Assalamualaikum wrh.wbt... apa khabar sahabat dsantai.. maaflah lame xposting... mcm biasa buat-buat sibuk.. lagipun sekarang ana masih dalam tour dsantai. Sepatutnya semalam berada di perak.. tapi atas sebab kebetulan di alor setar ni ada kenduri... so ana extend la balik perak. InsyaAllah pagi ni lepas kenduri ana akan berada di serdang kemudian kamunting lepastu pangkor. Sebut pasa kenduri ni.. ana dapat tahu ada pengunjung2 dsantai baru sahaja melangsungkan perkahwinan.. Tahniah... dan ada baru bertunang.. baru dok merisik...

Sheikh... enta bila nak kahwin?
InsyaAllah.. bulan 6.
Owh.. eh sekarang bukan bulan 6?
A'aah...
Habis enta kahwin bulan ni lah... Tahniah!
terima kasih... tapi bukan bulan 6 tahun ni la...
ceh.. habis tahun depan ke?
tak jugak..
Habis bulan 6 tahun bile?
Entah la... mungkin 2,3,4,5,6,7,8,9,10,... tahun akan datang...
Ceh! buang karan ana jerk layan enta!
Hehehe..jangan la marah.. nanti kene jual!


Jodoh pertemuan ni di tangan Allah...tentu kita pernah dengar budak baru habis SPM dah kahwin.. umur baru remaja dah berumah tangga...

Pssstt.. pengantin tu mudanyer?
yer lah.. baru habis balik U...
oooo patut la nampak muda... ... boleh tahan juga hensem..
eh.. tu pengantin perempuan... gemuk nya...
Haa'ah gemuk.. pendek...
hahahaha... hiss... tak baik mengumpat... tapi aku heran la....
amende?
yerlah... budak tu sikit punya hensem... tapi mcm mana dia boleh kahwin dengan pengantin peempuan tuh....
haa'aah... aku pun pelik la... perempuan tu budak kampung jerk... muke ngan shape out! mengaji takat spm jerk.
tu la.. padahal kat taman ni ramai awek-awekss... mcm kita ni.. sikit punya cun ape.. degree lagi!..
entahla... lelaki2 kat dunia ni semua dah buta gamaknyer...
hahahaha...

Ni lah namanya jodoh... selalu sangat kita jumpa pasangan-pasangan yang pada mata kita ni "tak sesuai". lelaki punya la hensem... perempuanye... adohaiiii.. malas nak sebut... kekadang... pengantin perempuan punya la cun melecun... tapi pengantin lelaki... isk... sakit mate den..

Ada yang pengantin lelaki dengan pengantin perempuan macam bapak dengan anak... tak kurang yang macam mak dengan anak. Kenape yer?... kenape?...

Tu la... aku sikit punya cun... umur dah 30.. tak dak sapa pun masuk meminang... sedih tau...

Entahla... bukan nak riak.. muka aku ni kategori hensem la jugak... tapi kenapa la sampai sekarang aku tak kawin2 lagik... semua tak jadik.. semua menolak.. hisssss....

Well, inilah yang dikatakan jodoh... benda yang walaupun kita rancang bagai nak rak... tapi Allah telah tentukan bahawasanya belum jodoh kita.... so kenalah bersabar...

Dan berita baik untuk kaum hawa.. anda tak perlu sangat nak berhabis duit dengan make-up bernilai ratusan ringgit... dengan program sliming, diet dan sebagainya.. kerana jodoh tidak mengenal semua ini... begitu juga dengan kaum adam.. tak perlu lagi anda habiskan ratusan bahkan ribuan ringgit untuk duit top-up nak "mengayat" orang yang anda minati... pernah seorang sahabat lama.... dulu masa sekolah dulu... memang terkenal dengan istilah belangkas... pasangan ideal gitu... sama Cun dan hensem... selalu jugak kene lecture dengan cikgu-cikgu... sampai habis sekolah.. last-last.. baru-baru ni ana dapat tahu yang sahabat ana tuh baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis dari seberang. Bila di tanya apa dah jadi?... dengan selamber dia menjawab..

dah jodoh nak buat macam mana?

ternganga jugak mulut ana. and then ana cuba risik jugak... sebab apa tak jadi... dia kata..
tak serasi.
huih... cinta berpuluh2 tahun.. tapi tak serasi?
a'aah.. tak serasi. entahla.. dia baik... tapi entah la.. payah nak cakap.. dia pun pikiaq macam tu jugak..
herm.. ngan isteri hang dari seberang tu serasi la pulak?
yerp.. aku tak bercinta dengan dia... terus kahwin...
macam mana tuh?
aku ni kan jawa.. adik beradik belah mak aku ramai kat sana... mak sedara aku tolong rekemenkan... aku ikut jekr...
ooOOo mcm tuh...
weih.. kredit aku dah kong nih... Assalamualaikum
waalaikumsalam...

So.. jangan pening kepala... the time will come... yg penting lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga terlebih dahulu b4 u talk about it. ok... Assalamualaikum..

sekadar rujukkan.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda: الالدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة. Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah”. Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain.

Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan daripada gelojak nafsu” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari

Majlis Perkahwinan.. Apa yang boleh apa yang tidak

BOLEH:
Majlis Khatam Al Quran
Berzanji
Marhaban
Qasidah
Selawat
Tazkirah
Hadrah
Zikir

TAK BOLEH:
Bersanding
Joget lambak
Buka aurat
Kugiran
Tabur beras Kunyit
Perasap kemenyan
Pakai rantai (Bagi lelaki)
Karaoke
Membazir
Menunjuk-nunjuk


kumpulan artikel , |
2 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    jangan hipokrit!semua xleh..nie xleh 2 xleh..macammaner orang nak dalami islam belum ape2..jgn wat 2..jgn wat nie..2 haram..2 dooosa besar..penat jer blajar tinggi2..cara nak ajak orang berdakwah mcm zaman tok kadok lagi..x der pembaharuan..aku benci..................orang cenggini..lain kali sebelom say NO 2 EVERYTHING IN DA WQRLD!!!!!!!!!!!!!bagi sebab kenape..xleh 2 dan ini.faham..!!!stopid......hunnga bunngaaaaaaa..


  2. Author Says:

    :) terima kasih atas ulasan anda. anda mempunyai sebarang hujah ilmiah kenapa bende yang ana senaraikan sebagai tak boleh tu dibenarkan?

    TAK BOLEH:
    Bersanding
    Joget lambak
    Buka aurat
    Kugiran
    Tabur beras Kunyit
    Perasap kemenyan
    Pakai rantai (Bagi lelaki)
    Karaoke
    Membazir
    Menunjuk-nunjuk

    Bukan ana yang kata tak boleh. ISLAM yang kata tak boleh.


Catat Ulasan