Assalamualaikum..

Pe khabar para sahabat-sahabat yang disayangi sekelian. Kali ini ana nak membawakan suatu perbincangan yang agak jauh sket dari kebiasaan. Bab perniagaan. Mungkin xramai pengunjung dsantai yang minat berniaga. Ana actually minat gak berniaga.. dari kecik dah belajar berniaga.. jual nasi lemak.. jual sagon (nasi yang dijemur kemudian ditumbuk bersama gula).. memacam jual.. cari duit poket sara diri tuk belajar..

Tapikan sahabat-sahabat... kalau sahabat-sahabat peraksankan.. orang kita (orang melayu) yang seperti tertulis dalam perlembangaan Malaysia.. orang Melayu ialah orang Islam... bila berniagaan ada beberapa sket masalah berbanding dengan etnic atau bangsa lain. Meh kita sama-sama pakat pikir apa yang ana lontarkan ni betul ke tak...

Ana merupakan seorang yang setiap hari makan kat kedai. Dari sarapan pagi sampai la ke makan malam. Dulu mase duduk ngan kawan rajin gak masak.. tetapi lepas kawan ana tu dah pindah.. tinggal ana sorang... rasa malas lak nak masak.. so terpaksa la beli kat kedai... Apa yang ana dapat buat perbandingan antara kedai orang kita dengan kedai etnic atau bangsa lain ialah.

1. Ambil order lambat.
Kekadang ana terpaksa tunggu sket punya lama untuk derang amik oder.. kekadang ada yang ana panggil.. dia bleh cakap.. panggil pekerja yang lain.. saya sibuk. lah? nak panggil sape lagik.. adakalanya ana terpaksa bangun then pergi ke kaunter or ke pekerja derang then mintak oder..

2. Tak mesra pelanggan.
Ni lagi satu penyakit orang kita yang berniaga.. tak mesra pelanggan.. kekadang yang ambil oder muke ya Allah.. macam nak makan orang.. cube la senyum sket.. ada setengahnya main cakap acuh tak acuh.. tak kurang yang cakap xhormat pelanggan.

3. Makanan lambat sampai.. dah tu tersilap menu pulak..
Ni pon satu lagi masalah.. dah ambil oder lambat.. ambik plak mcm siutt jerkk.. dah tu makanan lambat sampai lak.. dah la lambat.. siap tersilap plak dah... di oder xnak ais.. yang datang berais.. oder sekali ngan sup n mate kerbau.. sup kemana.. kerbau pon kemane..

4. Kotor..
ni masalah yang paling kronik.. kotor.. ish... kekadang siap sempat tengok lipas dan tikus buat akrobatik lompat samasop berputar dalam dapur... huhuh..

5. Pelayan selekeh
Ni pon masalah jugak.. sesetengah pelayan datang dengan rambut serabai (selekeh).. seluar jeans lusuh.. terlondeh nampak tut! kuku panjang.. kotor lak tu.. ish.. nak termuntah pon ada.

6. Tukang masak xtutup kepala..
Bukan la nak suruh pakai top chef yang tinggi macam KLCC.. tapi atleast.. put la something ke atas kepala tu.. ish.. tah rambut la masuk... kutu ker terbang.. huhu... ana cakap sebab ana selalu kene.. oder mee goreng, koeteow kerang, nasi goreng.. yang sampai mee goreng berambut... koeteow kerang berambut, nasi goreng berambut... ish...

7. Meja kerusi kotor.
Dah la kotor... nak panggil suruh lap pon susah.. terpaksa panggil sana, panggil sini.. last2 lap jerk meja tu sendiri pakai tisu.

dan puluhan lagi kelemahan-kelemahan yang sebenarnya boleh senarai seperti di atas.. ana nak sebut semua.. xlarat da... mata dah ngantuk ni.. ana rasakan kedai..kedai orang kita patut mencontohi kedai-kedai mamak.. yang sentiasa siap siaga menuntut pelanggan.. ambil oder pon cepat.. pantas.. mesra alam.. eh mesra pelanggan.. n macam-macam yang lain..

dan bende yang terbesar yang ada pada dalam diri orang melayu ialah... P.H.D. peraksaan Hasad Dengki.. ha.. ni masalah yang berat sket.. dia kira nak dengki jerk.. kalau xkene gaya.. kene santau la.. main bomoh la.. ish... xleh ke kalau same-same cari rezeki kurnian Allah ni... konsep Win Win.. jangan kira nak sorang jerk..

ish.. memacam la.. kekadang nak sebut pon xsampai hati.. kang kate xtolong "orang" sendiri.. macam mana nak tolong kita... sedangkan orang kita sendiri tidak pandai meghargai peluang yang ada untuk bersaing secara sihat..

ok lah.. jumpa dalam sambungan ana tuk topik ni dalam posting akan datang.. ana dah 2-3 kali terlelap mase tengah tulis posting nih.. ana akan memberi pendedahan mengenai sikap peniaga-peniaga kita khususnya orang kita.. dan bagaimana nak berjaya sepeti masyarakat cina yang rata-rata telah berjaya dalam dunia perniagaan dalam posting akan datang.

okesh.. ? tunggu....
Wassalam
kumpulan artikel , |
3 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    melayu dan PHD takleh nak dipisahkan yek...bagaikan irama dan lagu atau isi dan kuku...huhuhu...dasatnyer...
    tapi taklah semua gitu tapi majoriti gitu le..nape yek jadik gitu...haa... melalui tilikan ana lah kan..cewah... hee...ana rasa...mereka yg bersifat begini terlalu mengejar nikmat dunia. silauan emas palsu dunia benar2 dah meruntun hati mereka sehingga tak ingat tentang dosa pahala halal haram...klu hati dah selubung dgn noda2 hitam..camner la nak dapat hidayah Allah...ape pun semoga Allah membantu mereka kembali ke jalan yg benar...


  2. Heheheh.. apa kata anta carik teman rumah baru yg boleh memasak.... tak payah pergi kedai lagi.. :)


  3. Tanpa Nama Says:

    tu la pasal.. dah cari.. tapi yang jumpe xserasi.. lagipun ana nih jarang lekat kat rumah. takut kalau ada housemate pon housemate lari.. kat umah just sehari kurang dari 7 jam. ni sekarang ana kat UTM ada program. ari ahad baru balik. then meeting tu la meeting ni la.. ceramah sana la ceramah sini la.. kekadang xsibuk pon buat-buat sibuk.. huhuh sebab dah terbiasa.


Catat Ulasan