang yang kikir dan menyembunyikan karunia Allah yang telah diberikan kepada mereka. Dan kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir siksa yang menghinakan. (An Nisa- 36-37)

kenapa perlu "kedekut" sehingga sebegini? bila time kita.. kita cukup ber"kira" mengenai soal hakcipta, kene minta kebenaran dan sebagainya. tetapi bila kita beli Cd-Cd, kaset-kaset di kedai adakah kita beli yang original? adakah semua mp3 lagu didalam laptop or komputer kita diperoleh mengikut prosedur hakcipta?

Oleh yang demikian ubahlah sikap kita.. Sebarkanlah apa-apa yang dapat memberi menafaat kepada Ummah.. ketepikan isu Hakcipta demi kepentingan Islam. Tiada apa yang dikejar didunia ini.. yang pentingnya ganjaran Allah di akhirat kelak.

مَتَاعُ الدَّنْيَا قَلِيلٌ وَالآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَى وَلاَ تُظْلَمُونَ فَتِيل

Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.” (al-Nisa’: 77)

Moga dengan ini Allah membalasi kita dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat, InsyAllah.

Wallahualam
kumpulan artikel |
3 Responses
  1. Orked Says:

    Salam, saya pernah menerima 2 email dari orang yang sama kerana

    1. Attikel beliau boleh di salin cetak di forum ( Teratak Santai ) dan beliau menginginkan supaya artikel beliau sumbangkan di situ tidak boleh di copy paste oleh orang lain.

    Jawapan saya mudah...forum kami adalah bermatlamat berkongsi ilmu dan kami tidak dapat menghalang forumer lain mengcopy paste.

    Selepas itu beliau pun hilang dari forum kami.

    2. Sebulan lepas saya sekali lagi menerima email dari beliau kerana artikel beliau saya letakakn dalam blog saya. Sebenarnya saya langsung tidak tahu beliau adalah orang yang saya seperti kes pertama dulu sehingga saya melawat blog beliau.

    Saya membalas email tersebut dan memohon maaf kerana artikel ini saya dapat dari yahoo.group yang di pos oleh orang lain tanpa diberikan kredit kepada penulis.

    Saya mohon maaf kepada beliau dan saya telah mengedit blog saya dgn meletak url beliau.

    Sehingga kini, saya jadi serik untuk mengutip sebarang artikel dari beliau kerana saya rasa beliau tidak sudi/berat untuk berkongsi ilmu beliau dengan orang lain. Artikel beliau memang menarik dan saya rasa patut di kongsi bersama.

    Atas sebab itu, dari dahulu saya meletak Peringatan Spt ini di blog saya


    Blog ini mengandungi artikel² yang saya terima dari email atau yang saya baca dari website yang pernah kunjungi atau dari yahoo group yang saya sertai. Ada artikel² ini tidak dapat saya jejaki penulis asalnya, sekiranya anda adalah penulis asal artikel tersebut dan memerlukan kredit, sila email saya.

    Harapan saya semoga segala info dan artikel yang terdapat disini boleh dijadikan rujukan atau memanafaatkan kita bersama.

    Saya tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerugian yang melibatkan penggunaan maklumat dari blog ini

    Segala pandangan yang diletakkan di sini adalah pandangan peribadi pemilik blog ini. Dan pengunjung tidak dipaksa untuk menerimanya.


    sebagai langkah berhati-hati.

    Ini adalah pengalaman saya, mungkin orang lain mempunyai pandangan berbeza.


  2. Tanpa Nama Says:

    waalaikumsalam kujie..

    herm.. tu la kujie.. kenape manusia berkira sngat dalam hal hak milik ni.. sedangkan ni merupakan ilmu yang dimenafaatkan.. yg mana ganjaran pahala tidak putus-putus.. tetapi entahla.. maybe bagi sesetengah orang.. artikel miliknnya lebih mahal dari pahala Allah kot? huhu wallahualam..


  3. Orked Says:

    Nak buat menu dropdown...mula2

    - Dashboard

    - Layout

    - Add a Page Element

    - Blog Archive

    - Dekat Style , tick Dropdown Menu.

    Ini untuk blog beta template. Jika menggunakan classic template, kita kena gunakan code lain, esok saya bagi tutorial penuh, mlm ni tak sempat ye...


Catat Ulasan