Suatu petang, ketika haziq dan ayahnya sedang minum kopi di anjung rumahnya..

best betul lah kerajaan negeri kedah ye ayah”. Haziq memulakan bicara memecah kesunyiaan

awatnya?” Soal ayahnya inginkan kepastian

ya la.. xpernah dalam sejarah bola sepak kat Malaysia ni, dapat tengok bola kat stadium free”. Jelas haziq.

ohh.. a’ah.. yang kedah menang 5-1 hari tu.

tapi abah, kenape kata free tapi still kena ambik tiket?” Tanya haziq sambil mengerutkan dahinya.

yer lah, kalau xde tiket.. takut penonton exceed limit.. mau pecah stadium tuh.”. jelas ayahnya dengan panjang lebar.

Ooo.. macam tu..” ujar haziq sambil mengangguk-angguk kepalanya tanda faham.

Tapikan ayah.. ada yang tak dapat masuk..” jelas haziq

A’aah.. biasalah dah ramai sangat.. xmuat..” jelas ayahnya sambil matanya terkebil-kebil menghirup kopi panas.

Kesian la kat depa kan ayah, mai jauh-jauh tapi xdapat tiket”.keluh haziq

Yer lah, kalau datang jauh sekali pun tapi dah sampai lambat.. time kaunter tiket dah tutup.. tiket dah habih.. so xboleh la masuk..” jelas ayahnya.

Ooo…” haziq mengiyakan kata-kata ayahnya sambil mengangguk-anggukan kepalanya.

Esok kita mati esok macam tu lah jugak.

Maksud ayah?” Tanya haziq minta kepastiaan

Yer lah.. kita anggap stadium tu syurga. Nak masuk syurga.. mesti ada “tiket”. Walaupun kalau nak ikutkan selagi kita beriman, kompom dah masuk syurga. Tapi kita tetap perlukan tiket.

Erm.. tiket? Soal haziq sambil sesekali menggaru – garu pelipisnya yang tidak gatal.

A’aah tiket… dan tiket tuh pula mesti lah di perolehi sebelum “kaunter di tutup”. Ayahnya menambah.

"Kaunter? Erm.." soal haziq dengan sedikit mulutnya ternganga..keningnya bertambah kerut sambil cuma memikirkan maksud ayahnya itu.

Yer lah… Stadium itu umpama syurga.. kita perlukan “tiket” iaitu pahala. pahala ni kita boleh perolehi sebelum “kaunter ditutup”.

“Ohh…”
haziq mula memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya.

Kaunter tu pulak tempoh untuk beramal yang kita ada sebelum sampai kiamat. Kalau dah kaunter di tutup yakni kiamat.., xguna segala amal kita selepas tuh.. tambah ayahnya, cuba memahamkan anak sulungnya itu.

“Owh…” Haziq mengangguk- angguk kepalanya sambil tersengih..

Cuma beza antara kaunter tiket nak masuk stadium dengan “kaunter tiket” nak masuk syurga ialah.. kaunter tiket nak masuk stadium hanya ada dekat dengan stadium… selalunya sebahagian daripada banggunan stadium… tapi kaunter tiket nak masuk syurga ada di mana-mana.. so tiket nak masuk syurga.. boleh di dapati di mana-mana.. iaitu amalan ibadah yang kita boleh lakukan bila-bila masa.. dan di mana-mana sahaja. Amal ibadah bukan sekadar terikat pada solat, puasa, zakat, dan haji semata-mata.. tapi keseluruhan cara hidup kita.. sekiranya cara hidup kita mengikut syariat islam.. dan pekerjaan dan kerja buat kita ni semua diniatkan sebagai ibadah kepada Allah swt, maka ia akan menjadi “tiket” kepada kita untuk ke syurga. Terang ayahnya dengan panjang lebar

OOoowh.. macam tu.. tapi ayah.. selalunya kita kerja kan untuk duit.. sebab kalau kita kerja untuk ibadah semata-mata mesti kita tak ambik duit.

Herm.. bukan macam tu haziq.. duit tu hanya hasil. Bukan tujuan. Macam contoh kita sembahyang la.. kerana nak menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. Tapi hasilnya kita jugak mendapat tubuh badan yang sihat kerana perbuatan solat tu adalah satu exercise badan.

Owh… tapi ayah.. kalau kita kerja kerana nakkan wang semata-mata, macam mana?

“Kalau kita niat semata-mata wang.. maka dia xdapat la ganjaran pahala.. macam solat tadi lah… kalau dia niat kerana nak exercise badan semata-mata so dia just dapat badan sihat la… tapi tak dapat la pahala.”

“Owh… macam tu…” haziq mula faham apa yang cuba disampaikan oleh ayahnya.

“Ada satu kata-kata: Kalau tanam padi, lalang akan tumbuh sama, Tapi kalau tanam lalang, padi takkan tumbuh sama”..kalau kita cari akhirat.. maka dunia mesti datang sama.. kalau kita dok kejar dunia.. maka akhirat xkan ikut sama.
2 Responses
  1. aLif Says:

    assalamualaikum ustaz... saya mendapat blog tuan drpd halaman blog saudara edly. Disini saya hanya nak tahu pandangan tuan terhadap Qadiani. Ajaran yang digelar Qadiani ini telah diumumkan oleh JAIS sebagai ajaran sesat.


  2. Author Says:

    Assalamualaikum...

    Qadiani memang dah lama diistiharkan sesat oleh Ulama ASWJ. Perbezaan firqah dengan ASWJ bukan sekadar furuiyyah (cabang) tapi hal yang berkaiatan dengan pokok akhidah.

    Firqah ini berasal daripada Mirza Ghulam Ahmad: 1908M

    Firqah ini seterusnya dibawa masuk ke malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah: 1949M

    Asal nama firqah ini adalah berdasarkan sebuah perkampungan di India, Iaitu Qadian kalau tak salah ana daerah Gusdapur (Cuba check balik ngan mereka yg study kat india...)

    Ada banyak fatwa pelik dan iktikad yang jelas bercanggah dengan ulama aswj. Antaranya;

    menafikan jihad (fatwa ini adalah dibuat untuk membodek pihak penjajah ketika itu),

    mengaku sebagai nabi dan menerima kitab al-Tazkirah

    Beriktikad bahawa mirza ghulam mempunyai sejuta mukjizat.

    Beriktikad bahawa Mizra Ghulam sebagai Imam Mahdi dan jelmaah Tuhan (krisyna- Tuhan mengikut kepercayaan Hindu)

    Mengkafirkan selain pengikut firqah Qadiani

    Mengistiharkan Qadian sebagai tempat suci.. so buat haji disana.

    Mengubah ayat2 al-quran

    dan sebagainya...

    Wallahualam


Catat Ulasan