Weih lembu mu aku jumpo mati tepi jale tu seme!
Loh.. sapo langgar pulop?
Buke langgar lah?
pah tu? jadi lagu manno?
Lembu mu bunuh diri!
Lah? bak po lembu kawe gi bunuh dirinyo?
Dia kecewo pasal tak buleh pitih ehsang!
Lo.. pulop!

Assalamualaikum wrh. wbth.

Apa khabar gamaknya sahabat2 dsantai ye.. dah bertahun lamanya ana xmenulis dalam blog ni. bukan kate sawang.. dah penuh mcm2 dah.. Ye lah.. zaman facebook sekarang ni kan.. mane laku dah blog2 nih.. tambah-tambah blog saya ni kann.. anyway.. saya menulis sebenarnya hanya sekadar untuk memperingati diri sendiri dan kepada mereka yang sudi mengambil iktibar.

So citernye kali nih...


Macam kita tau, bahang pilihanraya sekarang ni cukup dekat. kalau tekan "home" kat facebook tu boleh baca macam-macam dok ada... Fakta, Auta, Fitnah, macam-macam ada! Cuma apa yang sedikit menyedihkan saya ialah, ramai diantara "pejuang-pejuang agama" "pendakwah" dah semakin terikut-ikut dengan rentak musuh Islam. Mungkin masih-masih terlalu ghairah untuk memenangkan hujjah sehingga bahasa yang digunakan Ya Allah cukup memalukan!

Ya ana tahu, kita semua manusia biasa.. yang pastinya ada perasaan marah.. Tapi sekurang2nya jagalah sedikit bahasa tu.. bukan apa takut dijadikan contoh kepada orang lain plak.. So bila terlepas tulis kat wall fb tu.. cuba baca balik beberapa kali.. sesuai ke tak? kalau tak sesuai.. delete!

Ana sendiri kekadang terkeluar perkataan menyumpah bila terlalu marah akan sesuatu tindakan yang keterlaluan.. dan bila zaujah ana tegur.. baru ana sedar perkataan tu kasar. Cuma bila kita sedar, seharusnya kita membetulkan kembali kesilapan yang dilakukan.. Contohnya peristiwa kereta ana kena block depan zoo taiping.

"Ape le bangang sangat gi parking kete belakang keta orang? nak keluaq macam mana nih? akai tarak ka?

Tak kurang jugak yang menzahirkan kemarahan dengan mengambil tindakan-tindakan sendiri. Kerana apa? gagal mengawal perasaan.! sebab tu kita selalu dengar kes bunuh diri, kelar tubuh badan dengan senjata tajam, makan ubat berlebihan, dadah, arak dan sebagainya.

Manusia ni, makluk yang sangat istimewa, antaranya kerana manusia mempunyai perasaan dan akal fikiran.

Eh, binatang pon ada perasaan sayang dan cemburu tau! Ye haiwan boleh dikatakan mempunyai perasaan atau fitrah. Tapi pernah dengar tak dialog berikut?


Aku tengah sedih nih...
awat nya...
kucing aku la.. lari rumah.
pesai pa pulak?
pasal bini dia lari ikut kucing jantan lain
ha? kena report polis nih!

Setiap kita pasti diuji, sekuat mana pon iman dan amalan kita, bila diuji pastinya rasa sedih dan gelisah. Cuma lagi tinggal lagi tindakan yang kita nak buat tu.  So gunakan akal yang Allah berikan pada kita tuh.. kerana ia membezakan antara kita dan binatang (ops.. terlezer plak!) ye.. binang punya perasaan, tetapi tidak ada akal fikiran seperti manusia.

Amboi yob! sedap ngate orang.. deme xpernah kene xpe lah!

Bukan kata orang lain.. ana sendiri pernah diuji dengan ujian yang sangat berat! ujian yang tak pernah ana rasa sepanjang hidup ana. Dan alhamdulillah ujian tu telah pon selesai.

Cuma apa yang ana nak kongsi.. waktu diuji tu memang kita akan anggap tiada lagi penyelesaian kepada masalah kita. Yang ada hanya tindakan sama ada tindakan menentang seperti cacian, memukul, atau apa- apa tindakan yang kurang waras terhadap mereka yang berkonflik dengan kita atau tindakan pasif seperti memencilkan dan mengasingkan  diri dan sebagainya.

Cuma ketika kita hendak mengambil sesuatu tindakan, cuba kita cuba fikir sedalam-dalamnya apakah dengan mengambil tindakan sedemikian akan mengeruhkan lagi keadaan atau menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi?

Jika diikutkan hati yang marah, atau sedih, sememangnya kita tidak akan nampak sebarang solusi yang positif melainkan negatif. Tetapi bila kita cuba bertenang setenang-tenangnya, InsyaAllah solusinya pasti ada! Ini kerana, disaat emosi yang tegang kita tidak dapat menilai sesutu perkara itu dengan waras. Ibarat seseorang yang melalui kawasan perkuburan diwaktu malam

Makkk!!! Hantuuuuuuuu!
Hantu Ape kename! tu kain balut chempedah la yob!
la iye ke.. ate teman ingat hantu mak limah balik bangsar!

So, what you have to do when dealing with your bad feeling bout somethin is .. <-- pergh skipping dengan grammar berterabur, ape kesah! mat salleh pon grammar tunggang langgang!
  1. Cuba bertenang! then cuba fikir balik apa masalah yang sedang anda hadapi.
  2. Cuba cakap dengan seseorang mengenai masalah anda, mengasingkan diri takkan selesaikan masalah
  3. Jangan ambil tindakan bodoh, ia takkan selesaikan masalah anda
  4. Doa banyak2 pada Allah..

Kaylah.. itu jerk post kali ni.. jumpe laie ye yob!

Assalamualaikum!
kumpulan artikel |
2 Responses
  1. http://agendominocamar.blogspot.com/2017/05/mengenal-raja-judi-terbaik-sepanjang.html
    http://agendomino99camarqq.blogspot.com/2017/05/mengetahui-macam-macam-judi-di-jepang.html
    http://agenbandarqcamarqq.blogspot.com/2017/05/mengetahui-4-tempat-judi-termewah-di.html
    http://camaragenbandarq.blogspot.com/2017/05/membahas-macam-macam-judi-di-indonesia.html
    http://www.jakartatercinta.com/2017/05/shioqqnet-agen-bandarq-yang-memberi.html
    http://camarbandarq.com
    http://camardominoqq.com
    http://qqcamar.com


  2. SELAMAT ANDA MENDAPATKAN UNDANGAN RESMI DARI SUMOQQ.ORG Kunjungi skrg Live Chat nya u/Info lbh Lanjut,Dan Dapatkan Jutaan Rupiah Dengan Cuma-Cuma BBM : D8ACD825


Catat Ulasan