Assalamualaikum..

Pe khabar sahabat2.. Terima kasih ler kepada mereka2 yang mengunjungi blog ni sokmo. Moga ada yang bermanfaat dari penulisan ni kepada sahabat2 sekelian. Okeh.. kali ni ana nak berbincang mengenai penulisan yang digunakan dalam menulis blog.

Sahabat2 sekelian,

Kalau kita perhatikan, rata2 blog yang berbentuk ilmiah/agama ditulis dengan format bahasa melayu yang betul, penjagaan tatabahasa, tanda bacaan, penggunaan penanda wacana yang betul, dan struktur ayat yang betul.

Namun begitu terdapat juga, segelintir blog yang berbentuk ilmiah/agama tetapi disampaikan dalam format bahasa yang salah, penggunaan bahasa taboo dan struktur ayat yang berterabur.

Secara kebiasaannya, bagi golongan yang formal, "educated" atau seseorang yang mencari bahan untuk tugasan atau, golongan yang sewaktu dengannya lebih menggemari blog yang ditulis dalam format bahasa yang betul.

Manakala bagi remaja yang "hu ha hu ha", funky, teen habisss dan sewaktu dengannya lebih cenderung kepada blog yang menggunakan format bahasa yang bersahaja, santai, menggunakan bahasa singkatan (mcm bahasa sms).

Jika dilihat kedua2 jenis penulisan blog ni ada kekuatan memasing. Seperti ana.. walaupon dah xremaja .. dah masuk peringkat "retua", tetapi ana lebih suka membaca blog yang berbentuk santai.. membincangkan sesuatu isu dengan bahasa percakapan (bahasa pasar) daripada membaca blog2 yang menggunakan bahasa yang formal. penulisan yang berbentuk santai selalunya ditulis dari apa yang lahir dari hati penulis itu sendiri.. berbeza dengan tulisan2 yang berbentuk formal, yg mana selalunya penulisan itu seolah2 di "kontrol" agar tidak terdapat kesalahan bahasa dalam penulisan tersebut. Kesannya.. penulisan tersebut menjadi kaku.. bosan bila membacanya.. xsampai ke hati pembaca. (ni pendapat ana jer la.. xpasti lak orang lain) dan antara lain kenapa ana kureng dengan blog yang bahasanya formal kerana ia selalunya diceduk terus dari buku, artikel2 dari web lain, dan sebagainya bukan hasil "karya" penulis blog tu. InsyaAllah next time kite bincang antara real blogger dengan blogger wannabe okeh?

Sahabat2 sekelian,

Ni antara sebab kenapa ana menyampaikan tazkirah, mauizoh dalam bahasa yang ringkas, sempoi, bersahaja dan santai. Kerana kalau semua blog yang islamik dalam bahasa yang formal.. dan remaja2 yang "hu ha hu ha" n funky ni plak xsuke bahasa yang formal.. then mcm mana? mcm mana nasihat2 agama ni nak sampai kepada mereka.

Blog yang berbentuk tulisan ni lebih kurangnya dengan penyampaian secara lisan. Cuma bezanya.. lisan (verbal) mempunyai "perasaan" berbeza dengan tulisan yang patah perkataannya tidak mempunyai "perasaan" melainkan dengan bantuan tanda bacaan. Sebut pasa penyampaian secara lisan ni, kekadang kita (khususnya para pendakwah) tersilap. kita suka sangat menggunakan bahasa yang tinggi2 sampai orang awam xpaham. Suka menggunakan istilah2 bahasa arab yang orang awam xpaham.. sedangkan perkataan tu ada dalam bahasa melayu dan boleh diterangkan dalam bentuk yang mudah paham... melainkan memang istilah tu hanya sesuai disebut dalam bahasa arab atau ia disebut kerana "mendatangkan dalil akan sesuatu." ataupun audience kita tu dikalangan orang yang cerdik pandai.. dan dapat memahami istilah2 tersebut dan aras bahasa yang digunakan.

Melainkan kalau kita mengaji kitab. Macam ana kat pondok n madrasah sebelum ni. ana mengaji kitab2 kuning yang bahasanya.. berbelit2.. tambahan plak. kitab tu hanya matan bukan syarah... setakat baca.. jenuh nak faham.. kalau kitab2 bahasa melayu rumi kat kedai buku tu kebanyakkan syarah daripada matan yang di ambil dari kitab2 tertentu. tp xperlah.. yang dok menadah kitab tu dah ada asas ilmu. cuba orang awam saja2 tadah kitab tinggi. Jenuh la xpaham.

Sbb tu dalam menyampaikan sesuatu, kena kenal pasti audience nyer.. dan apa yang disampaikan.,. kalau blog ni sebagai contoh menyampaikan berkisar mengenai akta perlembagaan sebagai contoh.. dan pembaca blog ni ana sasarkan para peguam.. jadi xkene la kalau ana gunakan bahasa santai ni.. kena la guna bahasa formal.. ataupon blog ni berkaitan dengan perkara2 formal seperti syarikat, perniagaan, koprat dan sebagainya.. kene la bahasanya pon formal.. ataupon blog yang mensasarkan golongan yang elit, para mahasiswa/siswi, golongan educated.. kene la guna bahasa formal.. err,.. berapa banyak ataupon nih... paham tak nih?

Ok berbalik pada pendakwah tadi.. Bagi ana, contoh terbaik untuk pendakwah, boleh tengok cara ulama terkenal di malaysia seperti Tuan Guru Nik Aziz, Ismail Kamus, Samsuri, Kazzim dan lain2.. penjelasan mereka lebih mudah difahami. Dalam nada yang bersahaja. Maka natijahnyer, ramai orang awam khususnya remaja2 dapat memahami kupasan kitab tersebut.

Begitu jugak dalam menulis blog. xpayah sangat nak tekankan kepada tatabahasa, struktur ayat, as long as org bleh paham dah la. Dan yang paling penting boleh menarik minat orang membaca. Sebab apa yang kita "jual" dalam blog kita adalah santapan rohani.. bukannya bahasa. Herm.. tp jgn silap plak.. bukan ana kempen anti bahasa. Ana sediri masa belajar dulu ambil kos (minor) pengajian bahasa. tp kalau bleh sampaikan dalam strutur ayat yang betul dan penggunaan bahasa yang betul di samping santapan rohani yang sampai kejiwa.. ok la.. lagi bagus. kalau xbleh or tak nak.. terpulang pada uslub memasing2 la :)

Dan kalau kita nak kata orang2 bukan islam xsuke nak baca blog kita disebabkan bahasa taboo yang kita guna ni.. saya rasa kurang tepat. Cina lagi suke bende yang sempoi.. tetambah lagi dalam bahasa inggeris. Ana rasa contoh yang agak baik.. mcm blog Immortal Wisdom . Ana disebesarkan dalam majoriti bukan islam (Cina dan India) ... sampai bleh ckp india n cine.. tapi cket2 jer la.. dan sepanjang ana dibesarkan dengan derang.. ana dapat buat kesimpulan derang lebih faham kalau kita gunakan bahasa loghat yang digunakan di tempat mereka berbanding bahasa melayu formal...

Secara terus terang.. berapa sangat yang guna bahasa melayu yang betul ketika dalam percakapan? bila gi kedai cina.. macam mane kita cakap? : arr tokey ar.. <--- dalam slang cina. Anyhow.. usaha nak mendaulatkan bahasa melayu pon perlu jugak... bukan suruh tinggal terus.. Cuma ada kaedah dan tempatnya. Kalau suruh blogger payah la sket. :)

Secara kesimpulan dia.. xadil la kalau kita nak salahkan blogger yang sengaja menggunakan bahasa taboo, bahasa singkatan, bahasa rojak, struktur ayat yang salah

ataupun blogger yang menggunakan bahasa formal untuk menyampaikan sesuatu message kepada pembaca. Formal atau santai? terpulang kepada blogger dan pembaca tu untuk memilihnya, kerana kedua2 ada "auranya" tersendiri.
kumpulan artikel |
2 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    hehe...ye santai...sungguh santai masuk blog neh...ana setuju 101% pendapat enta tuh.ana juga suke sebenarnya berbincang ilmu2 agama neh dlm keadaan santai supaya bile berlaku percanggahan pendapat.. takdelah dihati tersimpan sesuatu luka.teruskanlah usaha enta tu walaupun ade yg tidak menggemarinya tapi..lumrah...setiap yg positif pasti ade negatif...tapi bagusnya kritikan neh ialah betapa ade org kisah dgn "kehadiran" kita rupanya walaupun hanya didunia maya neh...wassalam...=)


  2. Author Says:

    :D Terima kasih atas sokongan.. baru ana tau.. rupa2nya ada 101% yer :D.. xper.. ana xkisah pon.. Sudah Sunnah orang berjuang..kekadang perlu juga kritikan.. boleh membuka minda.. cuma jgn membuka emosi dah ler. kang lain jadinyer..


Catat Ulasan