Ha... sekali tengok tajuk posting kali.. boleh bikin gawat blog dakwah santai nih.. ok.. ok.. actually kenape ana sengaja nak berbincang topik ini kali ini... just nak beri kefahaman secara minds on.. kenape orang muslimah kene terima isu poligami ini secara hati terbuka. Ana tidaklah berniat untuk mendatangkan hujjah2 dari mana-mana kitab kerana ana lebih suka berbicara secara santai yang mana ia lebih mudah di fahami. Walau bagaimanapun pastinya ada pro dan kontra mengenai penulisan ana ni.. tp xkisahlah.. itu sudah menjadi lumrah. Ok.. sebelum ana berbicara lebih lanjut.. meh pakat jawab soalan-soalan ni.
Apakah jantina (lelaki atau perempuan) yang paling banyak
1. Di penjara?
2. menjadi penagih?
3. menjadi pembunuh
4. perogol
5. pengedar dadah
6. bohjan
7. pondan
8. gay
9. rempit
10. punk
11. skinheads
12. blackmetal
13. hip hop
14. kaki arak
15. kaki judi
16. kaki pukul
17. gengster
18. kongsi gelap
19. pecah rumah
20. merompak
21. penyeludup
22. penghidu gam
23. pencuri kabel telekom
24. pecah amanah
25. buli
dan ratusan malah ribuan lagi kegiatan jenayah...
rase2la kan.. jantina mana paling banyak terlibat..
jawapannya mesti lelaki kan?
So bayangkan.. ada 25 orang wanita dan 25 lelaki.. tetapi setelah di kelaskan mengikut kesalahan jenayah ni tinggal la 5 lelaki 20 wanita... then bayangkan plak.. anda merupakan antara 20 orang wanita yang tinggal bersama 5 lelaki yang tidak terlibat dalam mana2 kesalahan jenayah. then.. dari 20 orang tu.. 5 dari anda dah kawin dengan 5 lelaki yang tinggal.. maka tinggalah anda bersama 15 orang wanita lain.. time tu apa yang anda nak buat? sama ada kawin dengan penjenayah (20 orang yang masih tinggal) atau anda pilih suami orang?
Kalau xkawin pon payah jugak... anda seorang manusia.. xkan xde naluri.. xder perasaan? xde nafsu?.. tambahan plak kawin ni Sunnah Rasulullah saw, membenci sunnah menyebabkan kita tidak termasuk dalam golongannya. Tak termasuk dalam golongannya bererti tiada syafaat untuk kita.. tiada syafaat untuk kita.. maka neraka tempat kita. dah tu nak kawin dengan penjenayah? ish.. daripada peratusan yang di buat, hanya 12.3% sahaja isteri yang dapat membimbing suami mereka. Manakala 87.7% gagal membimbing suami mereka bahkan mereka sendiri cenderung mengikuti jejak langkah suami mereka.
Then? apa pilihan yang tinggal? suami orang... owh... bagaimana sik? sanggup? sanggup xsanggup ini jer lah pilihan terbaik.!
Begitu jugak bagi mereka yang telah berkahwin, seandainya anda tergolong dalam 5 muslimat yang dah mendirikan rumah tangga dengan 5 muslimin yang tidak terlibat dengan mana-mana kesalahan jenayah. kenapa perlu benarkan suami anda berpoligami.. selain daripada Syariat membenarkan dan merupakan salah satu sunnah.. Suami anda sebenarnya bukanlah hak milik mutlak. Cuba bayangkan sekiranya anda tidak membenarkan suami anda berpoligami.. kesannya.. ke 15 orang orang muslimat yang tinggal terpaksa berhadapan dengan pilihan memilih untuk terus tidak kahwin atau memilih penjenayah. Cuba bayangkan ketiga-kita muslimah tersebut memilih untuk tidak berkahwin. Kesannya akan mengakibatkan Peratusan kadar kelahiran Umat Islam akan menurun. Dan apabila peratusan ini menurun, maka Umat Islam akan kekurangan cendiakawan-cendiakawan Islam, Para Alim Ulama, Golongan Profesional Islam dan sebagainya yang mana dalam satu - satu bidang, orang Islam terpaksa mengharap bantuan dari orang kafir.
Memang xsalah kita menggunakan bantuan orang kafir. Tetapi kesannya? ana bagi satu contoh.. Tandas di surau dan juga di rumah. Berapa banyak pembinaan tandas2 kita sebenarnya urusan kontraktornya di uruskan oleh orang Kafir.? Eh ape masalahnya? Well..pergi ke tandas rumah anda dan anda buat pemerhatian. Pintu tandas ada di bukak dari kanan atau kiri. Rata2 tandas yang di bina oleh orang kafir pintunya akan di bukak dari sebelah kiri. Maka apabila tandas ini di bukak dari sebelah kiri, secara automatik apabila melangkah masuk, kita akan mendahului kaki kanan. Ini kerana apabila kita mendahului kaki kiri, maka kita akan tersepak pintu tandas. Maka secara automatik kita akan melangkah kaki kanan dulu masuk bersalahan dengan Sunnah. Begitu jugak dengan mangkuk tandas yang menghadap atau membelakangi Kiblat. ni baru satu contoh jerk.. Perkara - perkara seperti ini menunjukkan kesan apabila orang Islam kurang dalam satu2 bidang.
So ape kene mengena dengan xbagi poligami.? la xpaham2 lagi ke.. bila makin ramai muslimat tidak berkahwin, maka kadar kelahiran bagi orang Islam akan menurun. so secara tidak langsung.. kita menjadi agen penghalang kadar kelahiran bagi orang orang Islam!. katakan 1 muslimat yang ada sepatutnya melahirkan ana purata 6 orang... 6X15= 90 orang... kita kehilangan 90 kaum muslimin akibat sikap kita sendiri! ayork.. berat ek pertuduhan tu ye? :)
Ataupun ke ke 15 muslimat tadi berkahwin jugak dengan penjenayah2 tadi.. maka kita akan terus menerus mendengar berita2 di TV, Isteri di dera, Isteri di gantung tak bertali, Isteri bunuh diri, Isteri di paksa menjadi pelacur dan sebagainya. Dan juga kita akan terus mendengar lahirnya generasi2 yang toleh/tolehah.. yang terlibat dengan gejala sosial dan sebagainya... apa puncanya? anda jawab sendiri.
ehem...best topik cume...ana kurang bersetuju la berkaitan lelaki2 yg bermasalah tu. ye la...tak semestinya kerana dia perogol,pembunuh etc... maka dia takleh berkahwin dan takleh berubah? hidayah Allah tak sape nak jangka. mane tau dgn gerakan kecil yg Allah beri pd muslim yg sedikit tu (5 org)yakni hatinya tergelincir sedikit dgn mencintai dunia maka songsang jugak jalan hidupnya. kahwin tu mmg sunnah tapi kita sebagai hambaNya tak mampu utk mensukseskan segala perancangan tanpa bantuanNya dan redhaNya. ye..poligami hanya sebagai satu langkah yg Allah beri utk membantu kita sebagai umat islam mengurangkan kadar bujang tapi tidaklah kerana tidak berkahwin itu bermakna kita membenci perkahwinan. setiap alasan yg terbit itu hanya Allah yg tahu segala asbab musababnya...takde sape manusia kat dunia neh adalah hak mutlak kepada manusia yg lain. kita hanya milikNya yg kekal selamanya sebagai hambaNya. cuma jadikan cinta sesama manusia itu sebagai satu landasan meraih kasihNya yg begitu suci. insyaAllah...ana percaya masih ada lagi cinta seikhlas Zulaikha, sesuci pengorbanan Khadijah dan berhati emas Fatimah...cume kita tak nampak kerana semua itu terlalu sukar dicari cume kewujudan itu tetap ada sehingga semua org yg beriman 'hilang' dr mukabumi ini bila tiba waktunya... =) wallahu'alam...
'lelaki y baik utk perempuan yg baik' itu kan Allah dah janji...
Takkan si lelaki baik kawen dgn pelacur kot, or perempuan baik kawen dgn penjenayah..
...melainkan dgn izin Allah dan sesungguhnya ujian itu adalah amat besar. walau bagaimanapun, ujian Allah ke atas seseorg itu takkan diberi pd hambaNya melainkan dia mampu hadapinya...
herm.. memang xsemestinya penjenayah itu xleh berubah.. mungkin asbab dari perkahwinan boleh menjadi asbab hidayah... tapikan.. putri setuju tak kalau ana kata terlalu sedikit isteri yang berjaya mengubah sikap dan membimbing suami mereka.. kalau isteri yang masalah selalunya.. dapat di bimbing oleh suami.. ana xmenafikan si isteri jugak berkemampuan mengubah si suami.. namun.. terlalu sedikit..
mengenai tak kawin plak... kenape kita pilih tidak berkahwin sedangkan ada jalannya (menjadi yang ke-2, 3 atau ke 4)? bukankah islam telah sediakan jalan penyelesaiannya? lagipun kalau putri chech balance between gender di dapati.. peratus wanita melebihi peratus lelaki iaitu sebanyak 1:3. fenomena ini berlaku di dunia kita sekarang.. 1 lelaki bagi setiap 3 wanita. Laporan tidak rasmi dari NGO yang berkaitan dengan pembangunan manusia plak mengatakan bahasa nisbah lelaki dan perempuan adalah 1:4. bermakna 1 lelaki setiap 4 wanita.. camtu.. kalau lelaki tersebut monogami.. lagi 3 wanita tersebut terpaksa membujang sepanjang hayat? hanya terpaksa mengalir air mata ketika melihat orang lain bersenda gurau bersama suami, anak atau cucu cicit? Aduh sungguh kasihan kepada mereka..
salam ukhwah anonymous. memang janji Allah itu maha benar.
Tetapi kita jangan lupa. Kisah Nabi Nuh yang isterinya tidak beriman kepada Allah. Sudah pastinya Nabi Nuh itu seorang insan yang mulia. Tetapi kenapa Allah gandingkan baginda dengan Isterinya yang pada akhirnya ingkar pada Allah.?
Ulamak' tafsir mentakwilkan bahawasnya tidak mutlak akan jodoh seseorang yang baik itu dengan yang baik. Kerana adakalanya pasangan yang di tentukan bagi mereka itu adalah yang berbeda. Inilah yang dikatakan ujian dan takdir dari Allah.
Wallahualam.
benar tu ustaz. erm..nampaknya topik neh betul2 dapat perhatian ye. ok..ana akui golongan wanita sudah melebihi lelaki. itu mmg sudah dinyatakan oleh lisan Nabi kita bahawa itu antara tanda kiamat hampir tiba. cume yg ana lihat...ada juga lelaki yg mengambil keputusan tidak berkahwin kerana atas sebab2 tertentu. bukankah golongan seperti itu juga telah menyebabkan ramai wanita tiada berpasangan. apepun, setuju atau tidak tentang poligami ini, sebagai hambaNya yg bertaqwa haruslah menerimanya dengan redha. apepun yg pasti, segala ujian itu pahit dan memerlukan kesabaran yg tinggi. namun yakinlah yg pahit itu akan menjadi lebih manis dr segala kemanisan yg ada. insyaAllah...segala ketentuanNya ada kebaikan yg terselindung didalamnya. andainya ditakdirkan suami berpoligami maka mungkin ada tujuan sebaliknya. cume kepada para suami yg berpoligami, ingatlah perkahwinan itu bukan kerana cinta dan nafsu semata tetapi kerana sifat bertanggungjawab utk membina ummah yg diredhaiNya...wassalam..=)
:) betul tuh putri.. poligami bukan sekadar medan melampiaskan nafsu semata-mata.. ia ada tujuan yang telah digariskan oleh syarak.. ada syarat2nyer.. huhuu.. kan ana dah cakap topik ni mesti "panas"nyer.. hehe.. xper.. sekadar berdiskusi membuka minda.. menyelami keindahan Islam.
setiap ape yg Allah utuskan itu ade hikmahnye..contohnye klu ade janjinye dimana laki yg baik adalah utk pompuan yg baik..tp ade jugak yg kite tgk..pompuan yg baik..tapi dpt laki yg kurg baik..tp ini bukan bermakna Allah memungkiri janjinye..krn ade manusia yg baik dr segi zahir.tp batinnye(yakni hati),Allahualam..dan ade yg zahirnye jahat..tp batinnye tak dilentur..kite sepatutnye saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain..x semestinye laki tu jahat sekarang..tp x semestinye jahat selamanya..sentiasa kene ingat..hidayah itu dr Allah..kite perlu berdoa utk mendapat hidayahnya dan mendoakan org lain juga diberikan hidayah dan dihindar dr azabNya..(uiks..bebel lak makcik ni..)mintak maaf yer ustaz..huhu..
tu la..topik hangat sgt..huhu..pompuan sure x setuju nyer..ckpla mcm mane pon..bukannye x setuju sebab ape..bile tgk yg berpologami tu mcm x best je..gaduh2 la..tu la..qodwah x menarik kot..sbb kite x pernah tgk yg berpologami ni happy2..laki tu yerla happy..hehe..
herm.. actually bukan xder qudwah yang baik.. cuma kita selalu di momokkan di dalam TV yang poligami tu buruk,.. so automatik otak kita di doktrin yg poligami tu xelok.. tuan guru ana Alhamdulillah 4. anak2 dan menantunya semuanya 2. Tapi bahagia jerk.. maybe sebab derang tahu apa itu poligami, konsep dan keseluruhan aspek poligami. Berbeza dengan sesetengah yang lain hanya kerana nafsu semata2.. thats wy xbahagia..
Wallahualam
ha'a..mungkin la kot kan..
erm..cakap2 tuh cam best jek..ustaz tuh dah ade bape org? kekeke...
adehh... ustaz plak yang kene?