Assalamualaikum, wah dah 15 hari tak update blog nie.. semalam (hari Isnin) baru ke rumah (Johor) setelah menempuh perjalanan hampir 8 Jam. Kaki sebelah kiri sampai hari ni masih terasa lenguh dek keadaan kerusi diatas bas yang rapat sehingga membatasi pergerakkan kaki. Mungkin bagi orang lain tak terasa sangat sempit, maybe sebab ana ni jenis golongan terlebih inci kot.. Kalau tak salah, tinggi ana 174 (ukur 4 tahun dulu). dengan badan yang semakin sihat nih.. (85 KG) dah cukup untuk ana kelihatan seperti incridable Hulk. Naseb baik la badan tak warna hijau. huhuh....

Tambah plak sekarang ni musim hujan. Cuaca sejuk sket. Bertambah kejang la rase kaki nih. Kekadang sampai terjaga tengah malam. terpaksa sapu minyak panas untuk "cool down" kan rasa kejang. Sambil tangan dok gosok kaki, mulut pulak mengeluh.. "adehh.. kejang", mata pula tak leh nak lelap.. dok berkelip-kelip menahan sakit... semua organ badan ni seolah-olah bersimpati dengan nasib yang menimpa kaki ana tuh.. teringat satu hadith Nabi s.a.w

Peumpamaan orang-orang mukmin dalam masalah kecintaan dan kasih sayang serta pertolongan di antara mereka bagaikan satu tubuh. Jika salah satu organ mengeluh kesakitan, nescaya seluruh tubuh ikut panas dan tidak dapat tidur” (Hadits Riwayat Ahmad dan Muslim)

Alangkah indah hidup kita ni kalau semua manusia macam hadith nabi nih. Susah sama-sama, senang sama-sama. hidup dalam rukun dan damai. Tak dak perasaan hasad dengki sesama kita. Cuma tu lah... payah nak cari yang macam nih. Selalunya, bila senang and enjoy same-same.. tapi bila susah.. semua blah tinggalkan kita.

dan yang paling besh tuh.. kekadang kawan baik sendiri plak tue. Depan kita, mak aih. sikit punya baik.. lidah lembut daripada agar-agar puding, tapi belakang kita.. dok hentam kita. aduhai... kenapa lah mesti macam ni?

“Ketika mereka (Muhajirin) tiba di kota Madinah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mempersaudarakan di antara Abdurrahman (bin ‘Auf) dan Sa‘d bin Rabee‘. (Sa‘d) berkata kepada Abdurrahman: “Sesungguhnya aku adalah golongan Anshar yang terbanyak harta, maka aku membahagi hartaku dua bahagian, dan aku mempunyai dua isteri, lihatlah yang mana engkau lebih tertarik daripada keduanya, lalu sebutkan namanya kepadaku, maka aku akan menceraikannya. Kemudian jika sudah habis ‘iddahnya maka kahwinilah dia.” Abdurrahman berkata: “Semoga Allah memberkati keluargamu dan hartamu, (akan tetapi) di manakah pasar kamu?” Mereka menunjukkannya pasar Bani Qainuqaa‘…” (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Kadang kala bila membaca kisah percintaan para sahabat dengan Baginda s.a.w rasa nak mengalir air mata.. rasa rindu nak berada di zaman itu. Zaman yang penuh dengan kilauan cinta suci antara kaum muslimin. Tiada istilah tikam belakang, tiada istilah hasad dengki. Semua hidup dalam keasyikkan cinta Ilahi.

Tetapi kini. Manusia hidup dalam keadaan yang sangat hampeh. Hasad dengki, tikam belakang, depan cakap lain belakang cakap lain.. dah menjadi lumrah hidup.

Ke mana hilangya haruman cinta Muhajirin dan Ansar,
Ke mana hilangnya gemersik alunan rindu para Sahabat
Mengapa dihiasi persahabatan itu dengan kalungan sifat munafik
Di hidangkan pula dengan lautan daging busuk?
Ke mana? Mengapa?

Bagaimana kiranya seandainya Allah uji kita dengan ujian yang seperti mana berlaku di Palestin. Adakah ketika itu kita akan bersatu lantas menentang musuh atau... kita seperti mereka di luar sana.. yang masih bertelagah sesama sendiri, berbunuhan, berpecah belah sampai musuh bisa mengambil kesempatan menari-nari diatas luka-luka hasil percakaran kita dan saudara kita sendiri?

Pada hemat ana, sebenarnya kita ni telah didoktrin didalam pemikiran kita dengan prinsip individualistik dan asobiah yang melampau. Kita tidak mempunyai perasaan kecintaan sesama kaum muslimin. Kita tidak merasakan semua kaum muslimin itu sebagai saudara-saudara kita.

"ah lantak la.. bukan adik beradik aku.."
"ah lantaklah.. tu keluarga dia.. bukan keluarga aku.."
"tak de kene mengena ngan aku"
"lantaklah.. tu negara dia orang.. bukan negara kita"

Sebab tu seringkali, kita terdengar ucapan-ucapan berbaur racist dan fascist. Sikap tidak ambil peduli dan lantaklah! ni harus di kikis. Juga semangat nasionalist yang membuta tuli dan juga semangat berpuak-puak yang melampau jugak harus dikikis.

Sepatutnya bagi setiap orang Islam, perlu ada semangat Win Win (menang, menang) bukan Win Lose (Menang, Kalah) sesama kita. Biar kita menang dan pada masa yang sama pesaing kita (juga kaum muslimin) tidak kalah. Tak perlu kita tindas menindas sesama kita. Suburkan cinta dan persaudaraan sesama kita. Sekiranya ada perselisihan faham dan pendapat. Kita berbincang secara elok.

فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

"Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Ali Imran (159).

dan sekiranya, kita terdengar ada orang bawah khabar yang tak elok or mengumpat. Maka seharusnya jangan la kita join sekaki mengumpat. Sepatutnya kita menasihati dan mendamaikan mereka tu. Jangan kita melaga-lagakan lagi mereka tu.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" ( Hujraat:10)

Dan ana yakin, sekiranya kita benar-benar menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam, maka kita tidak akan membuat statement atau kenyataan menghina negara saudara- saudara Islam yang lain, kita tidak akan melaga-lagakan sesama Saudara kita, Kita akan peduli dengan nasib dan penderitaan negara saudara-saudara kita.

Ayuh kita sekelian bersatu. Jangan letakkan dalam diri kita tembok pemisah antara keturunan, bangsa, suku, kaum, negeri, negara, persatuan, warna kulit dan apa sahaja. Sesungguhnya kita semua adalah bersaudara dibawah kalimah Toyyibah, kalimah syahadah.

kumpulan artikel , |
1 Response

Catat Ulasan