Assalamualaikum wrh. wbth. Apa khabar semua. sudah hampir berkurun lamanya ana xupdate blog ini lantaran terlalu sibuk dengan program.. Entahlah sekali tengok mengalahkan wakil rakyat.. kesana dan kesini. Tapi apakan daya inilah yang dikatakan tanggungjawab. Sebulan dua di tempat ana ni agak tidak tenteram akibat timbul pergaduhan antara kaum X dan kaum Y Katanya hal ni bermula dengan perkara yang remeh temeh tetapi menjadi pergaduhan besar. Syukurlah hal ni dah pon selesai dan tempat yang ana tinggal tu pon dah menjadi tenteram. Cuma apa yang sedikit ana kesal kadang-kadang sikap kita suka mereka blok-blok pemisah antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain. Pernah seorang teman datang berjumpa dengan ana ketika isu ni masih panas.

"Saya kalau jumpa puak-puak kaum X ni saya memang tak bagi can.. Waktu malam gaduh tuh.. depa kepung sorang budak X ni depan rumah saya.. saya dengaq kecoh2.. apa lagi saya pon keluar... tengok2 budak X. saya tengok depa dok keliling budak X nih tak buat apa-apa.. dok tengok saja.. Apa lagi saya buat buah mula la..boh sebijik kat muka budak X tuh... pastu saya suruh budak2 Y ni sambung bantai.. tp sayang.. saya ingat nak masuk rumah.. ingat nak ambik cota, nak patahkan tangan budak X tuh.. bila keluar ja rumah.. polis pun sampai.. Kalau tau mau patah tangan ngan kaki dia saya bantai" cerita seorang kenalan dengan bangganya.
sambil senyum saya menjawab "Hish.. awat ganaih sangat.. settle cara elok tak leh ke?"

dengan penuh bersemangat dia menjawab "mana boleh.. puak-puak tu memang mau ajaq macam tuh.."

"herm.. dalam kes ni apa punca dia.?"

"Tu saya tak tau.. yang saya tau.. kalau ada mana2 kaum kacau jerk kaum Y ha siap.." Jawab kenalan saya sambil meramas-ramas penumbuknya.

"Isk.. tak boleh macam tu.. apa2 pun jangan terburu-buru.. kena bincang.. cari punca dan penyelesaian." Tingkah ana..

"Hisshh hang xmarah ka puak X tu usik kaum kita? hang ni x sensitif langsung.." rengus kenalan ana.

"Bagi saya, pertama dalam satu-satu isu kena melihat puncanya.. bukan main belasah jerk semata-mata kena kat kaum kita dan seboleh2nya cari jalan penyelesaian secara perdamaian.. bukan dengan cara macam ni. Yang keduanya, saya nampak ini isu perkauman. Bagi saya xperlu perbesarkan isu perkauman. Sepatutnya kita perlu bersyukur sebab kita datang dari satu-satu susur galur kaum.. tapi bukan dengan jalan menindas atau bergaduh macam nih." tegas ana sedikit keras.

Perbualan ana dengan kenalan tersebut sekadar terhenti disitu sahaja. Kerana ana terpaksa memohon diri lantaran petang semakin lewat.

Dalam pos kali ni ana cuma timbulkan persoalan "Kenapakah perlu kita membina Blok Pemisah dalam sesuatu hal?" Yah! sudah tentu patut berbangga dengan identiti kumpulan kita.. tetapi perlukan sehingga terlalu fanatik?

Ada sesetengah orang terlalu fanatik dengan Bangsanya
Ada sesetengah orang terlalu fanatik dengan Negerinya
Ada sesetengah orang terlalu fanatik dengan Kelab atau pasukannya

Ana tidak nampak apa-apa kelebihan dengan sikap fanatik keterlaluan nih. Apa yang pasti sikap fanatik keterlaluan sehingga membina blok2 pemisah ini tiada lain hanya akan menimbulkan perselisihan yang ketara, jurang persefahaman dan pergaduhan.

Apatah lagi sikap ini disertai dengan cemuhan dan hinaan keatas kumpulan lain yang berlainan identiti dengan kumpulan kita. Sepatutnya cukuplah sekadar bersyukur dan berusaha memajukan kumpulan tersebut dengan sekadarnya.

Tetapi apa yang menyedihkan, perkara ini tidak berlaku.. sebabtulah kita selalu dengar di Universiti, di kampus ... dan sebagainya berlaku perselisihan antara pelajar2 yang berlainan negeri sehingga mencetuskan perbalahan besar. Apalah sangat untungnya bergaduh kerana perbezaan negeri. Setiap rakyat sesebuah negeri itu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tak perlulah sampai fanatik kan? cuba bayangkan sekiranya anda tidak dilahirkan di negeri yang anda bangga2kan itu tetapi dilahirkan di negeri yang amat anda benci... apakah perasaan anda bila orang menghina negeri tersebut? so bak kata Nabil Raja Lawak... "Lu Pikir Lah Sendiri!"

Begitu jugak dengan pasukan bola sepak kegemaran anda dan sebagainya. Janganlah sampai menjadi bak pepatah. Menang Sorak, Kampung Tergadai.

Wallahualam

p/s Semangat Racism dan Fascism ini merupakan racun2 yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) (Juz 26 Alhujraat, surah ke 49 ayat 13)
kumpulan artikel , |
3 Responses
  1. Has Says:

    Wah.. sudah update rupanya. Ana pun dah lama tak melawat blog ustaz.

    Memang pun.. kekadang.. terlalu taksub dgn sesuatu membuatkan kita lupa diri.


  2. Author Says:

    Hehe.. dah lama sangat tak berupdate kan? huhuh.. buat2 sibuk la katakan


  3. Tanpa Nama Says:

    Salam,pada pendakwah2 santai, tahniah. you aii did a good job.


Catat Ulasan