"Kompom masuk neraka nih!"
"Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? "
Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.
Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan.
Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya;
Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas
Azmil Mustafa (Ali Setan)
Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas
Mel (ex-Vocalist Wings)
Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid
Wilma (Model dan Pelakon)
Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh
dan ramai lagi kalau nak sebut mcm noor kumalasari, wardina, Lan A to Z dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik.
Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok... tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad saw.
Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah.
Nabi Muhammad saw selalu berdoa;
“Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu” (Sahih, Riwayat al-Tirmizi)
Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk.
dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda!
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran:200
Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah.. dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita.
ya itulah kita perlu introspeksi diri, sekali-sekali harus melihat jarum diseberang lautan, jangan asik melihat gajah dipelupuk mata...
dan alhamdulillah bahwasanya para penyanyi ini telah kembali kejalan yang benar...
dan saya ucapkan minal aidzin wal faidzin, selamat idul fitri 1 syawal, 1428 h...apa kabar akhi?
Assalamualaikum...
Sani tu bro ke..? Alhamdulillah, satu penghijrahan yang dialu2kan. Gembira bila dengar berita gembira begini. Ada lagi member2 yang mula berhijrah & berubah.
Saya pun dulu terlalu asyik dengan dunia skinhead. Skarang ni saya gi tadah kitab kat pondok.
Ada masa lawat2lah blog saya ya... ;)
Terima kasih abi kerana sudi mampir ke blog ana. salam aidil fitri kembali. Ana Alhamdulillah sihat2 sahaja. antum pula? semoga ukhwah ini terus terjalin membatasi tembok pemisah antara sempadan negara.
owh skinheads yer? trad? malaypower atau sharp? :) apa2 pon teruskan menuntut ilmu.. anta kat pondok mane?
Trad bro.
Sy bljr kt pondok pinang merah. Pernah dengar..? :)
erm.. darul bayan dungun ker? dok nadah kitab gappo le nieg?
Kitab2 melayu lama je bro. Maklu saya pun baru masuk bln 3 yg lepas.
Skrng ni masih bercuti. Dlm 2 3 hari lagi masuk baliklah.
Oke bro. Teruskan usaha2 dakwah ya. Kalau boleh tarik sekali member2 lama dulu ;)
Salaam alaikum w.b.t..
Apa kabar ya akhi? Alhamdulillah, nice posts. Ambe buat review satu page bro!!! Pasal gossip tu, harap bro x marah yer hehe. Ambe post kat BlogHikmah
http://hikmatun.wordpress.com
Ambe pun link sama ke blog bro ni!! Jazaakallahu khoirol jazaa', all the best ya akhi ;)
sile2..