Aman merendahkan sedikit tubuhnya yang sedang bersandar pada kerusi. Matanya berkelip-kelip menghirup air panas. Wap air berkabus memutihkan cermin matanya.

tok.. tok.. tok.. tok..

Assalamualaikum..

Waalaikumsalam, masuklah

Aman: Eh kau bidi... masuk la..

Zabidi: Wah.. langkah kanan aku nih..

Aman: Ha.. tu ada atas meja.. boh la..

Zabidi: Aman.. jom kuar...

Aman hanya diam.. matanya terkebil-kebil memandang skrip laptopnya. Otaknya menerawang entah ke mana..

Zabidi: eh aman ko dengar tak aku cakap ape?

Aman: ha? ape kau cakap tadi?..

Zabidi: ape yang ko menungkan tu? ko masih teringat kat arwah boboi ker?

Aman: hum..

Zabidi: sudahlah aman. yang muda pasti akan tua, yang hidup pasti akan mati.

Aman: aku tahu bidi. dan aku dah ok.

Zabidi: Betul ke ko dah ok? aku tengok ko asyik terperap jerk dalam bilik. Anis asyik tanya pasal kau. aku dah tak tak nak cipta alasan ape lagi dah kat dia.

Aman: Anis? ape dia nak?

Zabidi: lah? ko ni aman.? ko tanya aku pulak. ko la yang patut bagi tau kat aku apa yang ko ada sampai anis bleh terpikat kat kau!. Aku pelik betul la. Nak kate ko kaya.. asyik makan meggi jerk. nak kata hensem.. ceh.. aku lagi hensem. tapi aku pelik betul la!

Aman: hum.. ape plak aku? entahlah bidi. aku xtau nak cakap macam mane.

Zabidi: aa? kau ni memang pelik la aman. Muslimat sikit punya cantik macam tu ko tak nak? ape lagi ko nak? dia tu dah la kaya giler.. baik plak tu... rendah diri.. sopan santun.. ishhh... perfect!

Aman: ish.. payah aku nak terangkan kat kau! ko xkan paham.

Zabidi: entah la aman.. ikut ko lah.. tapi ko jangan menyesal esok2 anis dah jadi zaujah aku! hehe...

Aman: kalau tu dah jodoh kau! aku ok jerk..

Zabidi: huhu jeles nampak? kan aku dah cakap.. actually dalam hati ko tu memang kau ade perasaan kat anis jugak. cuma kau jerk yang xnak mengaku.

Aman: adeh? dah.. dah.. tuko topik lain!

Zabidi tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Walaupun dia dan aman boleh dikatakan agak rapat. tapi sampai sekarang dia xdapat memahami aman. Dulu boboi ada, boboi la tempat luah perasaan aman. Dengan zabidi agak kurang. Maybe sebab zabidi atau lebih mesra dengan gelaran bidi ni seorang yang tidak begitu arif menafsir bahasa jiwa. heh?

Zabidi: Aman, jom la keluar. Teman aku gi pekan rabu. Aku nak beli Jubah la. aku xpandai tawar.. ko pandai sket bab tawar menawar nih.

Aman: hum.. sori la bidi. aku xlarat sket pagi ni. Lagi pon aku dok siapkan buletin nur Islam bulan ni. Lusa dah hari jumaat. Takut xsempat siap.. Jumaat lepas aku dah skip. sebab aku gi tamrin Nuqoba' kat kelantan. Tak kan jumaat ni nak skip lagi.

Zabidi: kalau macam tu xper lah.. minggu depan kite gi yerk..

Aman: aku xjanji arr.. kalau xde aral melintang, insyaAllah kita pi.

Zabidi: Canteekk.. ape isu Nur Islam kali ni ek?

Aman: Pasal sistem pendidikan.

Zabidi: Erm... apa kaitan dengan Ummah?

Aman: Sebenarnya bidi, kalau ko nak tahu.. corak sistem pendidikan yang diguna pakai di seluruh dunia Islam berbentuk piramid. Sepatutnya berbentuk piramid terbalik.

Zabidi: Maksud kau?

Aman: Macam ni.. ko tengok bentuk piramid.. kakinya luas.. dan di hujungnya tajam...

Zaibidi mengerutkan dahinya sambil menggaru-garu pelipisnya yang tidak gatal.

Aman: Masa sekolah rendah.. kita belajar semua subjek.. then naik sekolah menengah.. skop kita menjadi agak kecik.. mengikut aliran.. kalau aliran sains xkan belajar bab sastera.. kalau aliran sastera xkan belajar bidang sains.. begitu lah seterusnya... bila naik u.. masuk alam pekerjaan.. skop kita menjadi lagi kecik... belajar ambil bidang medical... bahagian mana? bahagian mata.. mata bahagian mana? bahagian retina.. kalau suruh operate lutut ke siku ke... kita xreti.. just mata. Ia seolah-olah berbentuk piramid.. pada asalnya banyak sumber ilmunya... tetapi skop tu menjadi kecik dan kecik dan kecik.. ilmu menjadi sempit.

Zabidi: Oooo...

Aman: Berbeza dengan zaman dulu2.. para ilmuan dulu.. belajar semua bidang.. mereka bukan sekadar fikih dalam bidang fiqh, tasawuf tapi jugak dalam bidang astronomi, perubatan, falsafah dan lain-lain.. Ia seolah-olah dalam bentuk piramid terbalik.. bermula dari sumber yang satu.. iaitu Al-Quran. kemudian ilmu itu di kembangkan.. dan terus berkembang... Maka hasilnya.. para cendiakawan Islam, yang terre dalam semua bidang!

Zabidi: A'aah la..


Aman: kau tau bidi.. sape punya perancangan kecikkan skop Ilmu?

Zabidi: Kompem Yahudi Laqnatullah..

Aman: Yes.. tapi bidi.. ko jangan lupa yang kita sebenarnya meneruskan perjuangan mereka dalam kecikkan skop ilmu!

Zabidi: err... Habis tu nak buat macam mana?

Aman: Kita kene ubah sistem pendidikan yang ada.

Zabidi: eh.. macam mana nak ubah? ni hal urusan pentadbiran negara.. kita mana ada kuasa.

Aman: Sapa cakap kita tak dak kuasa? anyhow selain tu ada cara lain.

Zabidi: Cam ne?

Aman: Kita yang dah sedar ni.. kene ubah dengan melaksanakan keatas diri kita n keluarga kita.

Zabidi: maksud ko aman?

Aman: maksud aku.. apa yang kita belajar kat U ni.. kita tetap teruskan sampai habis.. but at the same time.. huhu speaking lak aku... pada masa yang same.. kita kene mendalami ilmu lain.. bidang agama, bidang perniagaan dan sebagainya..

Zabidi: oOoo.. paham-paham...

Zabidi menganggung- anggup kepalanya seperti belatuk menukul pokok.

Aman: Eh.. minum la air tuh.. Kopi radix beb.. Mai secawan! hehehe..

Zabidi: hehehe..

Bersambung...

kumpulan artikel |
4 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    ahaa...topik menarik..topik berat tapi dibawa dlm bentuk yg ringan. hebat la ustaz neh..tak terpikio teman ttg neh...tapi klu menurut pakar bahasa...byk tul tatabahasa yg perlu diperbetulkan...huhuhu... contohnya...menganggung-anggup...ape daa...mende tu? mesti nak taip mengangguk-angguk kan..? hee...ana neh terer gak BM tau...ngeee.... pepun...teruskan sambungannya... adoi...dlm blog pun leh to be continue yek...kire cerpen bersiri la neh yek...hee...=)


  2. Author Says:

    hehe.. tu la.. ana dah pesan.. kesalahan ejaan memag byk.. sama ada secara xsengaja dan yang di segajakan :) a'aah.. ana akan sambung novel ni.. cam novel bersiri.. tapi penulisan secara tak dirancang.. main ikut sedap jari menaip jerk.. :) anyway.. thnx for supporting.. cayalah!


  3. Tanpa Nama Says:

    hm..menanti sambungan^^


  4. Author Says:

    cube check di bahagian categories... pastu klik pada tajuk KARYA SANTAI. kat situ ada himpunan sambungan citer neh.. :)

    thnx for supporting!


Catat Ulasan