Dah hampir 4 hari ana sedu, dan angin. Mula pada 19/6/200 (selasa). Angin penuh satu perut, then tersedu sampai 2 - 3 kali. makin lama, makin melarat. Makanan masuk semuanya keluar. Tapi ana tahan jugak2 sbb xnak makan ubat. bukan saja cari pasal tapi saja xnak ajar diri makan ubat. Sahabat ana Dr. Has xlarat marah ana sbb xmau makan ubat.. tapi tu la.. ana ni payah sket bab makan ubat.



Sampai la waktu kemuncak semalam, ana pi seminar PAS di Markas Pasir Gudang. Ana pada mulanya tak nak pi sbb xlarat. Tapi ana dah janji ngan sdr Fuad (tim pengarah PASTI Pusat, merangkap Timbalan pengarah PASTI negeri Johor, merangkap ketua urusan ulama' pas pasir gudang)- banyak betui amanah yang Allah bagi kat dia. moga Allah permudahkan urusan dia. berbalik pasal janji ana ngan dia. ana janji nak bagi slide powerpoint yang ana buat untuk hari guru PASTI peringkat kawasan. Dia nak guna untuk program PASTI peringkat Negeri. so nak xnak ana pi la jugak.. mula2 ana dah rasa lain macam. tapi ana gagahkan diri jugak. Sampai kat sana, sakit ana dah mula datang balik. Sampai satu tahap, ana dah tak tahan, terus ana mintak pertolongan anuwa (Tim. Pemuda PAS pasir gudang) hantar ana ke hospital wakaf. terus pi ke wad kecemasan.



Rasa sakit tuh macam ana kena 4 tahun lepas, waktu tu DR. poliklinik cakap ada Ulser. sakit dia boleh tahan la, sampai ana kene suntik buscopan 3 dose (nasib x overdose)waktu tu. So semalam ana rasa sakit dia macam 4 tahun lepas. Ana dibawak masuk pakai kerusi roda kat bahagian kecemasan. then naik atas katil. terus kene enject. Masa nak enject dia ada sebut kat nurse tu dose yang dia nak suntik ana. Dari apa yang ana dengar dia suntik ana dengan buscopan 1 bahagian + tagamet (untuk gastrik). ana sempat cakap kat dr tuh yang ana bukan gastrik tapi ulser. tapi dr. tu cakap gastrik. padahal dia xcheck pon ana.. just tekan2 bahagian perut. (abdomen check- selalu buat macam tu nak check sama ada sakit sebab appendix atau tak). then terus dia suntik. lepas 3 minit, ok la lega skit. so ana ingat dah ok la. ana try bangunkan badan. sekali dia attack bahagian upper abdomen rasa nak gugur semua isi perut. Rasa sakit tadi datang balik, cuma xberapa kuat la. So ana terbaring kat situ lama gak. Kesian kat Anuwa yang hantar ana kene tunggu kat luar entah berapa jam, lepas ana dah rasa ok sket. ana gagahkan diri turun katil,then naik kete pi balik ke markas, amik moto ngan laptop then balik umah. Anuwa ikut belakang moto ana sampai ke rumah. Pastu, ana tido. TQ la kat anuwa sbb perihatin pasal ana, ari ni dia msg ana, tp ana xdapat balas, kdit xtopup lagi. huhuh


Esok pagi, (hari ni la) ana bangun subuh, perut masih sakit.. tekak rasa macam nak pecah.. sedu masih xberenti, dah tu, baru ana teringat yang ana ada ceramah tengah hari ni kat sk bandar sri alam 1. Ceramah kepimpinan. ana nak tolak xsampai hati. Sbb derang mintak ana ceramah dari 2 minggu lepas. ana xdapat bagi sbb ana balik pergi hospital alor setar. Orang tua ana masuk wad ICU (lepas operate lutut darah tak stabil then jatuh di bawah paras berbahaya). so takkan kali ni ana nak tolak jemputan lagi kot. So ana pon ngadap laptop. then mula create powerpoint tuh ceramah tu (CD koleksi powerpoint ceramah2 ana hilang! terpaksa ana buat semua balik.. adeh!).

Ana selalunya dah biasa ceramah kepimpinan untuk remaja/ ipt. So bila dah lama x ceramah untuk kepimpinan sek rendah. ana macam mati akal plak, tak tau nak ceramah apa. Sambil dok termenung, tetiba ana dapat idea tuk buat ciri-ciri kepimpinan berdasarkan jenis binatang. so, terus ana cari bahan, then draf then terus buat powerpoint. lepas siap, ana bertolak ke sekolah tu. Sekali jem! adeh terlewat sampai.



Sampai2 kat sekolah tu, terus tadah tangan berdoa, harap2 la ana bleh ceramah ngan elok. harap2 perut xbuat hal. sedu xdatang time ceramah. and Alhamdulillah, ana dapat sampaikan ceramah tu dengan baik (ana rasa la) 2 jam tanpa mic lak tue! (Speaker bunyi bergema, suara xjelas) so ana ceramah xpakai mic. terpaksa jerit sikit la. budak xramai dalam 100 orang jerk. Sakit tekak jugak la. dah la sakit tekak sbb muntah xbaik lagi, tambah ngan jerit plak. Tapi tu la... Kuasa Allah, perut ana langsung xbuat hal, tekak yang sakit langsung xterasa. Padahalnya semalam ana di wad kecemasan! ni lah kuasa Allah, mungkin kerana ilmu yang ana sampaikan kepada anak2 itu menjadi ubat yang mujarab bagi sakit ana ni kot? Wallahualam.
kumpulan artikel |
0 Responses

Catat Ulasan