Assalamualaikum.

Wah.. lame betul ye ana xmenulis. huhuh ana baru pindah rumah. Alhamdulillah... setelah hampir 1 tahun bersabar dengan apa yang berlaku kat umah tu.. meh ana citer... b4 that.. kalau rasa anda bukanlah seorang yang berani.. xyah baca la..

peluh menitik ke pelipis ku.. aku mendongak melihat kearah jam di dinding.. wah.. sudah pukul 3 pagi.. aku mengalihkan badanku mengiring ke arah dapur. Lenguh di bahagian lengan kiriku masih belum hilang. Maybe gara-gara "bertarung" dengan makluk Allah yang masuk kedalam salah seorang peserta kem yang aku buat kat kem kaizen.. masuk yang pertama, entah ape bahasa yang dia cakap. aku xberapa nak paham.. melalui sahabatku yang juga agak arif dalam bidang ni.. katenye jepun.. entahlah.. xkisah la apa keturunan pon.. itu tak penting.. yang penting.. semuanya satu jenis.. tapi tu la kehebatan Al-Quran. biar pun apa jenis keturunan makluk Allah tu, hanya beberapa ayat al-quran sudah memadai untuk menghadapi mereka.. setelah puas bergaduh dan memujuk.. akhirnya makluk Allah tu sudi untuk keluar dari tubuh peserta tu. Dan Alhamdulillah, "Asin" juga sudi memeluk Islam setelah kuterangkan sedikit sebanyak mengenai Islam padanya. Aku doakan moga asin terus kekal dalam Islam.

Keletang!!!
periuk yang selalu aku gunakan untuk merebus telur setiap pagi jatuh terpelanting.

ah? tak kan kot? dah lama kau xdatang, kenape dia datang balik? ape dia nak lagi? gerutu hatiku.

Salamuala sualiman fil alamin.

Siapa kau? apa yang kau nak? sedikit suara ku angkat mendesis. Bergema suaraku memecah kesunyian rumah dua tingkat yang menjadi kediaman ku hampir 6 bulan itu. Rumah sebelum menjadi penginapan ku, merupakan sebuah rumah yang telah ditinggalkan beberapa tahun. yang mana penghuninya merupakan penganut agama ... kali pertama ku aku menginap di rumah tu, aku di "hulur salam perkenalan" penat la jugak. dekat seminggu aku demam. badan habis lebam2. tetapi setelah beberapa bulan aku duduk situ.. gamaknya bende alah tu pon dah bosan nak bergaduh dengan aku.. "dia" dah pindah. takkan malam ni dia datang balik kot? atau?.. "bodyguard" yang di hantar pasal aku keluarkan asin dah islamkan dia.

Aku gagahkan diri bangun. langkah demi langkah aku atur ke dapur. mulut ku terkumat kamit membacakan ayat berkubu, ayat penggerak dan ayat muawwizat. Cari nahas kau nih.. tak aku sakit.. kau sakit..

sreh... sreh..
bunyi kain tarpan biru yang aku letak menghadang pintu belakang berbunyi. aku memberhentikan langkah ku. Terlihat kelibat benda yang bergerak di bawah kain tarpan biru. Owh.. engkau.. Aku ingatkan dia! eh. dah 6 ekor aku tangkap, ko yang ke-7 yang bakal aku tangkap ko kejap lagi. berani sungguh kau mencabar kesabaran aku! dengan langkah perlahan.. aku membuka bilik stor yang hanya beberapa langkah daripada kain tarpan biru tu. Dengan perlahan aku membuka pintu, aku menggapai baldi yang telah ku tebuk bahagian bawahnya supaya menjadi serkap. Kau memang cari nahas! gerutu hatiku.

dengan perlahan aku melangkah mendekati kain tarpan biru. aku mengangkat baldi di tanganku sedikit tinggi.

Gom!!!

bergema, bunyi tong cat putih yang aku jadikan serkap. aku tekapkan ke kain trarpan biru yang berada di hadapan kakiku.

Hah! dapat!, kan aku dah cakap kau xbleh lari.! suara kegembiraan berbunga-bunga di dalam hatiku.

aku menghulurkan tanganku ke dalam tong. aku mengenggam bersama dengan kain tarpan biru. Boleh tahan besar kau ni ye. aku mengangkatnya mendekati mukaku.

Ku lihat mulutnya terkumat kamit seolah ingin berkata sesuatu. matanya kemerahan tajam menatap mata hitamku.

wahai tikus! kenape la ko masuk umah aku? aku dah malas nak layan keturunan ko!

ha... tu la citernye.. paham dak? heheh sebenarnya tikus la. Umah ana yang lama memang teruk dengan kes tikus. sebelum tu dengan keluarga jin yang berkampung kat situ. dah jin2 tu pindah.. tikus plak.. lepas sekor-sekor. yang beshnya.. dia xkan duduk bawah dapur umah ana tu dalam satu2 masa melebihi 1 ekor. lepas ana tangkap. akan masuk yang lain plak. ana tutup lubang dengan kayu.. dia tebuk kayu tu. ana boh dawai, dia gigit dawai tu. ana bubuh aluminium, dia panjat ikut tingkap. Objektif derang just nak duduk bawah dapur rumah ana. huhu pening! dah xlarat nak tangkap. bermotivasi sungguh tikus2 tu. maybe sebab derang rumah penceramah motivasi kot? kekeke..

tapi tu la.. sedangkan tikus lagi bermotivasi. dari seekor.. seekor.. walau di tangkap.. walau terkorban. Namun objektif mereka untuk pastikan ada wakil keturunan mereka menginap bawah dapur rumah ana tetap diteruskan. Tetapi kita? khususnya mahasiswa yang baru lepas grad. bila habis.. mohon jadi cikgu, kakitangan kerajaan. bila xdapat frust. dah mati akal. terus menganggur. tidak pernah fikir bagaimana nak teruskan perjuangan dengan apa cara sekali pun.. bagi menyambung warisan zaman kegemilangan bangsa dan agama. Bagaimana kiranya seandainya kita di takdirkan terpaksa berjuang mengadaikan nyawa demi meneruskan perjuangan agama Islam. adakah kita mampu tunaikan?? kalau kita masih ragu2.. ana rasa kita patut malu dengan tikus bawah dapur ana.
kumpulan artikel |
2 Responses
  1. PutriHanan Says:

    salam..heee....insaf lak jadinyer baca kisah makhluk yg punyer motivasi yg tinggi...samelah kat umah ana pun...tapi dia tak suke dok kat dapur..dia suke dok kat siling...tetiap malam dia akan adekan sukan lumbe lari..huh...tak terdaya nak bg sokongan lagik...tapi Alhamdulillah...berkat kesabaran ummi ana pujuk dorang makan utk meraikan kemenangan dorang...maka damailah sket umah ana...cume skang neh rasenyer..ade pendatang haram yg baru...hee...sabo je la...kena fikir strategi baru coz yg lame tak jalan r...pandai tul dia skang neh...bukan takat motovasi jek tinggi...akal pun tinggi maa...bahaye sungguh...kena isytihar perang neh...hee...pepun... rumah baru ok ke?


  2. - Says:

    hehe.. tu la sapal. bukan setakat bermotivasi tinggi tapi jugak berstrategi. mcm macam care yg derang guna untuk pastikan misi derang berjaya. Alhamdulillah rumah baru ana ok jerk. cuma air slow sket. maybe sebab dok rumah aras 2. so air xleh nak naik sampai atas. and beberapa paip mcm tersumbat. tapi atleast... xde makluk Allah tu.. :)


Catat Ulasan