"Eh.. cantiknyer budak laki tu.. putih.".
" Eh.. bukan cantik la.. hensem.."
"dakk.. cantikkkk.."
"hensem!"
"cantik"
"hensem"
"awak ni tak sekolah ke? perempuan kita guna cantik, lelaki kita guna hensem"
"awak tu yang tak sekolah! perempuan kita guna hensem, lelaki kita guna cantik..!"
"Ish.. lantak awak la.. saya cakap tak nak dengar"
"ish.. bukan tak nak dengar.. tapi dah saya betul.. awak yang salah"
"kenape pulak?"
"Ok meh.. saye nak tanya awak"
"Tanya ape?"
"Awak tengok gambar ni, budak ni cantik ke hensem?"

"la mesti la cantik!"
"ok, yang ni pulak?"

"mestilah hensem!"
Ha, kan saye dah kate! lelaki cantik perempuan hensem!
"eh kenape plak?"
"Gambar yang pertama tu sebenarnya lelaki! bukan perempuan dan gambar kedua tu perempuan bukan lelaki!"
"haaa?"
"yerp..! gambar pertama tu lelaki.. tetapi berpakaian, make up, etc.. sejibik macam perempuan.. yang gambar kedua tu plak perempuan tetapi berpakaian, attitude sejibik macam lelaki"
" err.."
"Jadi awak kate gambar pertama tu cantik.. bermaksud awk cakap lelaki tu cantik.. dan awk kate gambar kedua tu hensem.. bermakna awk kate perempuan tu hensem!"
"adeh... "
"heheheh.."

Tu la realiti sekarang. Boleh dikatakan kekadang ana sendiri keliru sama ada seseorang tu perempuan atau lelaki. Dulu lelaki yang menyamar seperti perempuan(bapok) kite bleh kenal and perempuan yg acting macam lelaki pon kita boleh kenal. Tapi now days nyer teknologi menyebabkan sampai kita sendiri pon xleh nak sure sama ada tu lelaki ke perempuan.

Sebab tu kita tengok ramai yang terjerumus dalam percintaan sesama jantina. Memang tak dinafikan sesetengah tu memang tau yg pasangan dia satu jantina dengan dia (ni memang yang jenis cari pasal la) tetapi ada yang tak peraksan pasangan dia tu sejenis dengan dia! dah lama kemaruk bercinta baru dia tau yang pasangan dia tu sejenis. then clash.. bila clash.. still dok teringat... last2 couple balik walaupun dia tahu pasangan dia satu jenis dengan dia.

Pasal why perempuan tu nak jadi lelaki or why lelaki nak jadi perempuan.. ana xnak citer dulu. Yang ana nak citer arini sebab apa ada perempuan yang sanggup ambil perempuan jugak jadi couple die?

Pernah suatu kali tu ana buat survey pasal perempuan yang couple dengan pengkid nih. Rata-rata memberi alasan yang hampir sama iaitu:


"Lelaki terlalu kasar, tak berlemah lembut dan tak romantik".

Bila ana tanya pula pendapat kaum lelaki, maka mereka pula menjawab:

"Standard la beb! nama pun laki! mesti la brutal!"
"dah tu, takkan nak lembut macam pondan kot?"
"Ish... nak lembut-lembut... geli lah!"
"ape barang romantik romatik.. tak rock la beb!"

Maka pada hemat ana, selagi mana pertembungan antara dua bende ni tak diselesaikan, maka akan bertambah-tambah la gejala couple sejenis nih.

Ok, meh ana ulas satu persatu. Memula pasal lelaki kasar.

Sememangnya, lelaki ini mempunyai perwatakkan agak kasar berbanding perempuan. Jika dilihat dari posture tubuh sekali pun jelas kelihatan tubuh lelaki agak kelihatan kasar berbanding wanita. Kerangka badan lelaki agak besar disamping struktur peparu dan bahagian bahu yang agak luas mencirikan lagi susuk tubuh lelaki. Manakala wanita pula, susuk tubuh mereka agak kecil dan bidang dada dan bahu mereka agak terdorong ke dalam sedikit berbanding lelaki yang mana bidang dada agak sedikit terbuka.

Sekalipun pembesaran lelaki dan wanita agak sama, cuma ketika fasa-fasa tumbesaran fizikal dan kognitif lelaki agak terlewat daripada wanita. Ini merupakan salah satu faktor mengapa naluri wanita lebih halus daripada lelaki. Pembesaran otak kanak-kanak lelaki agak sedikit terlewat daripada kanak-kanak wanita, sekaligus menyebabkan kanak-kanak lelaki lambat untuk belajar berfikir secara rasional dan lebih terikat kepada pemikiran kongkrit. Berbanding wanita yang mana seawal usia kanak-kanak mereka sudah bermain dengan naluri halus, imaginasi matang dan corak pemikiran rasional.

Daripada corak perkembangan sedemikian maka sedikit sebanyak akan memberi sumbangan dalam perkembangan pribadi dan tingkah laku kepada lelaki yang mana akan menyebabkan ketika pada awal usia mereka, mereka bersikap agak kebudak-budakkan, tidak mahu mempunyai komitmen, tidak serius dan sebagainya. Berbanding dengan perempuan yang sukakan komitmen, naluri keibuaan, prihatin dan sebagainya. Sebab tu kalau kita tengok orang perempuan lebih mudah menangis ketika menonton cerita hindustan atau cerita korea berbanding lelaki.

Walaubagaimanapun setelah lelaki dan perempuan membesar, perwatakan mereka akan turut berubah disebabkan beberapa faktor antaranya faktor pendidikan, sosibudaya, ekonomi dan sebagainya. Namun begitu, adakalanya lelaki dan perempuan agak terbawa-bawa attitude mereka semasa kecil. Ini menyebabkan sesorang lelaki tu agak tidak serius dalam perhubungan, tidak romantik, tidak mahu berkomitmen, suka merapu dan sebagainya. Manakala perempuan pula asyik menuntut pasangan mereka agar segera menikahi mereka, segera berjumpa dengan kedua ibu bapa mereka sedangkan usia dan pemikiran mereka terlalu muda, cukup bersedia dan tidak mampu untuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri apatah sebagai seorang Ibu.

Oleh yang demikian, sebagai seorang perempuan, anda tidaklah boleh marah lelaki kenapa mereka agak kasar. Ini kerana sudah menjadi lumrah bagi kehidupan sebagai seorang lelaki. Kadangkala ketegasan orang lelaki juga di salah tafsirkan sebagai kasar. Begitu jugak dengan lelaki tidaklah boleh komplaint why perempuan lemah, lembik dan sebagainya. Inilah yang dinamakan sebagai fitrah.

Namunbagitu, kepada lelaki, kaum sejenisku.. fitrah ini bukanlah merupakan "lesen agung" kepada kita untuk bersikap kasar dan begis. Walaupun kita seringkali menggangap "tak rocklah" lembik-lembik nih.. actually bersikap sopan dan lemah lembut terhadap wanita bukanlah bererti kita lembik dan pondan! dan mungkin akibat sikap kita kaum lelaki yang kasar dan tidak perihatin ini menyebabkan ramai perempuan sanggup terjun kedalam dunia songsang!

“Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan perempuan melainkan orang yang hina.”(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu)”. Al Hujraat: 13

Dan yang terbaiknya, tak perlulah couple. Tiada istilah couple dalam Islam. Yang ada Suami dan Isteri.! dan juga tidak ada istilah perkahwinan sejenis.. so.. xyah pening-pening kepala nak bercinta.. esok-esok dah bersedia.. terus kawin!.. xde calon? tak payah pening-pening kepala.. isi borang baitul muslim. abis citer..
okeyyy?


Wallahualam
kumpulan artikel |
4 Responses
  1. Juezura Says:

    walaupun kelakar tapi ada makna tersirat tu ustaz :)


  2. Tanpa Nama Says:

    :) xpandai sangat pon tulis.. baru dok belajar, anyway.. thnx sbb ziarah blog ni ye..


  3. ahah...
    tergelak saye bace kesimpulan post ni. tapi betul la kesimpulan tu. jelas & tepat. tapikn.. nape ramai yg x fhm2 eh?


  4. Tanpa Nama Says:

    Bukan tak faham.. just xnak ikut :)


Catat Ulasan