Assalamualaikum, Pe khabar sahabat-sahabat dsantai semua. Ana doakan sihat semua la. dah seminggu tak masuk blog nih. Ramai jugak yang masuk bertanya khabar. Ana Alhamdulillah sihat.. cuma sedih dan penat sket la.

Biasa la setiap kali gi pondok, then nak balik ke johor mesti rasa sedih dan sayu. Mana taknya, kalau sahabat-sahabat yang biasa dengan negeri kelantan tu mesti akan terasa perbezaannya dengan negeri lain. Bukan bermaksud negeri lain xok, tapi pada ana kelantan adalah negeri yang terbaik.

Solat 5 waktu di balasah (madrsasah) atau masjid sentiasa penuh, paling kurang pon 3 saf, tak macam di sesetengah tempat (xyah sebut la negeri mane ye).. surau berkunci! solat berjemaah just magrib dan isya jerk. tu pun xsampai 2 saf. Subuh ada la dua tiga orang. Kekadang solat subuh ana tukang baca tahrim, tukang azan, tukang imam dan makmumnya. Waktu solat zohor dan asar surau di kunci atas alasan xder orang nak sembahyang, takut orang curi mikropon! Iskk..

Berbeza dengan negeri serambi mekah tu, Makmum waktu solat zohor dan asar kekadang cecah 5-6 saf! baik di surau mahupun masjid. Tetambah sekarang pelancaran bulan solat. Baguih tol.... ada kempen bulan solat. Selalu kita dengar dalam TV kempen membaca, kempen budi bahsa, kempen xnak.. tapi di kelantan kempen solat. Payah nak jumpa kat negeri lain. Dan ada beberapa tempat di kelantan sekarang dok wat munajat untuk anak-anak nak periksa. Buat solat hajat di padang yang mencecah ribuan orang datang. Payah la nak banding dengan negeri lain. Tu belum cakap bab papan tanda di kelantan, masyarakatnya dan yang ana suka dok kelantan sebab khazanah Imunya. Di kelantan memang terkenal dengan pondok.

Pondok ni kiranya macam "universiti Islam" la. Cumanya ia menggunakan sistem pendidika tak formal. Kalau di universiti kita just belajar mengikut jurusan atau kos yang kita ambik jerk contohnya kita ambil usuluddin, kita just banyak belajar bab yg berkaitan dengan usul jerk.. bab-bab lain itu dikesampingkan. tapi di Pondok kita belajar semua bidang ilmu. Nahu, saraf, tajweed, feqah, tauhid, tasawuf, dari kitab lama (turath) sampai la kitab-kitab arab. Tinggal terpulang kepada pelajar tu sendiri nak belajar ke tak. InsyaAllah satu hari nanti ana akan jelaskan sistem pondok dan pasal negeri kelantan ni dengan lebih detail. Buat masa ni ana xberniat nak citer pasal pondok ataupun keindahan Islam di negeri kelantan, tapi ana nak cerita tentang satu perkara, tentang satu perasaan...

Maaf dik, tiket ke johor habih doh
Owh.. xpe deh. terima kasih

Alamak, macam mane nih, tiket bas ke johor dah habis. Habis satu pasir mas aku pusing. Semua dah habis! Takpelah, pi Jalan Hamzah, Kota Bharu, plak lah. Depa cakap kat jalan hamzah ada lagi tiket.

Start enjin, boh gear satu, Vrusss.. terus meluncur dicelah-celah kesesakan pasir mas. Otak masih dok pikir, kenapelah tiket bleh habis. Padahal cuti sekolah belum habis lagik. Hari ni bari 23 haribulan. Bukak sekolah 26 haribulan.

Sebelum ana pi ke jalan hamzah, baru teringat kat pasir mas ni ada stesen keretapi. Maybe ada lagi kot. Sampai kat sana, tengok ramai tengah beratur. Gaya macam ada lagi kot. So ana terus beratur kat situ. Dekat 1 jam jugak beratur, then bila sampai giliran ana, Makcik yang jaga kaunter tu senyum sambil royat (cakap) : "Dik, tiket habih la dik"

huh? dan, dan jerk habis.. alahai.. terus ana bergegas ke kereta start engine.. isi minyak.. then terus ke jalan hamzah, kota bahru.

Setiba kat Stesen bas jalan hamzah, terus serbu ke kaunter tiket yang ada kat situ. Setiap kali ana sebut johor, semua penjaga kaunter tiket tu menggelengkan kepala. Adehh.. macam mana neh. Nampaknya terpaksa naik bas lompat-lompat la. Memula lumpat gi KL dari KL lompat ke Johor. Ish.. jadi putera katak la jawabnya.. huhuh..

So, tawaf balik kaunter-kaunter tiket tadi cari bas ke KL. Lah? ke KL pon habis jugak.. rasa nak nagis pon ada.. dah penat sangat-sangat nih.. cari punya cari last-last jumpa satu kaunter yg masih ada bas ke KL. Bas Triton. So beli la tiket triton tuh, naik bas kol 9.00 Malam di pasir mas.. Orang kaunter tu cakap maybe dalam kol 5 pagi ana akan sampai ke KL, so ke Kaunter transnasional plak beli tiket KL ke Johor kol 7.30 pagi. Sebab budget sempat la kalau sampai ke KL tuk solat dan makan-makan dulu baru naik bas ko Johor.

Malam tu kol 8 lebih dah terpacak kat depan mahkamah di pasir mas tunggu bas triton tuh. tunggu punya tunggu sampai kol 10 tak sampai-sampai. Hati mula xsedap.. apehal lak lambat ni.. waktu tu.. orang yang tunggu bas kat depan tu makin berkurang.. semua dah naik bas memasing.. tinggal ana dengan family dengan ada satu lagi family. Sekali adik ana cakap pasal bas triton tu actually ada kes kemalangan pagi semalam. Kalau tak salah kejadian tu kat gua musang. So maybe lesen bas triton kene sita kot?.. macam ada satu bas tu yg terlibat dengan kemalangan, lesen bas tu kene gantung. Kemungkinan andaian tu betul.

Ana call kaunter triton di pasir mas tanya pasal bas. Dia cakap bas ade.. tapi ada masalah sket.. kejap lagi bertolak la.. so ana pon tunggu lagi.. hari makin lewat, hujan turun makin lebat. Kesian plak tengok maksu-dah sampai tertidur kat meja temankan ana. Muka ma, umi, adik, adi yang kesangapan teramat. Dengan cuaca yang sejuk tuh.. sayunya melihat mereka terpaksa melalui semua ni..

Ana call lagi untuk sekian kalinya.. telinga mula terasa panas, mulut mula terasa ringan... kemarahan mula lak membuak-buak.. "bas kene tahe denge JPJ, dok tahu bila buleh jalenya, kene soba sket" (Bas kene tahan dengan JPJ, tak tahu bila boleh jalan, kene bersabar sikit) rase nak jer marah orang kaunter tuh.. tapi ana sabarkan jugak... marah tak membawa kemana.. hanya menyulitkan lagi keadaan

Waktu tu telinga dah berdesing, patutnya bas pukul 9.00 ni dah pukul 11.00 lebih. Actually bukan ana xbiasa dengan bas lewat macam ni dah biasa sangat-sangat dah.. ada masanya lewat sampai 4-5 jam., cuma selalunya ana tunggu sorang, tak melibatkan orang lain.. tapi kali ni, family ana temankan ana tunggu bas.. ni yang membuatkan ana tak keruan. Tak sampai hati nak tengok derang tunggu lama-lama temankan ana. Dengan lewat malam, cuaca hujan lebat. Maksu-dah ngan ma dah tua. Umi plak tengah ngandung 4 bulan. Adik ngan adi plak baru 3 hari kahwin.. Sepatutnya waktu ni mereka bersenang-senang di rumah, barangkali sedang rehat..

Jam menunjukkan dah pukul 11.45 malam. ana mula bersuara: "takpelah semua, kita balik rumah la. Esok saya cari tiket lain. Balik esok jer lah. bas xder gamaknya.." tak semena-mena bas pon sampai. Setelah mencium umi dan ma, bersalaman dengan adi, ana melangkahkan kaki ke atas bas triton. Hati sedikit pilu. Rasa nak menagis pon ada. Entah bila pulak ana dapat jumpa derang. Kesian kat derang.. terpaksa temankan ana lewat-lewat macam ni. dengan cuaca sejuk menggila.

Selepas beberapa minit bas pon mula meninggalkan kawasan mahkamah tersebut. Lambaian tangan mereka semakin sayup jauh. Maka bermulalah perjalanan ana ke KL. Setelah hampir 10 jam, akhirnya daku tiba di KL pada jam 8.00 pagi. Bas tu turun di putra LRT. dah hampir 2 tahun, ana xjejakkan kaki ke KL. So berjalanla ana membawa beg hicking panjat gunung. Dengan beg penuh sarat dengan pakaian, kitab, laptop, air zam-zam 10 liter, camera dan entah hape-hape lagi barang dalam beg. Berat beg tu dah xdapat ditampung sehingga galas sebelah kanan mula terkoyak. Ana terpaksa menggalas di sebelah kiri sahaja.

Ana ke stesen bas putra, terpaksa beli tiket sekali lagi.. tiket bas ke johor. disebabkan tiket ana beli semalam kol 730 dah terlepas. So terpaksa beli lain kol 845. Kene naik kat pudu raya. So usung la beg tu cari putra LRT. Sekali xjumpa.Dah terlupa stesen putra LRT kat mana. Then tanya pakcik tukang sapu tuh.. pakcik tu cakap naik train komuter pon boleh ke sana. So bawak la beg yang rasanya hampir cecah 100 kilogram tuh. Jauh jugak berjalan. Lebih kurang 1 Kilometer. Sampai la kat stesen Komuter tu, so keluarkan duit nak beli tiket. Sekali tukang jual tiket tu cakap, komuter xpi pudu, kene naik putra LRT. huhu.. dia cakap sebelah mall. adeh.. Kene patah balik la? adoi.. badan dah rasa penat tahap gaban. Sakit pinggang dan lutut. so berjalan la keluar dari stesen komuter tu, sekali rezeki ada teksi berhenti. So Naik la teksi tu ke pudu. Sampai ke pudu, ngam-ngam pukul 8.30. nampaknya xsempat la makan ke hape.. perut kosong lagi nih.. so beli la roti 2 bungkus dengan air teh botol. So panjat la bas.

Then bas bertolak ke johor.. sampai ke larkin then ambil bas ke pasir gudang plak.. Waktu tu dah mabuk sangat-sangat.. maybe sebab perut kosong kot.. then sampai pasir gudang.. ambil teksi plak balik rumah. Sampai rumah, jam dah pukul 4.10 petang... penatnya Ya Allah... jangan cakap la.. bukak baju.. sekali kat bahu.. ade kesan merah.. darah beku kat bahu kiri. Maybe sebab galas beg tu sebelah tangan.. Mandi-mandi jap.. then bukak kipas.. Sekali waktu nak betulkan kipas.. jari termasuk dalam jaring kipas... Prangggggg!!! tersiat kulit jari.. darah meleleh-leleh.. adeh... sakitnyer... berdenyut-denyut rasa sakit.. balut ngan tuala.. then terus bukak blog ni..

Bace posting sahabat-sahabat kat shoutbox.. kat komen.. ilang rasa sakit.. rindunya dengan korang.. heheh.. tu la perjalanan ana mase on the way balik sini. Perjalanan yang ambil masa 18 Jam. Melalui pelbagai rintangan fizikal dan emosi.. Sungguh memeritkan.. Tetapi secara tidak sedar keperitan yang dilalui selama 18 jam cukup banyak mengajar erti kehidupan.

Sesungguhnya manusia ini akan sentiasa diuji Oleh Allah SWT. Manusia akan diberi ujian dalam bentuk kesusahan, keperitan, kesempitan dan sebagainya untuk menguji keimanan dan kesabaran hambaNYa. Seandainya kita berjaya melaluinya dengan sabar maka, itulah satu kejayaan yang besar.

Hidup manusia di dunia ini adalah satu ujian, Dan setiap ujian yang dilalui hendaklah dalam keadaan tekun dan sabar. Dan apabila kita ditimpa musibah, kecelakaan, kedukaan, kesusahan, kesempitan hendaklah kita mengucapkan "innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" :

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"- Al-Baqarah 156-157

tetapi selalunya, bila kita ditimpa kesusahan contohnya dalam situasi ana, sudah pasti perkataan bengong!, bangang!, bodoh!, sengal!, sial! dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya akan keluar. Memang tidak dinafikan, ana sendiri mempunyai rasa nak marah ketika tu.. rasa lepaskan marah pada seseorang, rasa nak membebel, rasa nak mengamuk.. perasaan seperti ini sepatutnya tidak dilayan. Di buang jauh-jauh sambil mengqasadkan dalam diri kita bahawa inilah takdirNYa.. inilah ketentuannya. Mungkin kalau perjalanan kita diteruskan pada masa tu jugak.. mungkin bas yang kita naiki tu ditimpa musibah. Eksiden dan sebagainya.

"Manusia merancang, Allah merancang, Sesungguhnya perancangan Allah lebih tepat"

tapi tu lah hakikatnya, terlalu sedikit manusia bersyukur dengan apa yan menimpanya. kerana ia tidak dilihat dari sudut positifnya tetapi dipandang dari segi negatifnya.

...Terlalu sedikit antara mereka yang bersyukur."
...Terlalu sedikit antara mereka yang memikirkan."

Ayuh, kita mulakan perubahan. Jadikan setiap musibah, kesempitan, dugaan, cabaran, mehnah, tribulasi, dan sebagainya sebagai landasan untuk kita terus mendekatkan diri kepadaNYa dengan memuji-mujiNya bukan dengan memaki hamun dan mengamuk xtentu pasal. Walaupun sukar.. cubalah hari ini! Bonus pahala menanti anda. Lupakan yang lama! hehe... macam iklan sabun lak. Siru ala Barakatillah!

Assalamualaikum.
kumpulan artikel |
0 Responses

Catat Ulasan