Samdol: Assalamualaikum Dol
Mamat: waalaikumsalam.. ehh.. ko samdol..

Riak wajah Mamat menunjukkan sedikit kegusaran ,Mamat kelihatan seolah-olah bersiap untuk membuka langkah seribu. Si Samdol ni memang terkenal dengan kaki pukul. Setiap kali berjumpa dengan di Mamat pasti dibelasahnya dengan kayu hoki.

Samdol: eh Mamat.. jangan la lari.. aku datang ni bukan nak pukul ko!
Mamat: err.. yer ker? Errr abis tuh?
Samdol: alah.. aku dating ni nak mintak maaf.
Mamat: sebab ape lak?
Samdol: ye lah, aku selama ni selalu buli ko, aku pukul dengan kayu hoki. Sekarang aku dah insaf, aku mintak maaf sangat-sangat.

Dengan wajah yang sedih dan penuh keinsafan.. Samdol memohon maaf kepada Mamat

Mamat: Alhamdulillah.. syukurlah kau dah insaf.. aku maafkan kau samdol. erm.., eh.. yang ko bawak kayu hoki tu lagi nak buat ape plak.
Samdol: Owh.. kayu hoki ni.. nak guna untuk belasah ko la kejap lagi.

Mamat terkejut mendengar kata-kata samdol..

Mamat: Eh, kan ko dah mintak maaf?
Samdol: ye lah aku dah mintak maaf..
Mamat: abis tu kenape ko nak pukul aku lagi?
Samdol: lah.. aku bukan nak pukul sekarang.. kejap lagi la.. sekarang aku nak minta maaf dulu.

Mamat terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan oleh samdol


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Ape khabar sahabat-sahabat Dsantai. Dah lama ana posting dalam blog ni. Buat masa ni ana berada di kelantan lagi. Terima kasih ler kat kengkawan dsantai yang rajin jenguk sinih.. siap bersawang tu yang tak tahan tue.. hehehe.. Ok untuk posting kali ni ana nak berbincang pasal Aturcara Majlis.

Maybe sahabat-sahabat tak berapa paham apa mesej yang cuba ana di atas. Tak per teruskan membaca.. nanti paham ler tuh.. kalau tak paham jugak.. print posting nih, rebus buat minum.. insyaAllah mesti lagi tak faham.

Meh kita baca posting kali ni yer...


Bagi memulakan majlis kita pada kali ini, marilah kita sama-sama menadahkan tangan mengaminkan doa yang akan dibaca agar majlis kita mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt

Doa pun dibaca.

Amin-amin ya rabbal alamin,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian Zapin yang disajikan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekelian
.

Ana pasti sahabat-sahabat Dsantai biasa dengan dialog pengerusi majlis seperti di atas. Selalunya mana-mana majlis rasmi akan dimulakan dengan doa memohon limpah rahmat dari Allah s.w.t setelah sahaja doa dibaca, para penonton disajikan dengan tarian, nyayian, joget, zapin dan sebagainya.

Kalau macam ana di johor, boleh dikatakan hampir setiap majlis akan ada tarian zapin yang dipersembahkan oleh anak-anak dara dan teruna. Setiap kali dia pusing, setiap kali tu la pakcik-pakcik, abang-abang perbetulkan kacing leher, perbetul songkok sambil tersegih-sengeh.

Kadang kala ana terfikir, adakah doa yang dibaca diawal majlis benar-benar memohon kerahmatan atau sekadar salah satu acara sampingan sekadar memenuhi protokol majlis? Bukan apa, selepas jerk bacaan doa, yang mana di dalam doa tersebut kita memohon keampunan, kemaafan diatas dosa-dosa dan maksiat-maksiat yang telah kita lakukan.. tapi tak sampai 5 minit kita berdoa, kita buat balik maksiat yang sememangnya dirancang (yang sememangnya telah tertulis didalam tentatif program). Sama seperti kisah si mamat dan samdol di atas.. minta maaf tapi buat lagik!

Then ade orang tanye, dah tu ustaz, tak payah baca doa ke kalau ada aturcara mcm tu lepas baca doa. Lah... sepatutnya bukan kansel aturcara baca doa, tapi yang patut kanselnyer aturcara yang maksiat tuh! Atau perbaiki agar tak bercanggah dengan syarak bukannya gi batal bacaan doanya unless kalau tak dapat diperbaiki..

Sahabat-sahabat dsantai yang dirahmati Allah,

Ana bukanlah membuat generalisasi bahawa kesemua tarian dan nyayian itu haram. Bahkan jauh sekali dari mengheret sahabat-sahabat dalam isu perdebatan khilafiayyah yang tak sudah nih. Hiburan berbentuk tarian dan nyayian ni boleh jadi harus, dan boleh jadi haram bergantung kepada 3 perkara. Iaitu penonton atau pendengar, presentor (penari atau penyayi) dan presentation (persembahan).

Di dalam satu-satu majlis, seharusnya penonton di jadikan antara fokus utama dalam acara tersebut. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ketika majlis tersebut berlangsung adalah tidak wajar. Ana suka mengambil contoh negeri Kelantan ketika menganjurkan Konsert Tautan Amal dan beberapa konsert lain. Negeri kelantan merupakan negeri yang boleh dijadikan contoh dalam perlaksanaan majlis. Di mana penonton lelaki dan perempuan bujang di pisahkan dibahagian kiri dan kanan pentas manakala yang bersama ahli keluarga dibahagian tengah. Dengan ini secara tidak langsung, ia dapat menyekat sedikit sebanyak daripada berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penonton hendaklah berada dalam keadaan sopan dan terkawal.

Presentor atau penari atau penyayi pula hendaklah tidak bercanggah dengan hukum syarak. Ada tarian yang dibenarkan di dalam Islam seperti tarian yang dinamakan sufirama dan sebagainya. Kebanyakkan tarian di Malaysia melanggar hukum syarak kerana penari-penari terdiri daripada perempuan (untuk tontonan umum / mempunyai penonton lelaki) , tidak menutup aurat dengan sempurna, boleh menimbulkan syahwat dan sebagainya. Begitu juga dengan penyayi, hendaklah menutup aurat, dipersembahkan dalam keadaan tertib dan sopan. Bagi penyayi perempuan, penontonnya pula hendaklah hanya terdiri dari kalangan perempuan sahaja.

Dan Element terakhir iaitu presentation ataupun persembahan yang mana hendaklah tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Seperti waktu persembahan, lirik-lirik dan alat muzik, kostume, dan sebagainya.

So sekiranya nak jugak adakan tarian dan nyayian selepas bace doa, kene pastikanlah element-element ni agar ia tidak dilihat seolah-olah kita mempersendakan agama dalam keadaan sedar atau pun tidak,

Wallahualam,
Salam mesre!
kumpulan artikel |
2 Responses
  1. Saya Says:

    uiks ustaz..yg nari2 ni x bid'ah lak kan..huhu..marhaban lak yg bid'ah..


  2. Tanpa Nama Says:

    tu la sapal


Catat Ulasan