Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okies.. seperti yang dijanjikan dalam posting yang lepas, saya akan ulas bab sentuhan emosi. Tapi sebelum saya pergi lebih lanjut pasai sentuhan emosi ni, meh kita tengok statistik yang berkaitan dengan masalah juvana dikalangan remaja dalam beberapa aspek dan saya akan ulas sket.. dan macam biasa, sahabat2 tambah "perisa" bagi sedap.

Statistik ni ana petik dari kajian yang dijalankan keatas pesalah juvana di Asrama Bukit Senyum, Johor Bahru.

Latar Belakang keluarga/penjaga Pesalah Juvana:

Ibu bapa: 56%
Ibu: 16%
Bapa: 4%
Ibu Bapa tiri: 14%
Nenek: 10%

dari statistik ni, kita bleh buat kesimpulan rata-rata pesalah kes juvana terdiri daripada mereka yang tinggal bersama ibu dan bapa kandung. Aih?... selalunya dalam drama-drama melayu, ditunjukkan.. budak2 "nakal" dikalangan mereka yang tidak dipelihara oleh mak dan ayahnya, tapi berbeza plak dengan statistik ni. Yang tinggal dengan mak dan ayah sendiri plak menjadi penyumbang utama. Kenapa jadi lagu ni? haa... nak tau pasai apa, meh saya akan ulas satu persatu berdasarkan analisis peratusan yang saya ada ni.

Berdasarkan temu ramah dengan pesalah-pesalah kes juvana ni, satu kesimpulan boleh dibuat, iaitu rata-rata ibu dan ayah kepada pesalah juvana ni saling "mengharapkan" pasangan masing-masing untuk take care anak derang. saling tolak menolak.. harap mengharap.. dan akhirnya.. anak tersebut terbiar macam tu jerk.

Sebagai contoh kat sini, dari segi komunikasi: dari analisis statistik, saya mendapati... (eh... macam penganalisis politik pulak.. huhuhu.. )

Sebanyak 55.4% pesalah2 kes juvana ni mengaku yang keluarganya jarang berkomunikasi. Maksud dia.. bukan xbercakap.. bercakap.. tapi hanya dalam suasana dan penggunaan terhad. Sebagi contoh, just nak maklumkan sesuatu, mengeluarkan arahan... komunikasi yang lebih berbentuk 1 hala. So anak2 ni xdapat berkongsi masalah, anak xdapat paham mak dan ayah manakala mak dan ayah xpaham anak.. dan last2.. anak cari cara lain untuk luahkan masalah, protest dan sebagainya.. yang kadang2 berkomunikasi plak 36.8% dan yang selalu berkomunikasi dengan anak plak 7.8%.

Yang selalu saya dapati, sesetengah mak dan ayah yang suka mengharapkan pasangan mereka berkomunikasi dengan anak. Sedangkan mereka tidak mencuba terlebih dahulu.

Isteri: Abang, awak cuba la tegur-tegur sket anak kita tu bang.. lain macam jerk tengok
Suami: Alah, awak la tegur, saya sibuk.
Isteri: Saya tegur xberapa die nak dengar, abg tegur dia dengar sket
Suami: Alah, saya ni malas nak tegur2, dia dah besar... pepandai la dia tegur.. kalau ader yang xkene awk pepandai la nasihatkan dia. Saya kalau tegur, mula kaki tangan naik sekali.
Isteri: Saya kalau tegur pula, mula la berhari-hari xberhenti.

Begitulah seterusnya... last2.. anak terus terbiar.

okeh, seterusnya statistik daripada penghayatan agama dalam keluarga plak.

Dari statistik yang diperolehi mendapati;

53.5% tidak pernah mengamalkan nilai agama dalam keluarga
35% Jarang-jarang
11.5% Selalu

Boleh dikatakan, "rumah" yang tidak mengamalkan nilai agama, selalunya tidak berkat... ada ajer masalah.. rumah tangga porak peranda dan sebagainya. Hidup berkeluarga memang xleh pisahkan dengan agama. Bila pisahkan dengan agama, mulalah kita akan buat sesuatu keputusan khusunya yang melibatkan keluarga dan anak-anak mengikut pendapat, ideologi bukan bersandarkan kepada Qudwah (contoh) yang tercatat di dalam al-quran dan hadith.

Tetambah plak dengan sikap kita yang suka terpengaruh dengan sesuatu, sebagai contoh drama melayu. Bukan nak kondem drama melayu kita.. tp realiti.. so kepada mana2 ahli drama yang terbaca posting ni.. saya mintak maaf, ni hanyalah sebagai pandangan peribadi saya sahaja.. kalau rase bleh diterima pakai, terimalah seadanya.. kalau xleh terima.. abaikan sahaja. okeh.. berbalik pasal drama tv. (actually saya ni bukanlah seorang yang suka tengok tv, sejak dari kecik xtengok tv.. sampai la skrang. sbb tu xbeli TV, cuma kekadang "tertengok" bila makan kat kedai.)

Kekadang terlalu suka memaparkan contoh-contoh rumah tangga yang tidak baik. Dengan bahasa yang kekadang xlayak guna tuk suami, dengan perangai.. ishh.. nyampah tul.. ia seolah-olah mengajar penonton cara2 cara melayani suami/isteri macam tu. kalau setakat 1-2 sebagai pengajaran ok la.. tapi setiap kali "tertengok" drama-drama melayu ni, mesti la ada part isteri bersikap kurang ajar dengan suami... sikit2 mintak cerai.. or ceraikan isteri...

Mungkin bagi orang yang boleh berfikir dan mengambil nilai positif disebalik cter tu ok la.. tapi rata2 terima jerk dengan doktrin tu, sebab dah terbiasa.. dan akibatnya.. "teraplikasi" dalam keluarga sendiri. Sepatutnya, drama tv ni, banyak memaparkan kisah2 keluarga sakinah.. biar penonton didoktrinkan dengan rumah tangga yang aman dan damai.. dan akhirnya mereka mengaplikasikan dalam keluarga mereka.

dan statistik terakhir ialah berkaitan dengan sentuhan emosi.

55.5% daripada pesalah juvana ni mengatakan mereka tidak mendapat sentuhan emosi (kasih sayang). manakala 21.7% mengatakan mendapat sentuhan emosi (kasih sayang) secara sederhana dan tinggi. dan faktor ini merupakan faktor terbesar menyumbang kepada kes juvana.

Itu statistik, tapi bagai mana nak selesaikan atau mengatasinya?

saya pecahkan kepada 3 cara untuk atasinya sebagaimana faktor penyumbang dia pon 3.

1. Hubungan Sosial
2. Penghayatan agama
3. Sentuhan emosi.

HUBUNGAN SOSIAL:

  • Perbaiki hubungan sosial antara suami dan isteri terlebih dahulu.
  • Perbaiki hubungan sosial antara ibu bapa dan anak-anak.
Bagai mana nak baiki?

  • Luangkan masa dengan keluarga sekurang-kurangnya 1 bulan sekali. (gi la picnic ker, makan kat luar ke, memancing ke, main bowling ker)
  • Selalu bertanya khabar anak-anak dari segi kesihatan, pelajaran, kawan-kawannya.
  • Berkongsi cerita dan mendengar cerita/celoteh anak-anak.
  • Peka dengan perubahan sikap anak-anak, dekati mereka, berbual-bual dan tanya masalah mereka.
  • Makan malam/sarapan pagi bersama semua anggota keluarga.
  • Suapkan makanan kepada anak, isteri, suami.
  • menonton tv bersama.
  • bergurau senda dengan anak.
  • celebrate hari lahir, ulang tahun perkahwinan, anak dapat keputusan peperiksaan yang baik dan sebagainya.
  • dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
PENGHAYATAN AGAMA

Penghayatan agama ni penting, sebab keluarga yang dibina dengan asas agama yang kuat, insyaAllah akan diberkati.. kalau adapun yang tunggang langgang.. mungkin itu adalah ujian dari Tuhan.

Macam mana nak terapkan penghayatan agama dalam keluarga?

  • Solat berjemaah (solat berjemaah dengan keluarga ni boleh kuatkan ukhwah. lepas solat cium pipi kiri dan kanan dan dahi .. anak-anak, isteri/suami.
  • Sementara tunggu isya, bacakan hadith, riwayat, tafsir, atau apa-apa yang berkaitan dengan keluarga. sebagai contoh pesanan lukmanul hakim, kisah kasih sayang Rasulullah dan isteri-isterinya dan sebagainya.
  • Lepas solat berdoa (bahasa melayu pon xpe), mintak keluarga bahagia dan sebagainya.
  • Selalu pesan dengan anak/isteri dengan pesanan2 seperti menghormati, menutup aurat, bersopan santun dan sebagainya.
  • dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
SENTUHAN EMOSI

Sentuhan emosi ni maksud dia, sentuhan kasih sayang. Ni la faktor utama apabila seseorang itu kurangnya sentuhan emosi, maka dia akan terlibat dengan benda yang bukan - bukan. Manusia ni ada satu naluri atau perasaan yang halus. Sekeras mana pun manusia tu, bila tersentuh naluri atau perasaannya yang halus itu, maka hatinya akan menjadi cair, ego yang meninggi akan turun mendadak. Tentu sahabat-sahabat masih ingat cerita bagai mana umar, yang bengis, garang, keras dan sebagainya yang mana suatu hari dalam perjalanannya nak pi bunuh rasulullah (ketika beliau masih belum Islam), dia diberitakan bahawa adik dia sendiri masuk Islam. maka terus dia bergegas balik rumah.. waktu dia sampai.. dia dengar ada orang baca quran.. dia ketuk2 pintu.. lepas tu dia mintak benda yang adik dia baca tu (al-quran) dia nak baca.. dia bukak quran: Surah Tahaa. lepaih baca terus mengalir air mata umar.. menagis teresak-esak, padahal umar adalah seorang yang keras.. tetapi apabila nalurinya tersentuh.. maka hati yang keras tadi menjadi lembut.

Begitu jugak dalam nak mengharmonikan rumah tangga, kekadang kita perlu sentuh perasaan mereka. Sebagai contoh, kita bukak balik album2 lama.. waktu memula kahwin.. citer ngan anak-anak... kisah dari bertunang, kahwin, then mengandung kat derang.. then tiba saat lahirkan derang.. dan akhirnya membesarkan derang sampai sekarang.. Kongsi betapa susah menguruskan derang.. tp dalam masa yang sama.. seronok, bangga ada anak seperti mereka.. bende-bende macam ni kadang-kadang bleh menusuk kalbu (ceeehhh.. macam lagu plak yer). or tunjukkan klip video macam kat bawah ni ker



dan apa-apa yang bleh bangkitkan perasaan/emosi kasih sayang antara ibu/bapa dan anak-anak.. so thats All yang saya bleh kongsi dengan sahabat-sahabat.. saya ni xpandai sket menulis tuk terangkan sesuatu.. huhu.. ni jerk yang termampu.. maybe ada tambahan dari sahabat-sahabat.. si ler tulis.. xyah segan2.. wat mcm umah orang :D

Take care,
Ilal liqa wa maasalamah
kumpulan artikel |
2 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    salam ustaz...alahai...meremang bulu rome tgk video tuh tapi tak dan nak tgk bagi abih...ngeri le tgk darah... ye...akhir2 neh makin menjadi2 pulak masalah akhlak anak remaja islam kita. bukan kate yg tak sekolah agama...yg sekolah agama pun fiil lagi dahsyat. tapi faktor utama yg ana nampak ialah... pemakanan...rezeki...dr mana mai rezeki tuh..sumber halal ke haram..then cara masakan..adekah mak2 kita betul2 menjaga taharahnya? dr segi penyediaan makanan hingga ke kebersihan diri..sebab tu dlm islam..taharah neh bab yg paling utama utk dipelajari coz ia meliputi semua aspek ibadah...
    sekian pandangan dr insan yg dhaif ilmunya...wasalam...Allah hafiz...=)


  2. Author Says:

    betui jugak.. kekadang bab syubahah pon kene jaga.. beli ayaq tin/ayaq kotak.. satu peti sejuk dengan air arak.. telur xdicuci sebelum di goreng dan sebagainya.. tetambah dengan zaman sekarang.. yg berlambak bahan makanan haram tetapi berlogo halal.. dari roti sampai ke sosej.. isk...


Catat Ulasan