Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar sahabat2 dsantai... kali ini ana nak promosikan satu skim cepat kaya.. Skim ini dah lama ada cuma ramai yang tak menyertai... para ulama mengatakan bahawa skim ini adalah Halal bahkan sunat bagi umat Islam menyertainya.

Atas kesedaran itu ana nak mengajak seluruh sahabat dsantai menyertainya. Pulangan pelaburan anda sehingga 700 KALI GANDA, disamping faedah sampingan seperti mendapat pakaian yang cantik, makanan dan minuman yang lazat-lazat secara percuma!.InsyaAllah anda tidak akan tertipu, Halal, Bahkan Sunat!.. Setiap sen pelaburan anda ini akan keuntungan sehingga 700 kali ganda!


Dipetik dari blogKakG

Perhatian :
Kepada sesiapa yang mengenali Saudara Samsun Alam Bin Abdullah Sahid , berasal dari Pancang Bedena, Sungai Besar, Selangor dan bekas pelajar Tingkatan 6 sesi 1984/85 SMK Sg. Besar.

Beliau sekarang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat Kanser Tahap 4.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Saipul Anwar di 019- 2164114.

# Petikan dari blog Kujie. Harap maklum. Semoga anda yang mengenali sahabat ini dapat menziarahinya. Semoga saudara Samsun Alam tabah dengan ujian ini dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Amin.

Pesanan dari Dsantai.


وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh".-Ayat 10, Surah al-Munafiqun

Oleh yang demikian sahabat2 dsantai.. marilah kita sama-sama menghulurkan sumbangan... tak boleh sikit... bagi banyak... Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersedekahlah walau dengan setengah biji buah kurma sekalipun"... Kalau kita nak nilai dengan wang ringgit.. mungkin harga bagi separuh buah tamar boleh jadi 5 sen. So, takkan nak derma 5 sen pun tak de kan?.. (.. tapi takkan kot nak derma 5 sen jerk... lekeh bebenor la kite ni..) paling kurangRM 10.00. Derma plak zaman sekarang.. senang sangat... boleh macam-macam cara... ada yang jenis SMS, hantarkan kod top up, pembayaran online menggunakan paypal, maybank2u, deposit kat ATM machine... ish... bak kate... mudah bebenor la ye... moh la kita bantu sahabat kita ni... moga2 dengan sedekah ini menjadi dalil kepada kita mendapat ganjaran di akhirat kelak... insyaAllah

Inilah yang dimaksudkan dengan "Skim Cepat Kaya" yang InsyaAllah anda tidak akan tertipu, Halal, Bahkan Sunat!.. Setiap sen pelaburan anda ini akan keuntungan sehingga 700 kali ganda!


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ.


"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."-Surah al-Baqarah- Ayat 216.

bahkan anda akan mendapat faedah-faedah samping seperti.. Pakaian ahli syurga yang berwarna hijau!, makanan dan buah-buahan dari syurga dan minuman-minuman yang lazat juga dari syurga!

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيُّمَا مُسْلِمٍ كَسَا مُسْلِمًا ثَوْبًا عَلَى عُرْيٍ كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ خُضْرِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ أَطْعَمَ مُسْلِمًا عَلَى جُوعٍ أَطْعَمَهُ اللَّهُ مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ سَقَى مُسْلِمًا عَلَى ظَمَإٍ سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ الرَّحِيقِ الْمَخْتُومِ

Dari Abu Said r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Mana-mana orang Islam yang memberi pakaian kepada seorang Islam yang sedang terdedah anggotanya yang sepatutnya tertutup, Allah akan memakaikan penderma itu dengan pakaian (penduduk) syurga yang (serba indah dan) berwarna hijau. Demikian juga mana-mana orang Islam yang memberi makan kepada seorang Islam yang sedang lapar, Allah akan memberi makan kepada penderma itu dari buah-buahan syurga. Demikian juga mana-mana orang Islam yang memberi minum kepada seorang Islam yang sedang dahaga, Allah akan memberi minum kepada penderma itu dengan sejenis minuman syurga yang (serba lazat dan) termeterai bekasnya"- Riwayat Abu Daud.

Oleh yang demikian, jangan lepaskan peluang keemasan ini.. buatlah pelaburan anda sekarang juga! Hasil pelaburan anda akan di beri di akhirat kelak, dan akan diterima berterusan sehingga ketentuan Allah!

Hubungi wakil sdr Samsun Alam 019- 2164114 (En. Saipul Anwar),

atau tuan-tuan imam, AJK Masjid, Pelajar-pelajar pondok, golongan fakir miskin, Pusat pengajian Islam, Tabung derma Jihad, dan sebagainya..

Catatan: Dsantai juga merupakan salah seorang wakil pelaburan. Untuk makluman para pelabur, saya sedang dalam proses menyambung pengajian saya dan memerlukan pelaburan yang banyak.

Pelaburan anda untuk membantu pengajian saya boleh di sumbangkan ke akaun:

Sani Bin Ahmad

Maybank: 151240007119
Bank Islam: 01087020235086
Tabung Haji: 050201000012651

Untuk makluman lanjut sila hubungi saya di 019-7176749

* Sila salin semula tulisan yang berwarna jingga di atas dan paparkan di blog anda. Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu sahabat kita, sdr Samsun Alam Bin Abdullah Sahid. Atau setidak-tidaknya mari kita doakan kesihatan sahabat kita tersebut.
kumpulan artikel , |
2 Responses
  1. Jie Says:

    Terimakasih usrad kerana perihatin. Semoga segala usaha kita semua dipermudahkan olehNya.

    Saya cuma membantu suami saya menjejak kawan²lama beliau untuk membantu Saudara Samsun Alam.

    Semoga ustad juga dibuka seluas² pintu rezeki untuk memeruskan pencarian ilmu dan dapat memberi manfaat pada kita semua.

    Amin


  2. Author Says:

    Ana sekadar membantu apa yg ana terdaya. Moga Allah memberi pertolongan kepada sdr. Samsun Alam.

    Terima kasih kujie..moga kujie pon di kurniakan rezeki dan kesihatan yang baik seisi keluarga


Catat Ulasan