Assalamualaikum, ape khabar semua sahabat-sahabat. dah lama ana xmenulis yer. seminggu dua ni ana penuh dengan ceramah. Ceramah semperna anak-anak nak menduduki UPSR dan jugak ceramah yang berkisar mengenai kemerdekaan. Rasa penat sungguh dengan jadual yang pack nih.

Ok berbalik pada topik untuk kali ni "Buat apa nak tutup aurat kalau tak ikhlas". Ana rasa semua sahabat-sahabat dah sedia maklum dengan tajuk ini, khususnya bagi muslimat. Selalunya kita akan terdengar hujjah-hujjah sebegini apabila kita mengajukan soalan kenapa tak bertudung. Selalunya soalan itu tidak akan dijawab tetapi akan dibalasi dengan soalan dan kritikan.

"ada orang tutup aurat tapi buat maksiat"
"alah, tutup aurat tapi, hati busuk"
"Buat apa nak tutup aurat kalau xikhlas, hipokrit!"
"Alah yang tutup aurat lagi teruk perangai dari yang tak pakai tudung"
"Alah, iman bukan di aurat"
"i Walaupun tak tutup aurat tapi hati i baik tau, semayang tak tinggal"

ini antara "jawapan-jawapan" yang diberikan apabila disoal kenapa mereka tak tutup aurat.

Yalah, tidak dinafikan ada orang yang menutup aurat tapi buat maksiat, hati busuk, tak ikhlas, dan sebagainya bahkan kekadang lebih teruk dari yang tidak menutup aurat. dan betullah ada yang tidak menutup aurat tapi solat tak tinggal, puasa sunat, sopan santun.

Tapi kan tidak adillah kalau kita hukum semua yang menutup aurat macam tu kan? Hanya segelintir. Tapi yang sedihnya, kalau kita dengar radio, TV atau mana-mana jenis media, kita akan mendapati terdapat segolongan manusia yang cuba mempublisitikan wanita yang menutup aurat seolah-olah mereka ni golongan-golongan ahli maksiat dan sebagainya.

Malah kadang kala menjadi isu forum sembang-sembang di dalam TV mengkritik keras golongan yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat. Sambil berbangga walaupun mereka tidak menutup aurat, tetapi mereka insan yang baik.

Ok, meh kita bincang dengan lebih dalam.

  • Orang yang menutup aurat dan dia tidak melakukan maksiat, dikira sebagai tidak berdosa,
  • Orang yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat, dikira sebagai berdosa (kerana melakukan maksiat)
  • Orang tidak menutup aurat tetapi tidak melakukan maksiat, tetapi dikira berdosa kerana mendedahkan aurat.
  • Orang yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat dikira sebagai berdosa (Kerana tidak menutup aurat dan melakukan maksiat.
Maka dimanakah neracanya kita mengatakan yang tidak menutup aurat itu lebih baik dari yg menutup aurat. Baik, buruk, ikhlasnya hati seseorang terletak pada nialaian Allah. Kita tidak boleh sesekali mengatakan bahawa orang yang menutup aurat tu hatinya busuk atau tidak ikhlas.

Sebagai orang Islam, kita tidak boleh sesekali bersangka buruk (suul dzan) terhadap mereka yang menutup aurat dengan mengatakan mereka tidak ikhlas dan sebagainya dan kita juga dikehendaki bersangka baik (husnul dzan) terhadap mereka.

Begitu juga dengan orang tidak menutup aurat atau tidak menutup aurat dengan sempurna. Memanglah dari segi nilaian hukum, mereka itu terang-terangan melakukan dosa (iaitu dengan membuka aurat), tetapi (kita yang menutup aurat ini) hendaklah bersangka baik dengan ALLAH, yang bahawasanya Allah satu hari nanti akan memberi hidayah kepada mereka itu untuk menutup aurat dengan sempurna. Mana tau satu hari nanti mereka bertaubat dan menjadi insan yang lebih soleh/solehah daripada kita?, So sepatutnya kita terus mendoakan mereka itu mendapat hidayah Allah, bukan dengan mencemuh mereka. Nasihatilah dengan berhikmah. InsyaAllah kalau kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal, Allah akan permudahkan hidayahNya.

Jadi sebagai kesimpulannya, seandainya kita khususnya orang islam ini menukarkan "buruk sangka" kepada "baik sangka" ana rasa kita semua akan hidup dalam keadaan aman. Sepatutnya yang menutup aurat janganlah lakukan maksiat, dan yang tidak melakukan maksiat tetapi tidak menutup aurat, seharusnya tutuplah aurat.

Janganlah digunakan ungkapan: "Lebih baik xpayah tutup aurat daripada tutup tetapi lakukan maksiat". Istilah ini adalah salah sama sekali. dah la dia tu buat maksiat.. kita suruh dia tambah lagi dosa dengan suruh dia bukak aurat. tak kene tu. Sepatutnya kita nasihatinya dan doakan dia moga dia tidak lagi melakukan maksiat.

Wallahualam
kumpulan artikel |
9 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    Sa|aM ustaz...
    ehem...berdepan dgn muslimah sebegini kena kuatkan iman dan emosi kena stabil utk terima serangan2 kata mereka yg tajam..almaklumler...mende dosa nak cover jadi nampak tak dose. apepun kita same2 berdoa agar umat ISLAM sekarang kembali ke pangkal jalan...semoga kite semua hidup dan mati di dalam nikmat iman...=)


  2. Adib Says:

    Apakah balasan orang yang tidak menutup aurat di akhirat nanti?


  3. Tanpa Nama Says:

    terlalu banyak sehingga tak tertulis :)


  4. nsdahlia Says:

    :putri hanan:

    knp eh bila cakap psl aurat org slalu kaitkan dgn muslimah sj..
    jarang pula ditekankan kpd lelaki. mmm...


  5. Tanpa Nama Says:

    betul tuh nsdahlia. sebenarnya tuntutan menutup aurat bukan sahaja pada wanita, lelaki bahkan kunsa! so, bila berbicara bab aurat ni sebenarnya semua jenis ketegori kene tegur. Anyhow, kebanyakkan riwayat, hadith yg kita jumpa kebanyakkan berkisar aurat wanita. oleh yang demikian, sebab itulah bila berbahas isu wanita, maka secara tidak langsung, wanita yg akan menjadi fokus utama. Wallahualam


  6. Tanpa Nama Says:

    Salam.
    memang betul, inilh reliti remaja sekarang nie.


  7. Tanpa Nama Says:

    salam untuk ustaz dan semua pembaca.. memang cerita aurat ni tak habis2 dibahas sejak merdeka lagi... cuma akhir2 ini menjadi hangat kembali..

    sebelum itu , tahniah saya ucapkan kepada lelaki dan wanita, yang dah akil baligh, kerana menutup aurat, sekurang2nya pada kadar minima.. mudah saja kan?

    dan bagi yang belum tutup (kepada remaja yang berumur lebih 40 tahun tu) diharap Allah membukakan hati mereka untuk mula menutup..maka akan terhentilah dosa mereka yang telah bermula sejak pertama kali menjadi remaja..

    dan bagi yang telah tutup dan terbuka kembali tu..tiada cacat celanya untuk tutup semula..mudah saja kan.. hanya taubat dan tutup..

    OK pasal dosa pahala... kalau tutup tapi tak ikhlas (Tuhan saja boleh nilai ikhlas ke tidak) maka lepas lah dosa tidak menutup, munkin tiada pahala menutup.

    kalau tutup+ikhlas baguslah =tiada dosa+ada pula pahala inin yang dituntut agama.

    tapi saya tak faham, kategori tak tutup tapi ikhlas.. salah kategori ni.. kalau tak tutup tu mana ada ikhlasnya.. kalau ikhlas mestilah dia akan tutup ..kan?? ha maka berdosalah dia kerana tak tutup (langgar perintah tu) dan terlepas lah pahala kerana menurut perintah tutup..alangkah double rugi..

    hmm anan berenti dulu panjang la pulak..

    eh satu lagi..lelaki pun sama jugak, kalau tak tutup berdosa jugak..dan berdosa jugak kalau tengok perempuan tak tutup tu.. eh brader dah tertengok , kemudian pusing kelain ler..tengok lama2 nanti bertambah dosa..naik syahwat pulak lagi tambah..ahh biar yg tak tutup tu sorang dah ler berdosa,..kita doa-kan dia mula menutup ye..


  8. Author Says:

    ha'ahh.. betul... betulll :)

    aurat ni jugak bukan terbatas pada perempuan jerk... lelaki pon xlepas dari batas aurat... cuma orang jarang sebut... mcm tak adil kan? sepatutnya.. aurat lelaki jugak perlu di tekankan.. tak pe.. next posting kita sentuh plak bab kaum adam nie :) insyaAllah


  9. Tanpa Nama Says:

    owh .. macam tu ya ..


Catat Ulasan