PENGENALAN

Ekspresi Minda Training and Consultant (EMTAC) merupakan sebuah syarikat perundingan professional yang diasaskan oleh Komuniti Ekspresi yang terdiri daripada tenaga pakar yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang pengurusan, bidang pendidikan, motivasi, latihan kepada sekolah, universiti serta badan korporat seluruh Malaysia.

VISI

Menjadi organisasi Perundingan, Latihan dan Motivasi yang terbaik dalam semua sektor dan organisasi.

MISI

* Memberikan khidmat perundingan, latihan dan motivasi disamping mendekatkan manusia kepada Tuhan.
* Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisyen sesuai dengan keadaan dan kehendak semasa.
* Memberikan perundingan yang terbaik kepada semua pelanggan dalam meningkatkan produktiviti dan memberikan pengalaman dalam persekitaran yang sebenar.

OBJEKTIF

* Menggerakkan serta meningkatkan potensi yang ada dalam diri ke arah kecemerlangan hidup.
* Membentuk modal insan yang berupaya menyumbang kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

PERKHIDMATAN

Memberikan perkhidmatan yang komperhensif dalam membantu, merancang, meningkatkan dan menyediakan latihan sokongan dan teknikal kepada pelanggan samaada individu, organisasi atau persatuan. Kesemua perundingan, latihan, akademik dan motivasi secara on-site dan in-site akan diberikan secara profesional kepada organisasi sama ada individu, sekolah, badan kerajaan mahupun swasta dan korporat bagi meningkatkan mutu produktiviti yang cemerlang.

JENIS PERKHIDMATAN

Untuk Pelajar Sekolah, Remaja dan Belia.

* Kepimpinan Terbilang (Pengawas, Ketua Unit, JPP, MPP)
* Pelajar Cemerlang, Ummah Terbilang (Skor-A)
* Tautan Kasih (Cinta Allah, Cinta Rasul dan Cinta Ibu Bapa)
* KISAR (Kem Islamisasi Akhlak Remaja)
* Smart Solat (Khemah Ibadah)
* Program PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)
* Minggu Orientasi (Pelajar Asrama, Pelajar Baru)
* Positif! (Motivasi dan Perkembangan Diri)
* Kem Rekreasi Minda

Untuk Organisasi dan Kekeluargaan

* Motivasi dan Teambuilding
* Motivasi Keluarga Sakinah

TENAGA KERJA
Tenaga penggerak, jurulatih dan fasilitator yang terdiri dari lulusan universiti dalam dan luar negeri, guru, pensyarah dan pelajar IPT yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan berdasarkan kemampuan dan kemahiran yang dimiliki oleh semua kakitangannya.

ALAMAT

Ekspresi Minda Training
32, Jalan Mawar 33,
Taman Mawar,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim

Call / SMS: 019-7176749
Web: http://dsantai.blogspot.com
Email:regstat@gmail.com

______________________________________________________________

SEKITAR PROGRAM EMTAC

Sesi Musahabah (Recall).

kumpulan artikel |
0 Responses

Catat Ulasan