Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar semua sahabat Dsantai sekelian. Moga-moga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Alhamdulilah bersyukur kita atas kurniaan nikmat iman dan Islam kepada kita. Kali ini kita akan berdiskusi mengenai topik Bulan Seribu Peluang yakni Bulan Ramadan yang diberkati.

Bulan Ramadan adalah bulan yang diperintahkan ke atas kita berpuasa sebagaimana dalam firmanNya

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 183)

Sebagai orang yang beriman, Bulan puasa seharusnya tidak dilihat sebagai bulan yang mengongkong atau menafikan hak sebagai seorang manusia. Tetapi Bulan Ramadan seharusnya dilihat sebagai bulan seribu peluang.

Ya! Seribu peluang..

Telah mana kita ketahui, Bulan Ramadan padanya diikat Iblis dan Jin yang sebelum ini menggoda manusia melakukan keingkaran kepadaNya. Hawa Nafsu pula dapat dikawal paling tidak sedikit lantaran kita dalam keadaan puasa. Demikian, sedikit sebanyak memberi peluang kepada kita untuk membersihkan diri dan mendekatkan diri pada Allah.

Seorang Perokok, yang merokok tidak kurang 40 sehari dapat mengekalkan mengurangkan jumlah batang rokok di hisap lantaran berpuasa di siang hari.

Seorang yang "jauh" daripada masjid dan surau, tetapi dibulan Ramadan, mereka mula mendekatkan diri dengan rumah Allah berlumba-lumba untuk mendapatkan bubur lambuk, moreh Keredaan Allah dengan melakukan ibadat Solat Terawikh, berzikir, bertadarus dan sebagainya.

Ini juga memberi peluang dengan mereka yang ingin mengaut keuntungan pahala sunnah dengan menjalankan perniagaan di Bulan Ramadan atau berpakaian mengikut sunnah, berjubah, berserban dan sebagainya demi mendapatkan pujian fadhilat sunnah.

Di bulan ini juga, merupakan peluang bagi mereka yang mempunyai perselisihan faham untuk menyelesaikan tentang apa yang diperselisihkan. Ini kerana lazimnya seseorang itu mudah marah memaafkan kesilapan, kesalahan atau perselisihan yang berlaku lantaran tidak mahu merosakkan pahala puasanya.

Ini hanyalah sedikit daripada seribu peluang yang terdapat di dalam Bulan Ramadan. Tinggal lagi, sama ada kita menafaatkan peluang dari sudut yang baik atau yang buruk. Adapun telah berkata Tuan Guru kami, " Seseorang yang tiada berubah sikap di Bulan Ramadan, Maka pastinya sukar akan dia berubah di bahagian (bulan) yang lain"

Marilah kita berlumba-lumba menyediakan persiapan selengkapnya bagi menyambut bulan seribu peluang ini. Jangan tunggu tibanya bulan ramadan baru nak buat persiapan. Mulakan persiapan dengan berpuasa beberapa hari di bulan ini, pada hari Isnin dan Khamis. Perbanyakkan solat Malam, berzikir dan sebagainya agar kita tidak merasa penat atau lelah ketika tibanya bulan Ramadan yang diberkati.

Wallahualam

kumpulan artikel , |
6 Responses
  1. Ibnurashidi Says:

    salam..apa kaba ust santai?ana alhamdulillah sihat.cmna dgn muadalah mesir?dgr kata mmg dh takleh dtg lgi?


  2. Author Says:

    Waalaikum salam ustaz ibnurashidi. Muadalah dengan mesir buat masa ni menemui jalan buntu. Semua kolej islam yang ada muadalah dengan mesir buat masa ni dibatalkan..kecuali Madiwa. Baru2 ni wakil madiwa ke mesir.. dan majlis al-azhar mengatakan hubungan madiwa dan mesir seperti dahulu. Maksudnya.. masih lagi berterusan.

    Untuk kolej2 lain.. masih lagi dalam perbincangan.. Wallahualam..

    Doa-doa muadalah tu dapat di sambung balik.. sebab cawangan Al-azhar di Malaysia masih jauh dalam pembinaan.. kesian kat pelajar2 yang sepatutnya ke mesir dalam masa terdekat ni..

    Apa2 pun,ana cadangkan... bagi pelajar2 dari kolej2 yg dibatalkan muadalah... cuba datang madiwa... mintak sibqah diploma kolej lama ke diploma kolej madiwa... ikut budi bicara madiwa la macam mana..


  3. Tanpa Nama Says:

    Selamat menyambut Ramadhan. Moga Allah terima segala ibadah kita. Ameen.


  4. Author Says:

    Ameen.. terima kasih has.. :)


  5. Tanpa Nama Says:

    salam..mmg benar Ramadhan bln seribu peluang,dan kita patut rebut ganjaranNya,kita jgn lupa jugak merebut ganjaran dua bulan sebelum BULAN RAMADHAN..:-)


  6. Tanpa Nama Says:

    Assalamulaikum.
    Afwan saya dari Indonesia, saya adalah salah satu yang ikut Pemberangkatan Kemesir lewat Majlis Adz_dzikrayang ada di indonesia , Saya Cuma ingin tahu apakah benar Yayasan adz-dzikra Bekerja sama dengan MADIWA untuk pemberangkatan kami ke kairo mesir? Jika Memamg benar, bolehkah saya tahu kapan kami akan diberangkatkan?
    Atas penjelasannya saya usapkan ribuan terima kasih.
    Walaikumsalam
    BY Nasruddin


Catat Ulasan