Gambar Hiasan: Burung Cak Rumah

Sedang tengah ana lepak-lepak ngan cikgu man tadi, tiba-tiba...



Kelentang.. Kelentung.. piungggg!!!


Uih.. menatang apa tuh cikgu man? 
la.. burung tuh.. hang pi kaih kutip! 
uih.. mengeletaq habih kaki-kaki.
 ha'aah la.. kena kipaih tuh. 
uih... x gerak dah..
mampuih da la.. la..
ya ka.. isk isk isk

begitulah akhirnya riwayat seekor burung cak rumah. Mati kena libas dek kipas yang berpusing ligat. Ana belek-belek jasad burung tuh..

eh.. tak de luka la cikgu man? 

ha'ah.. rasanya kena tang tengkuk kot? 
entah la... sat.. sheikh.. pi amik stetoskop atas meja tadi sat..

sambil membelek-belek burung tuh, ana tekapkan stetoskop di dada burung.. ceh.. macam DR. Haiwan pulak layaknya..


Sah la cikgu man.. syahid! ingatkan burung ni wat -wat belakon mcm mati jerk..


heheh... hehe.. mana ada.. mati dah la tuh.. kalau kancil kot la.. pandai belakon buat-buat mampuih. balas cikgu man
 

ya ka..? soal ku balas
 

tak tau la.. ada sapa tah cita kat saya.. depa tahan jerat.. pas tuh dapat kancil.. bila pi dekat tengok... keraih dah.. habis semut hurung mulut, mata.. depa pon lepaih la kancil tuh.. tup tup.. menatang tu melompat.. toin.. toin.. toin.. 

Hahaha.. ya ka cikgu man? Rasa mcm lawak plak..
Tak tau...Ya la kot.

Ana terdiam sambil memikirkan tentang saat kematian burung cak rumah tado.. sambil membelek-belek sayap burung tuh..

Jadi burung tak pa. Ulas cikgu man ringkas.

Ha? soal ana yang inginkan penjelasan lanjut.

Ya la.. jadi burung tak pa la.. mati.. kira selesai.. kita yang manusia nih.. mati esok kena soal macam-macam.

Ha'ah Jawab ana pendek menyokong kenyataan cikgu man.

Manusia ni, yang sesetengah tu semayang pon tak mau... yang langsung x posa pon ada. Tambah cikgu man.

Tu la cikgu man, depa ni bukan tak tau dosa pahala, syurga neraka.. tapi saja tak mau buat.

betui-betui, sokong cikgu man.

macam ada si anu bin si anu, saya dok dengaq depa dok cita pasa bet bola.. main duit 5-6 ratuih.. hiss.. judi tuh.

ana terdiam, rupanya hal ni ramai yang dah tau.. detik hati ana.

Tu la cikgu man.. depa bukan tak paham.. tapi tah jadi macam mana tah.. saja buat-buat tak paham. balas ana ringkas.

tu la sedih.. kalau dan tobat takpa... takut tak dan tobat.. ha.. x naya.. jadi mcm burung tadi.. tup..tup mampuih.. Ulas cikgu man lagi.


Assalamualaikum dan salah santai, Alhamdulillah syukur, kerana blog ini masih lagi hidup walaupun ala-ala hidup segan mati tak mau. Ada perkara yang lebih penting untuk ana uruskan selain berblog ni. Bak kata seorang sahabat lama" Utamakanlah sesuatu yang penting kerana yang penting itu lebih penting dari yang penting"

Sebagai manusia memang kita tak lepas dari dosa. Biarlah sealim dan sewarak mana pun seseorang pasti sahaja akan melakukan kesalahan. Tinggal lagi perkara itu besar atau kecik, samar atau nyata. Tapi kita sebagai orang awam, pastinya terlibat dengan dosa-dosa hampir setiap hari. Namun syukur, kerana keampunan Allah itu Maha Luas. tinggai lagi kita sebagai hambanya nak rebut peluang itu atau tak.

Eh.. saya seorang pelacur.. masihkah ada ruang untuk saya masuk syurga Allah? masihkah ada ruang untuk saya diampunkan?

Saya pernah membunuh...masihkah layak kasih sayang dan pengampunan Allah untuk saya?

Saya peminum arak.. setiap salur darah saya dipenuhi dengan arak dari pelbagai jenama.. boleh lagi ka Allah terima taubat saya?

Saya dah berumur 73 Tahun dan saya tak pernah solat! adakah masih ada ruang pengampunan untuk saya?

Jawapannya Ya! Sebesar manapun dosa kita kepada Allah, besar lagi pengampunanNya.



قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Allah pasti sahaja akan mendengar taubat dan penyesalan kita. Pintu taubat itu tidak pernah tertutup. Sesungguhnya Allah itu tidak sesekali menyerupai makluk! kerana makluk itu penuh dengan segala kekurangan. Makluk, khususnya bersifat pendendam, sukar memaafkan, suka mengungkit akan kesalahan kita.


Bro.. hal kecik jerk ni..
tarak-tarak.. sampai mati gua takkan maafkan lu!

Ala.. ko tak ingat sape ko dulu..? macam la ko bagus sangat!

Tetapi berlawanan pula sifat Allah yang maha Penyayang. Setiap kesalahan kita diberikan ruang untuk bertaubat. Diberikan ruang untuk mengaku akan kesilapan dan kembali semula ke landasan yang betul.. Dia sentiasa menunggu permohonan taubat hambaNya. Tetapi malang... ramai yang salah faham..

Tak pe.. Tuhan kan Maha Pengampun?.. Pintu taubatkan sentiasa terbuka?..esok2 wa taubat la bro!

Memang Allah itu Maha Pengampun!
Pintu Taubat itu sentiasa terbuka...

tetapi kena ingat, Hayat kita ada expired datenya!. Produk makanan kita tau bile expired datenye, tapi manusia kita tak tau bila expired date nya. Boleh jadi bila-bila masa sahaja, lagi 10 tahun? lagi 10 minggu? lagi 10 hari? lagi 10 saat? ah? atau boleh jadi sahaja sedang sahaja anda membaca blog ni.. Malaikat datang untuk mencabut nyawa ana.. atau antum?

Malangnya kita.. sekiranya kita bertemu semula dengan Pencipta kita dalam keadaan kita kotor bergelumang dosa... dan alangkah bahagianya kita bertemu dengan Allah dalam keadaan bersih setelah diampunkan segala dosa-dosa yang lalu... Mahukah anda bertemu dengan Allah seperti seorang bayi yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa? jika mahu.. Nah bertaubat sahaja!

Err.. macam mana nak bertaubat? saya ni jahil tahap gaban nih!

Apa yang perlu antum buat,

1. tinggalkan apa sahaja perbuatan dosa yang pernah dan sedang dilakukan.
2. Niatkan di hati bahawasanya anda menyesal dengan segala dosa yang telah dilakukan dan berikrar bahawa anda tidak sesekali akan mengulanginya lagi.
3. Beristifar kepada Allah "Astaghfirullah-al'azim allazi la ilaha illa huwal hayyu qayyum wa atubu ilayh"
4. Bersolat taubat. Cara bersolat taubat;

Cara solat tobat ni sama je macam solat biasa..
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan.
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar.
So jangan tunggu lagi... Sekarang juga bertaubat!

Selamat Bertaubat! Assalamualaikum Wrh. Wbth.
kumpulan artikel |
0 Responses

Catat Ulasan