Assalamualaikum.

Pagi tadi, sedang ana surf internet cari bahan-bahan untuk video semperna sambutan Hari Guru bagi PASTI Al-Khautsar Pasir Gudang, ana terserempat dengan satu halaman web yang memaparkan gambar yang ana kira suatu perkara yang amat "membanggakan" orang-orang Melayu (Islam) di Malaysia.

Dulu-dulu, fenomena Lesbian, Tomboy, Pengkid ini merupakan amalan atau tabiat biasa orang-orang barat, tapi kini anak-anak melayu degan rasa bangganya mengistiharkan bahawa mereka ini tergolong dalam golongan-golongan tersebut. Ini merupakan satu "kejayaan" besar bagi orang-orang Melayu-Islam di Malaysia. "Berkat" hasil didikan Sistem pendidikan, Sosial, dan Intergrasi budaya acuan barat ini, maka lahirlah "siswazah-siswazah" yang berkelulusan Pengkid, Tomboy, dan Lesbian.



Teringat zaman ana "jahiliah" dulu-dulu, boleh tahan la "jahiliahnya", cumanya, kami pada zaman itu tidaklah dengan bangganya "mem'publish'kan" apa yang kami buat. Segan la jugak dengan orang lain. tapi bersalahan pulak dengan budak-budak zaman sekarang, dengan bangganya "mem'publish'kan" segala perbuatan 'jahiliah'nya, malah sehingga wujudnya halaman-halaman web yang memperjuangkan nasib golongan songsang ini.

Jika dilihat didalam halaman web komuniti seperti myspace, friendster dan sebagainya, mereka ini dengan tidak segan silu mengistiharkan diri mereka sebagai "pencinta wanita" sedangkan mereka ini sendiri adalah seorang wanita! Begitulah kiranya, "kejayaan" anak-anak melayu kita sehingga ke tahap ini. Wallahualam.
kumpulan artikel |
0 Responses

Catat Ulasan