Untuk gilang-gemilang kalinya Ripley's percaye ke yakin? membawakan kepada anda tukang pisau handalan, Encik Meon!

"Ye cik meon, sudah berapa lama En. Meon main pisau nih?"
"dah lama dah.. sejak TV pakai lesen lagik.
"owh.. lame tuh.. jadi apa yang En Meon akan persembahkan kepada para penonton Ripley's percaye ke yakin? pada Malam ni"

"Ya, saya akan baling pisau dalam jarak 500 Meter dalam keadaan mata tertutup."
"Ya tuan-tuan.... En Meon akan melemparkan pisau ke sasaran dalam keadaan mata tertutup.

"Baiklah tuan-tuan.. dan puan-puan adakah anda yakin En Meon berkebolehan untuk membaling pisau tepat ke sasaran?"
"Tidakk..!!"
"adakah anda yakin en Meon boleh membaling pisau tepat ke sasaran.."
"Tidakk..!!"

Baiklah, bagi mengetahui sama ada En. Meon mampu atau tidak membaling pisau ke sasarannya.. Kita persilakan En Meon untuk menunjukkan aksinya.."


En Meon diiringi tepukan gemuruh dan sorakkan kata-kata perangsang dari para hadirin yang hadir di angkasapura stesen TV 69.

"Fewwiittt.."
"we lap u Meon.."
"hidup meon.."
"Abang Meon... auuww"

Kelihatan pembantu En Meon menutup mata En Meon dengan sehelai kain hitam setebal 15 inci. Manakala diletakkan dihadapan En Meon, seekor kambing yang diatas kepalanya terletak sebiji buah epal.

Bunyi Drum kedengaran.... drummmmmmmmmmmmmm.................
Semua penonton berdebar-debar menantikan balingan pisau En. Meon

dush!
Bunyi drum terhenti

Seraya dengan itu "suuuuuuuppppppppppppppppp!"
Pisau meluncur laju lalu tepat mengenai buah epal yang berada diatas kepala kambing tersebut.

Wooooooo...
fuyyyoooooo...
Fewwiiitt...

Tepukkan dan sorakkan daripada penonton tanda lega kerana pisau yang dibaling En Meon mengenai sasaran. En. Meon mengulanginya beberapa kali dengan pelbagai gaya, kuak kupu-kupu, kuak lentang, samasop berputar dan sebagainya.

Lalu pengerusi majlis pegi mendapatkan para penonton untuk bertanyakan maklum balas mereka.

"Ya Makcik, sape name makcik?"
"Ni Makcik leha.."
"owh.. makcik leha.. pandang kamera.. ye.. ha.. ni siaran langsung tau.. ok makcik leha, apa pandangan makcik leha mengenai apa yang makcik baru saja lihat.
Fuhh.. En Meon memang gile kentang lah! tepat kene sasaran.. memang makcik tabik spring lah.. Toinggg!!
Ya.. En Meon memang hebat.. jadi makcik percaya kebolehan Meon?
Ya saya percaya!
Yakin?
Ya Saya Yakin!

Ya! itulah tadi En Meon dengan balingan pisaunya yang tepat ke sasaran dalam keadaan tertutup.

Adakah anda semua percaya bahawa En Meon mampu membaling pisau tepat ke sasarannya dalam keadaan menutup mata?
Ya.. Percaya!!!

dan
Adakah anda semua yakin bahawa En Meon mampu membaling pisau tepat ke sasarannya dalam keadaan menutup mata?
Ya.. Yakin!!

Baiklah seterusnya dijemput Makcik Leha tadi naik ke pentas.

Baiklah makcik.. makcik percaya tentang kebolehan En Meon?
Ya Saya percaya!

100%?
Ya 100%

Makcik Yakin tentang kebolehan En Meon?
Ya, saya yakin!

100%?
Ya 100%

Baiklah seterusnya kita akan melihat sekali lagi kebolehan En Meon membaling pisau dalam keadaan mata tertutup, cumanya kali ini kambing tersebut akan digantikan dengan makcik Leha!

"Haa... errr..."
"Ya, Silakan makcik leha.."
"er... xnaklah... err.."
"kenape?"
"tttaaakuut..."
"Lah! kan makcik leha percaya dan yakin kebolehan En Meon?"
"er.. saye peerrrccaaayaa... tapi.... saye.. saye... risau jerk.. pisau tu.."
"tak payah risau lah.. kan Makcik Leha dan tengok kebolehan En Meon tadi?
"ye.. tapi... sebenarnya.. saya... saya..."

Seraya dengan itu Makcik Leha pengsan kerana terlalu takut.
akibatnya.. pengacara majlis terpaksa mencari orang lain sebagai pengganti Makcik Leha.

Baiklah.. ada sesiapa sudi menggantikan Makcik Leha?

Semua hadirin hanya diam membisu sambil menundukkan kepala. Tidak ada seorang pun berani. Malah hatta ditawarkan wang ringgit yang lumayan sekali pun.. semua mereka tidak sanggup.

Begitulah dengan hidup kita sebagai manusia. Kita sering kali berkata kita percaya dan yakin dengan segala janji-janji Allah swt. Percaya akan balasan Syurga dan Neraka, Percaya dan yakin diatas segala ketentuan... tetapi realitinya kita sebenarnya hanya percaya segala yang diberitakan kepada kita adalah Al Haq. Tetapi kita tidak yakin!

Adakah kita yakin?
Sekiranya kita benar-benar yakin dengan balasan dan Janji-janji Allah, nescaya kita akan mematuhi segala suruhan dan larangannya. Tidak akan berbuat dosa secara terus-terusan.

Seorang yang percaya dan yakin atas segala janji-janji Allah, pastinya dia akan menjadi hamba yang taat. Kita setiap kali dengar kuliah atau ceramah.. sudah pasti hati kita bergetar mendengar segala janji-janji Allah kerana kita percaya dengan janji-janjiNya. Tetapi.. sehari dua.. seminggu dua lepas tu? apa yang terjadi adalah sebaliknya. kenapa sebegitu? inilah dikatakan kerana kita tidak benar-benar mengqasadkan kedalam hati bahawa kita yakin atas segala janji-janjiNya.

Sebagai contoh;

Seorang penulis di shoutbox atau comment di blog yang yakin dengan janji-janji Allah tidak akan sesekali menyamar atau menggunakan kata-kata kesat atau menghina atau memfitnah orang lain. Kerana dia yakin bahawa, perbuatan yang buruk seperti ini adalah berdosa, yang mana dosanya itu hendaklah di minta supaya dilepaskan (dimaafkan) kepada mereka yang terlibat.

Seorang peniaga di pasar ramadan yang yakin dengan janji Allah tidak akan menyeleweng dengan menjual makanan dengan harga yang melampaui batas.

Seorang ayah yang yakin dengan janji Allah tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua Keluarga

Seorang Guru yang yakin dengan janji Allah akan sentiasa mengajar bersungguh sungguh demi mendidik anak bangsa.

Seorang bos yang yakin dengan janji Allah akan sentiasa perihatin mengenai kebajikan pekerjanya.

dan sebagainya
.

Bagaimana nak timbulkan rasa keyakinan ini? Sudah tentu dengan Al-Quran!.. ya Al-Quran. Di dalam al-quran terdapat tanda-tanda kebesaran Allah yang diceritakan kepada kita melalui wahyuNya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Tetapi malangnya, kita sering kali meninggalkannya, dan akhirnya mengheret kita kelembah kesesatan akibat lunturnya rasa keyakinan terhadap janji-janjiNya seperti mana yang berlaku pada umat terdahulu.


أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يَشْتَرُونَ الضَّلاَلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ السَّبِيلَ
Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari Al Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan yang benar. (An Nisa:44)

Hati manusia ni biasalah, kadang kala akan dihinggap penyakit was-was, ragu-ragu, lemah iman dan sebagainya. Sebab tu kita tidak boleh sesekali mengabaikan Al-Quran dalam kehidupan kita. Kerana Al-Quran ini adalah petunjuk bagi kita yang akan meningkatkan keyakinan kita terhadap semua janji-janji Allah, memberi garis panduan untuk kita meneruskan hidup di muka bumi ini. Sebagaimana yang Allah sebut dalam Surah Al Baqarah ayat 2;

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"


Tetapi tu lah.. terlalu sedikit yang menggunakan al-Quran didalam kehidupan. Baik dari segi pembentukan keluarga, masyarakat, bahkan negara. Kita banyak bersandarkan kepada teori-teori dan ideologi-ideologi tajaan yahudi. Sedangkan didalam Al-Quran tu dah ada segalanya.

مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.( Al-An'am:38)

Cuba anda semua bayangkan, sekiranya kita ni semua adalah generasi Al-Quran. Iaitu golongan yang mengambil al-Quran 100% ditambah pula dengan As-Sunnah, Ijmak Ulama', dan Kias sebagai panduan hidup. Sudah tentu kita semua akan menjadi mereka yang Yakin dengan janji Allah yang mana segala gerak geri kita, cara hidup kita, perlakuan kita adalah bersumberkan al-quran. Maka dengan ini semua masalah dan gejala yang kita hadapai sekarang akan hilang! Tiada lagi pembunuhan dan rogol kanak-kanak, tiada lagi ragut, tiada lagi aids, tiada lagi maksiat, judi dan arak! no more!

Oleh yang demikian, sebagai kesimpulannya.. marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kerana dengan Al-Quran dan As-Sunnah hati kita akan bertambah yakin untuk mengambil Islam sebagai cara Hidup.

Wallahualam.

kumpulan artikel |
7 Responses
  1. Dsantai Says:

    Assalamualikum.. kepada pembace posting nih.. kalau anda tak faham ape yg saye cube sampaikan nie.. just abaikan ye.. sbb saye menulis dalam keadaan mengantuk.. beberapa kali terlelap depan laptop mase menaip posting nih.. Kepada mereka yg paham ape yg saye cube sampaikan dalam posting nih.. anda memang insan Luar Biasa! otak canggih! boleh jadi jutawan! jutawan minda!


  2. aunt nora Says:

    Assalamualaikum.. Selamat Berpuasa! Terimakaseh sudah sudi mampir ke blog saya.

    Your blog interesting. Can i link u up? :)


  3. dsantai Says:

    Waalaikumsalam warahmatullahhi wabarokatuh.. owh.. terima kasih.. sile ler link.. nanti sye link kan balik aunt nora yer :)


  4. abg putra Says:

    dsantai,

    Satu kisah perumpamaan yang cukup bagus dan menarik. Syabas! manusia hari ini tercari-cari satu sistem yang mampu menangani semua pemasalahan. Jawapannya ada iaitu Quran. Tapi kenapa kita tak ikut sedangkan kita mengaku beriman?


  5. dsantai Says:

    tu realitinya abg putra.. alquran just di baca, dipertandingkan.. tetapi tidak diambil sebagai panduan dan melaksanakan tuntutan.. herm..


  6. MuFaKkiRaH Says:

    kiasan cerita yang menarik.. kdg2 kita tak nampak apa yang berlaku dlm realiti kehidupan sehingga ada yang cuba utk mengetengahkannya utk dijadikan contoh.

    pasni wat cerita lg ye.. best lak baca. =)


  7. dsantai Says:

    :) terima kasih kerana sudi membace mufakkirah.. ana lately sbuk sket.. so.. xtau bile next posting.. tunggu jerlah yer :)


Catat Ulasan