Assalamualaikum.. Salam Ukhwah.. Dah hampir 2 bulan ana tak menjenguk blog ni. Entahlah.. bukan tidak terlintas dihati untuk update blog ini, cuma ada tugasan yang lebih memerlukan di tempat lain. Bak kate pepatah "utamakanlah yang penting kerana yang penting itu lebih penting dari yang penting" Pagi ni, entah tetiba teringat nak masuk blog ni yang dah lama x masuk.. Pas tu terbaca shoutbox dari kawan-kawan dan bekas anak didik ku... his... tetiba jadi sayu plak.. Alangkah bertuahnya mereka, dijalan Allah pada mula perjalanan hidup. Tidak tercemar dengan kehidupan yang tidak sepatutnya

Bukan mudah melupakan sebuah kenangan indah apatahlagi kenangan hitam. Kadang kala ketika kita dalam sesuatu keadaan, tidak pernah terlintas dihati akan perasaan ingin melakukan yang terbaik dengan saat yang sedang dilalui, tetapi apabila keadaan itu telah pergi, barulah terasa diri bahawa sepatutnya saat itu dihargai.. bahkan sangat terasa dihati untuk kembali.. Tapi semuanya dah berlalu.

Hiss.. apesal ayat macam jiwang semacam nih? huhu tapi betui la.. macam mula-mula beli handphone la.. punya la belek tak ingat... kejap2 tekan.. kejap2 seluk poket tengok handphone... tapi biler dah lelame... mak aih.. handphone sendiri tanya orang..

"beb, lu nampak telefon wa tak?"
"Mana nak pi tau"
"Adeh mane wa letak nie?, beb, lu miss call handphone wa kejap"
"Tak dapat la bro.."
"Hiss makluk mane plak amik nie... hisss"
Sampai tahap macam tu.. nak cari handphone sendiri pon sampai kene miscall. Tapi cube handphone tu hilang... baru la dok teringat.. waktu ad,a xteringat plak nak hargai..

"Kalau hari tu aku jaga elok2 kan selamat... ni dah hilang... mana la aku nak cari..huhuh.."

nilah realiti hidup kita.. waktu ada tak pernah dihargai.. tetapi dah tak de baru nak dikenang..

Sebagai manusia, seharusnya kita hargai dengan saat yang sedang dilalui.. menghargai dengan apa yang dimiliki sekarang. Tidak perlu tamak untuk menjadi orang lain atau mengikut rentak kehidupan orang lain yang sebenarnya bukanlah itu diri kita yang sebenar dan atas tujuan itu bukanlah kita dijadikan.

Wahai anak-anak muda, hargailah kehidupan yang anda lalui sekarang. Buatlah sehabis baik.. Ini kerana apabila telah kau tinggalkan saat itu, pasti terasa dihati untuk kembali dan menjadi yang terbaik. Sepertimana ana sendiri. Terasa sangat nak kembali ke zaman anak remaja belasan tahun dahulu. Membetulkan kembali segala kesilapan diri sendiri.

Catatan:


>> Kepada yang sedang belajar, Belajarlah bersungguh-sungguh. Sebelum kau menyesal saat menerima keputusan peperiksaan

>> Kepada yang memiliki Ayah dan Ibu, Cintailah mereka sepenuh hati sebelum mereka pergi meninggalkan mu

>> Kepada yang masih hidup, beribadatlah sepenuh hati, sebelum kau menangis dialam baqa' ingin kembali untuk beribadat dengan ikhlas.

kumpulan artikel |
2 Responses
  1. ajib Says:

    Terkenang sebuah memori lalu
    Kisah persahabatan kita bersama
    Di dalam satu pengajian
    Menuntut ilmu dan pengalaman
    Mengingatkanku pengorbananmu
    Terpahat padu di kalbuku

    Bersama rakan taulan dan guru
    Tawa riangmu menghiburkan hatiku
    Indahnya suasana ketika itu
    Terjalin ukhuwah sejati

    Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
    Mengenalkanku erti kehidupan
    Susah payah kita hadapi bersama
    Itulah asam garam dalam kehidupan

    Ya Tuhanku tabahkan hatinya
    Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
    Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
    Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat


  2. Sani Says:

    aduh... lagu nie..


Catat Ulasan