Tidak lama dahulu, ada seorang lelaki bernama Lebai Malang tinggal di sebuah pulau. Lebai Malang sangat dihormati oleh masyarakat di situ. Lebai Malang tinggal bersama tiga orang anaknya. Pada mulanya mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tetapi beberapa tahun kemudian, cara Lebai Malang membesarkan anak-anaknya berubah.
Anak Lebai Malang yang sulung bernama Harba. Harba dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang.Ia tinggal di rumah sahaja. Sayangnya kepada Harba ini sehinggakan Lebai Malang menyediakan inang pengasuh dan pengawal bagi menjaganya sepanjang masa. Lebai Malang tidak sekali-kali mengizinkan Harba keluar daripada rumah. Beberapa tahun kemudian, jadilah Harba seorang anak muda yang kacak, tampan, segak tetapi manja.
Anak Lebai Malang yang tengah bernama Kaker. Sama juga dengan abangnya, Lebai Malang membesarkan Kaker dengan penuh kasih sayang. Dia diberikan makan dan minum secukupnya. Kaker sangat dihormati dan Lebai Malang sering mengadakan majlis jamuan bagi meraikan Kaker. Oleh itu, hiduplah Kaker dengan penuh kegembiraan. Lebai Malang juga sering membawa Kaker berjalan-jalan, mengambil angin di sekitar pantai pulau yang indah itu.
Anak Lebai Malang yang bongsu bernama Amsal. Pada mulanya, Lebai Malang mendidik Amsal sama seperti abang-abangnya. Tetapi tidak lama kemudian, Lebai Malang berubah hati. Lebai Malang tidak ambil peduli pada Amsal. Amsal dibiarkan hidup bersendirian.Amsal hidup terkontang-kanting melarat mencari sesuap nasi. Dia selalunya merayau di tepi pantai dan sekitar pulau itu. Badannya kurus kering dan pakaiannya compang-camping. Lebai Malang sedikit pun tiada belas kasihan dan ambil peduli pada Amsal. Ada juga orang-orang kampung cuba menasihati Lebai Malang tetapi Lebai Malang tetap dengan cara hidupnya. Seluruh masyarakat kampung hanya mampu menggelengkan kepala dan menaruh simpati kepada Amsal.
Pada suatu hari, Lebai Malang menerima titah raja. Duli Yang Mulia Paduka Raja di Tanah Besar menitahkan Lebai Malang datang ke istana bagi menerima anugerah. Kerana titah raja itu, Lebai Malang pun sibuk membuat persiapan hendak menghadap raja.
Lebai Malang merasakan dia tidak kuat dan tidak mampu hendak belayar menempuh lautan luas. Oleh itu, dia menemui anaknya yang tua, Harba.
“Anakandaku Harba, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi menerima Anugerah DiRaja. Sudikah anakanda menemani ayahanda?”
“Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diberi pelajaran ber-kenaan pelayaran. Anakanda hanya dibesarkan di dalam rumah ini sahaja dan tidak pernah sekali pun keluar ke mana-mana. Anakanda hanya boleh menghantar ayahanda di pintu rumah sahaja?”
Lebai Malang tidak berputus asa.Dia pun berjumpa dengan anaknya yang kedua, Kaker.
“Anakanda kaker, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi menerima anugerah. Sudikah anakandaku menemani ayahanda ke sana?”
“Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diajar cara-cara belayar meredah lautan luas. Anakanda hanya dibesarkan di pulau ini sahaja, malah anakanda tidak pernah belayar keluar dari pulau ini. Tetapi, anakanda boleh menghantar ayahanda hingga ke pangkalan sahaja.”
Lebai Malang sangat kecewa dengan sikap kedua-dua orang anaknya.
Lebai Malang tidak putus asa. Dia teringatkan seorang lagi anaknya yang sudah lama tidak dipedulikan. Lebai Malang pun turun ke pantai mencari anaknya, Amsal.
“Amsal, Amsal!”
“Anakku Amsal… di mana kau, Amsal!”
“Di sini ayahanda, ada apa ayahanda?”
“Anakandaku Amsal, maafkan ayahanda. Ayahanda sungguh menyesal sekarang. Kau kurus kering, nak. Cuba lihat, badanmu penuh kudis, kotor, pakaianmu compang-camping. Mengapa kau begini, nak?”
“Tak mengapalah, ayahanda. Anakanda gembira dapat berjumpa dengan ayahanda. Sebenarnya, apa tujuan ayahanda mencari anakanda?”
“Begini, Amsal. Paduka Raja dari Tanah Besar menitahkan ayahanda menghadap bagi
menerima anugerah. Kedua-dua abangmu tidak sanggup membantu ayahanda. Bolehkah anakandaku Amsal menolong ayahanda belayar ke Tanah Besar?”
“Syukurlah ayahanda. Tetapi ayahanda, anakanda ini kurus kering, kotor dan tidak bertenaga. Demi kasih sayang anakanda kepada ayahanda, anakanda sanggup berkorban menghantar ayahanda menghadap Paduka Raja.”
Pada hari yang ditetapkan, berangkatlah Lebai Malang dari rumahnya hendak belayar.Ramai kaum keluarga yang mengiringi dan menangisi pemergian Lebai Malang . Seperti yang dijanjikan, Harba hanya menghantar ayahnya di muka pintu, Kaker pula hanya menghantar sehingga ke pangkalan sahaja.
Lebai Malang belayarlah bersama anaknya, Amsal menuju ke Tanah Besar. Lebai Malang sangat kasihan kerana anaknya Amsal yang kurus kering itu berusaha sedaya upaya berkayuh menongkah arus dan membelah badai. Lebai Malang cuba membantu namun apakan daya, dia sudah tua. Sesudah beberapa lama belayar, tiba-tiba angin ribut turun menderu-deru dengan gelombang yang besar. Amsal dengan penuh taat dan khidmat berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan perahu ayahandanya. Tetapi, kekuatan Amsal tidak sekuat gelombang dan badai itu. Tiba-tiba, gelombang yang mengganas tanpa belas kasihan itu melambungkan perahu Lebai Malang lalu terhempas ke batu karang. Perahu Lebai Malang hancur berkecai. Lebai Malang terapung-apung dibawa arus.
Malang sekali nasib Amsal. Dia karam, lemas dan hanyut entah ke mana. Tidak lama kemudian, Lebai Malang terdampar di tepi pantai. Lebai Malang sangat sedih apabila mengenangkan anaknya Amsal yang karam dan lemas di lautan. Tetapi apakan daya, Lebai Malang juga tidak dapat menyelamatkan Amsal.
Dengan penuh kepayahan dan kesedihan, Lebai Malang pun meneruskan perjalanan bagi menemui Duli Yang Mulia Paduka Raja
Tamat...
"aik? dah tamat?"
"yerp.. dah tamat.."
"herm.. apa yang cube di sampaikan dalam posting kali ni yer? mcm tak faham lah..."
"Owh.. memang tak faham... sebab anta tak tahu watak sebenar citer nih?"
"Owh? watak sebenar?.. ape watak sebenar derang?.."
"Watak sebenar bagi Lebai Malang adalah diri awak sendiri, Harba sebagai Harta Benda, Kaker sebagai Kaum Keluarga, Amsal sebagai Amal Soleh, Datuk Bendahara sebagai Malaikat, dan Paduka Raja sebagai Tuhan..."
"erm?... eh.. kejap.. kejap.... owh... baru ana faham.."
Catatan: Teks ini sebenarnya adalah satu modul LDK untuk brainstroming. Dimana setiap kumpulan di beri teks ni dan buat rumusan pasal teks tu.. then present dalam sesi bengkel... Jangan bagi tau awal2 pasal watak sebenar tuh.. At the end baru Ketua Fasilitator bagi tau watak sebenar bagi setiap watak di dalam teks tuh.. dan sedikt ulasan berbentuk tazkirah ringkas mengenai Amal Soleh yang dikerjakan di dunia nih.
aduhai..terkejut gak td tibe2 je dah tamat.. =)
heheh.. tak habis lagie... saje expand citer tuh jadi pendek.. panjang sangat.. :)
cter menarik...lu ad yg pnjg boleh gak terbitkan..sonok..