Assalamualaikum.
Ramai kawan-kawan lama tanya, kenapa tak menanyi balik.. tetapi menyanyi lagu-lagu nasyid macam Ust. Akhil Hayy. Jawapan dia mudah jerk. Sebab ana malu dengan ayam dan itik kat belakang rumah! :)
Kalau dilihat situasi ust. Akhil pada zaman tu, zaman rock kapak atau gelaran zaman rock kangkang (kerana penyanyi pada zaman tu semua menyanyi sambil terkangkang). Dan zaman ana, zaman muzik bawah tanah. Dua zaman ni agak berbeza kerana zaman Rock Kapak mengutamakan kekuatan Vocal, kepandaian guitarist 'menggoreng' dengan riff-riff yang 'membunuh'. Berbeza dengan zaman ana, yang lebih mengutamakan attitude Vocalist (penyanyi) kumpulan tersebut atau attitude ahli kumpulan band tersebut serta lirik-lirik yang mengandungi sesuatu perjuangan atau ethic.
Sebagai contoh, kumpulan A.C.A.B yang suatu ketika dahulu memainkan lagu berentak street rock / oi! lebih mendapat sambutan dikalangan skinheads berbanding dengan zaman sekarang yang mana attitude Megat (MagSkin) sebagai vocalist tidak lagi sebagai skinheads tetapi hanya sebagai penanyi kumpulan indie pop. Begitu juga dengan kumpulan Sex Pistols yang terkenal dengan attitude bassistnya (Sid Vicious) yang 'lalok' dan 'bermasalah'.
Bagi mereka yang layan lagu crust/grincore lagi lah. Kalau diamati perkataan yang cuba disebut oleh penanyi kumpulan tersebut, langsung tidak dapat difahami!. Sebagai contoh kumpulan Mass Separation, Parkinson.. jeritan-jeritan dari corong speaker boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan sawan! Terdapat juga kumpulan aliran bawah tanah ini membawakan muzik dan melody yang lebih mesra alam dan sing along seperti Carburetor Dung, Pusher, Nostalgia, Relationsheep dan sebagainyal.
Begitu juga dengan kumpulan blind tribe, spultura, Napalm death dan sebagainya yang lebih mentingkan kekuatan suara "roar". Yang mana lagu-lagu aliran bawah tanah ini tidak begitu mementingkan pitching, harmony dan sebagainya dalam menanyikan lagu-lagu mereka.
Sebab tu lah ana tak nak menanyi! suara ana hanya sesuai untuk mereka-mereka yang sudah biasa dengan irama "bawah tanah". yang pastinya akan memecahkan gegendang mereka-mereka yang beraliran "mainstream" :)
Dan antara sebab lain ialah, biarlah ana macam ni. Tak perlu rasanya ana menyanyi balik walau dalam irama apa sekali pun. Mungkin pendekatan Ust. Akhil macam tu, tapi bukan cara ana macam tu. Anyhow, ana tetap sokong cara Ust. Akhil, at least ia menjadi salah satu uslub dalam mendekati anak-anak muda. Wallahualam
Catat Ulasan