Assalamualaikum wrh. wbt.
Apa khabar sahabat2 dsantai sekelian. dah lama yerk ana tak mencoret di blog ni.. dah bersawang mawang... bersempena nak sambut raya 6 esok.. maka dsantai telah berubah wajah pada hari ni. Ana start renovate blog ni selama.. dan Alhamdulillah dah siap hari ni.. cumanya bahagian gambar kat bawah belum update.. so nak maklumlah.. gambar kat bawah tu bukan dari koleksi ana.. so kiranya terjumpa gambar bukan2.. ana minta maaf.
Baik berbalik kepada topik kali ni.. "Bukan Maksum".Seperti yang kita sedia maklum bagi kita ahli sunnah wal jamaah, kita beriktikad bahawasanya tiada seorang pun manusia didunia ini adalah maksum kecuali Rasul. Namun bagi golongan yang memegang mazhab akhidah syiah, bagi mereka imam-imam mereka juga adalah maksum.
Maksum bererti suci dari sebarang kesalahan dan dosa. Selain daripada rasul, tiada siapa pun terlepas dari kesalahan baik yang besar mahupun yang kecil sekalipun ia bergelar Ayatollah, Sheikh, Dr. Tuan Guru. Ustaz, Ustazah, Kiyai Tan sri, Puan Sri, En. Cik. Puan, Tuan, Dato, Datin, Raja, Tengku hatta apa sekalipun gelaran dihadapannya.
Sebagai contoh Si polan bin si polan atau si polanan binti si polanah yang sememangnya terkenal dalam bidangnya. Hampir apa sahaja yang dikatakannya akan diterima oleh mereka yang mengkaguminya meskipun apa yang diucapkannya itu kurang tepat ataupun salah.
Sepatutnya kita sebagai manusia yang waras, seharusnya mengkaji dahulu apa yang diperkatakan oleh individu tersebut. Cuba buat rujukan dengan individu yang lain yang turut pakar dalam bidang berkenaan Sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau salah. sekiranya salah, maka seharusnya kita berlapang dada dan menerima hakikat bahawasanya individu yang kita kagumi itu telah melakukan kesalahan.
Ingatlah sesungguhnya kepandaian, ilmu manusia itu semuanya datang dari Allah, kita berhajat kepadaNya sedangkan Ia tidak berhajat akan sesuatu pun.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqoro' (faqir dan memerlukan) kepada Allah dan sesunggguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji" Fatir: 15Sahabat-sahabat Dsantai,
Ingin sekali ana mengajak sahabat-sahabat membuka minda dan mengikis sikap ini yang sudah menebal di dalam diri. Seharusnya kita berfikiran terbuka khususnya dalam menerima hakikat tentang sesuatu perkara. Antara lain, apabila ada mereka yang menegur akan kesalahan individu yang kita kagumi, maka seharusnya kita kaji dengan mendalam, apakah teguran yang dibuat berasas. Sekiranya berasas maka terimalah dengan hati terbuka. Usalah di pertikai mereka yang menegur tersebut. Begitu juga sekiranya teguran itu dilakukan oleh mana-mana individu ke atas kita, maka sekiranya ia benar.. hendaklah kita menerimanya dengan berlapang dada.
Sebagai contoh;
Sedang asyik anda "berehat-rehat" di suatu taman bersama teman wanita, lalu datang seorang wanita lalu menegurmu
"Dik, kat sini tempat awam, tak elok macam ni"
Janganlah anda balas sebegini.
"Alah..perempuan... tak payah nak tegur la.. ko cermin la diri ko tu dulu..ko pon 2 X 5. macam la ko alim sangat. bla.. bla.. bla.."
Seharusnya anda terima teguran tersebut. Meskipun perit dan pahit, telanlah.. itu lebih baik untuk anda daripada anda membalas dengan ucapan-ucapan sebegini. Paling tidak, berdiam lah.
Begitu juga, jika dikatakan;
"Sheikh, ana rasa _______ tu salah la.. bukan macam tu.. sebab yang ana belajar"
Maka janganlah anda terus menjawab
"Alah.. ko jangan dok pertikai la.. dia tu pakar dalam bidang dia.. takkanla dia tak tahu apa yang dia cakap?" " Bukan salah... ko yang tak paham.. apa standard ko nak pertikai dia?"
"Alah.. ko tu dengki.. sebab tu ko tuduh dia bukan-bukan"
Sepatutnya kita berkata begini:
"Erm.. mcm tu ye, ana pon tak pasti jom kita tanya _________ yang jugak pakar dalam bidang nih"
Ingatlah
Meskipun siapa pun dia, walau sepakar mana individu terbabit didalam bidangnya, maka ingatlah bahawasanya beliau bukanlah maksum.
Meskipun siapa pun dia, sekiranya beliau melakukan kesalahan, maka terimalah kedaifan yang ada padanya.
"Pangkat dan gelaran" bukanlah lesen untuk menjadi maksum.
Sekian,
Sani Ahmad,
02:22 161008
p/s malam ni ana bertolak ke Johor Bahru, doakan keselamatan ana ye!
Alhamdulillah.. dah sampai pagi ni. Jam 10 lebih pagi.. bertolak pukul 10.30 malam sampai 10 lebih bagi.. Subhanallah ambil masa hampir 12 jam. penatnyerr..