Malam ni, sanggap saye agak xberapa sihat.. batuk tak baik-baik.. entahlah.. mungkin sehari dua lagi baik kot.. di sebabkan kesangapan tahap dewa, maka saye menulis satu citer pendek.. actually saye xreti tulis citer.. last tulis cerpen ni pon masa tingkatan 5. sekarang dah tua bangka dah... huhuhu.. so apa pendapat anda pasal citer neh? paham tak ape yang saye cuba sampaikan disebalik citer nih.?
Boboi: Aku cintakan ko aman! biarlah ko nak kata apa, aku tetap cintakan kau!, jumpa petang ni depan kafeteria depan kolej proton pukul 5 petang nih!
tut..tut..tut..
Talian telefon pon putus. Aman masih menekap telefon di telinganya. Mulutnya sedikit ternganga.. fikirannya merawang-rawang.. memikirkan tentang apa yang di ucapkan oleh si boboi sebentar tadi. Aman memang rapat dengan boboi. Sejak dari kecil, curi buah jambu sama-sama, ponteng mengaji sama-sama, lastik ayam pak mail sama-sama, sehinggalah sekarang belajar di Universiti Utara Malaysia dalam kos yang sama!. Memang pada hakikatnya dia sayangkan boboi.. dia dah anggap boboi macam saudara kandung dia sendiri.. sehari dia xjumpa boboi.. rasa seperti kekurangan sesuatu dalam harinya.. tapi... just sebagai kawan.. xlebih daripada tu.. tak mungkin dia jatuh cinta dengan boboi.. kaum sejenis dengannya.. tapi boboi?.... argh.. ????
Petang tu, aman turun ke kafe, dia berbaju kuning, berseluar track yang baru dibeli di pekan rabu mase keluar dengan boboi semalam.... dari jauh dia dah nampak kelibat boboi termanggu menongkat dagu di depan kafe proton..... alamak, kenape si boboi ni pakai baju n seluar sama ngan aku ni? mane dia tahu aku nak pakai baju ni?..Dari hujung pakaian hinggalah ke jam tangan.. semua nya sama dengan aman.
Aman: what??? ko cintakan aku??
Boboi: ye, aku cintakan kau!
Dahi aman semakin berkerut.. dibuang jauh pandangan matanya. Tak pernah dia merasa sebegini tegang ketika berbicara dengan boboi selama dia mengenalinya.
ish.. kau ni buang tebiat ke boboi ? ujar aman dalam nada sedikit keras.
apehal plak? jawab boboi dalam keadaan tersengih
ish ko ni degil la boi... aku cakap tak boleh tak boleh la boi!
"man? salah ke aku cintakan ko?" nada boboi agak serius kali ni
"memang!.. kau tu laki.. aku pon laki.. gile la kau ni boi!" suara aman semakin meninggi. Merah padam mukannya.
"lorr.. abis tu.. ape masalahnye?" ujar si boi sambil menggaru-garu keningnya.
"ish.. ko nih.. xpaham-paham ke? nabi xngaku umat.. dol!" ujar aman sambil menunjukkan mimik muka yang tidak menyenangkan.
"kenape lak sampai nabi xngaku umat.. cinta aku ni ikhlas.. nabi pon bercinta dengan kaum sejenis apa?" jawab si boboi dengan nada sedikit sebak.
"woih.. mulut ko nih.. ko jangan sampai aku pecahkan muka kau ni dengan penumbuk aku ni!" aman menggenggam tangan kanannya lalu ditunjukkan di hadapan hidung si boboi. kali ini aman sudah tidak mampu mengawal perasaan marahnya.
"Man? sampai hati ko.. sepatutnya ko tanya dulu apa maksud aku cakap macam ni.. tapi xperlah.... cuma aku xsangka ko sampai hati layan aku macam ni sekali.... xperlah.. man.. aku minta maaf.. seandainya ko xdapat menerima cintaku.. tetapi terimalah hadiah dari aku ni semperna hari jadi ko yang ke 25. Maafkan aku kerana buat ko marah" Boboi terus menghulurkan satu bungkusan hadiah berwarna merah dan bergegas mendapatkan keretanya.. beberapa minit kemudian.. kereta boi terus meluncur laju meninggalkan kafe proton.
aman terdiam,.. sambil terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. dia akui selama mereka bersahabat, inilah kali pertama aman meninggikan suara kepada boboi. rasa bersalah mula menyelubungi hati aman.
aman melangkah kakinya longlai melangkah kaki ke biliknya. setelah masuk kedalam bilik, aman duduk di hujung katil. tiba-tiba terlihat gambarnya bersama boboi ketika sambutan birthdaynya yang lepas. aman berselang seli menatap gambar tersebut dan hadiah yang masih ditanganya. terdetik hatinya, ape lah hadiah si boi kali ni. jari jemarinya mula mengoyak hujung hadiah tersebut. setelah selesai membuka bungkusan tersebut.. owh.. buku sirah nabawiyyah.. buku yang dah lame aku cari-cari tapi tak jumpa.. bagus jugak si boboi ni tolong belikan.. lalu aman pon membelek buku tersebut. terdapat satu bahagian daripada buku tersebut sudah di tanda dengan penanda buku.. dan terdapat beberapa perkataan yang di hinghlightkan dengan pen highliter.
"begitulah cinta mereka (kaum ansar dan muhajirin), mereka sangup korbankan harta dan nyawa mereka demi cinta dan persahabatan mereka, mereka sangup serahkan harta kekayaan dan sanggup menceraikan isteri mereka demi persaudaraan, persahabatan dan percintaan sesama mereka. Ini membuktikan bahawa cinta itu luas maknanya. cinta seorang sahabat kepada sahabatnya lebih tinggi nilainya dan mengatasi cinta seorang suami kepada isteri". terdapat beberapa catatan menggunakan pensil di ruang tepi buku tersebut "man, aku harapkan kita pon menjadi seperti ansar dan muhajirin yang dipersaudarkan. mereka saling mencinta dan menyayangi antara satu sama lain."
dengan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi man. Ya Allah, aku tersalah anggap kat boi..
tiba-tiba telefon man berbunyi,
"man ni sepul.., boi... boi.. eksiden man! depan pintu gerbang. lori langgar dari tepi... bomba sekarang tengah usaha keluarkan dia daripada kete.."
astagfirullah... sepul.. ko.. datang a.aambik akuu..
sampai di pintu gerbang, kelihatan pihak bomba sedang memotong bahagian depan badan kereta proton satria biru yang remuk.. Ya Allah...
Maaf encik xboleh pergi ke sana. Pegawai bomba yang sedang mengawal kawasan kemalangan cuba menghalang ama dari menerpa ke kereta boboi.
Tapi Encik, tu adik saya... saya abang dia... aman terus berlari mendapatkan kereta boboi...
Aman dapat melihat boboi yang terperusuk di dalam kereta yang remuk. aman menghulurkan tangannya lalu memegang tangan boboi. kelihatan boboi masih sedar.. tetapi dalam keadaan yang sangat lemah.. kelihatan darah mengalir di dahi dan telinganya.. aman mendekatkan kepalanya ke bahagian pintu yang sudah terkopak..
Boi... boi... maafkan aku boi... aku menyesal berkasar dengan kau boi... boi... aku cinta kan kau boi!.. demi Allah.. aku mencintaimu seperti cintanya muhajirin dan ansar! maafkan aku boi!....
dari riak wajah boi seperti ingin meluahkan sesuatu... tapi tak terdaya... hanya senyuman di hujung bibir yang mampu boboi ukirkan bagi membalas ucapan aman.. boi semakin lemah..sekit demi sedikit matanya tertutup..
anggota bomba masih cuba mengeluarkan boboi daripada keretanya.
setelah beberapa ketika. boboi tidak lagi bergerak. tangan yang di pegang oleh aman sebentar tadi kini terkulai layu..
air mata semakin deras mengalir di pipi aman... boi... boi.... aman semakin teresak-esak.. beberapa orang pegawai bomba terpaksa mengalihkan aman memandangkan emosi aman semakin tidak terkawal.
Setelah beberapa minit, boboi berjaya di keluarkan daripada kereta. boboi di letakkan di atas usungan... beberapa orang doktor sedang memeriksa keadaan boboi.. aman hanya memandang dari jauh sambil di kawal oleh beberapa orang pegawai bomba. lalu salah seorang doktor yang memeriksa boboi memandang kearah aman... dengan pandangan sayu.... lalu doktor tersebut menggelengkan kepalanya..... boi... boi... tidakkkkkkkk!!!!!...mata aman berpinar.. kemudian menjadi gelap.
citer ni rekaan semata2 xde kene mengena dgn sape2 baik yg idop ataupon yg mati ataupon yang sedang mati ataupon yang akan mati. Wallahualam ;)
nape? nape? nape??? nape mesti sad ending? sob..sob...sedeynyer teman... tapi best la olahan citer tuh..tingat kat sorang junior ana dulu...mat rempit tapi bile buat cerpen..olahan sama seperti enta tapi mmg menarik.. nanges gak bace cerpen dia tuh pasal..ade yg mati maa...tapi pe pun..terzahir sebenarnya maksud yg tersirat tu...hee...ana rajin bg komen kat blog yg serasi dgn pemikiran ana...sempoi tapi berisi..=)
heheh ana buat citer sedih sebab org melayu sinonim sangat ngan citer sedih.. kalau xsedih umpama orang kelantan kate.. make nasi xdak budu. so terpaksa la boh element sedih.. :D
bagus ye.. komen jerk.. aiman xkesah.. santai jerk.
cite btl ke tak ni? sedihnya.. =(
salam prknln dr puteri =)
salam perkenalan jugak.. :) citer xbetul.. citer bengkok.. orng kelate kate belok. bahasa buku kata xlurus. :D
waahhh..
waahhh? aiwah? chewah? ewah? :)