mama..mama.. ni gambar sape yer?
owh tu gambar Raja kite
Ooo.. Raje.. Hensem kan ma kan?
a'aah Hensem.. baik..., sopan santun
Mama.. mama.. kalau adik nak gi rumah die boleh tak?
Die tak tinggal di rumah la sayang.. die tinggal kat Istana..
Owh.. Istana... Istana macam dalam cite Cinderella ke mama?
Istana Raje kite lagi cantik..
Wahhh... bawak la adik gi sane..
Adik nak gi sane nak buat ape?
Adik nak jumpe Raje la.. adik nak mintak hadiah
hehe.. adik nak mintak hadiah ape?
Adik nak mintak eskrim banyak-banyak.. nak makan puas-puas..
herm.. tak abis-abis dengan aiskrim. ..
kat sane mane boleh makan aiskrim.. nanti adik kotorkan Istana.
Ala.. nanti mama tolong la cucikan..
Istana tu luas tak ma?
Aik? mama pulak kene.. herm.. Istana Mestilah luas... besar.. ade banyak bilik...
Wah.. bestnyer.. bleh la ajak upin gi sekali.. bleh main kejar-kejar..
Kat sane mane boleh main kejar-kejar la adik.. tu bukan tempat permainan.
Nanti Raje marah..

Ala... tak boleh ker?
Tak boleh.. nak gi sane.. kene pakai cantik-cantik... wangi-wangi.....
Ooo... cantik dan wangi ye..
Pas tu.. Dekat sane.. xleh lari-lari.. xleh buat kotor.. kene jage perangai.. kat sane ade pengawal jage... kalau adik buat jugak nanti ade pengawal marah adik.
Ooo... jangalah marah.. adik kan kecik lagi..
kalau adik nakal... pergi sane main-main, buat kotor, langgar peraturan.. pengawal marah la.. kalau tak.. pengawal tak marah..
Ooo.... kalau adik nak cakap dengan Raje boleh tak?
Boleh.. dengan syarat, adik kene la ikut tatatertib dan peraturannye..
Tatatertib tuh ape ma?
Tatatertib tu maksudnyer adap sopan.. sebelum cakap dengan die kene sembah dulu macam ni.. lepas tu macam ni..
Ooo.. Mama.. babah mane ma?
Babah gi terawikh..
Owh.. mama tak pergi ker?
Err.. mama cuti
Owh.. tawarikh boleh cuti ker ma?
bukan tawarikh la.. terawikh..
OOo.. terawikh tu ape ma?
Terawikh tu sembahyang la dik..
OOo jumpe Tuhan... mama.. jumpe Tuhan macam jumpe Raje jugak ker?
Tak lah adik.. Tuhan tu Raja segala Raja.. kene lagi jage tatatertib..
Ooo... Istana Tuhan kat mane ma?
Rumah Tuhan Kite tak panggil Istana tapi kita panggil Masjid atau Rumah Allah.
Oo... Yang arituh babah bawak gi ambik bubur lembuk tu ek?
Bukan bubur lembuk la sayang.. bubur lambuk..
Oooo.. tapikan ma adik tengok kat semajid ramai orang main-main.
Herm.. tu la.. sebenarnya kat Masjid tak boleh main-main. Nanti pengawal masjid marah.
Oo.. pengawal mcm Istana tu ek? tapi adik tengok tade sape pon marah..
Errm.. ader.. adik kot tak peraksan..
aa.. naper adik tengok owang kat semajid tak pakai cantik-cantik.
Herm.. tak semestinya nak gi masjid kene pakai cantik-cantik..
Tapikan kan nak jumpa Tuhan. Raje segala Raje.. mama cakap kalau nak jumpe Raje kene pakai cantik-cantik kan?.. Nape nak jumpe Tuhan tak yah pulak ma?
Err... adik. kecik lagi susah mama nak cerita.. adik.. dah mandi belom?
Adik takut la mandi sorang-sorang.
Ape nak takut kan bulan puase.. Syaitan semua kene rantai...
Ooo.. syaitan yang suke suruh orang buat jahat tu ke ma?
a'aah.. semua syaitan kene rantai..
tapikan ma.. kenape.. ramai orang jahat jugak mase bulan puase nih?
err.. tu nafsu..
Nafsu tu ape ma? Syaitan jugak ke?
Err.. bukanlah.. herm.. nanti mama citer yer.. adik ambil tuala nih.. adik gi mandi..
ala.. adik takot la.. sorang-sorang..
ok.. ok.. meh mama temankan..
Yeeee!!!

Setiap tempat mempunyai peraturan dan tatacara berurusan masing-masing. Terdapat pelbagai peraturan-peraturan yang dikenakan supaya tempat tersebut terpelihara dengan baik. Selain itu terdapat juga protokol-protokol yang dikenakan bagi menjaga imej tempat tersebut. Jika kita perhatikan di tempat seperti Istana. Terdapat garis panduan pemakaian yang disenaraikan bagi memastikan pelawat Istana berpakaian mengikut protokol yang telah ditetapkan. Undang-undang atau protokol pemakaian ini sebenarnya dibentuk bagi memastikan Pelawat berpakaian sopan. Tambahan pula Istana bukanlah tempat sebarangan yang boleh dimasuki. Ia adalah tempat tinggal Sultan ataupun Yang Di pertuan Agong. Maka tidaklah kena sekiranya anda berpakaian sembarangan untuk masuk atau berjumpa dengan Sultan atau Yang Di pertuan Agong dalam keadaan pakaian yang tidak terurus, kotor, berbau dan sebagainya.

Begitu juga layaknya dalam situasi ketika kita ke Masjid. Masjid merupakan Rumah Allah, yang mana merupakan tempat untuk beribadah dan juga hal-hal berkaitan urusan Kaum Muslimin. Masjid tidak mempunyai protokol seperti Istana, pejabat-pejabat kerajaan, atau tempat-tempat rasmi yang lain, yang mempunyai undang-undang yang agak ketat, hanya sekadar perlu memenuhi tuntuan menutup aurat. Namun begitu dari segi Nilainya adalah tidak sesuai bagi kita untuk hadir ke Masjid untuk "bertemu" dengan Allah dalam keadaan penampilan pakaian yang "serabai".


Memanglah Allah itu tidak melihat kepada pakaian kita, tetapi jika dilihat adab ketika beribadah seolah-olah dikesampingkan berbanding adab kita ketika dalam urusan-urusan lain. Mengapa ketika kita berurusan hal keduniaan kita sanggup memenuhi segala prosedur pemakaian dengan mengikuti dengan terbaik tetapi bila "berurusan" dengan Allah kita hanya bersikap sambil lewa? Adakalanya pakaian kita tidak terurus, berbau hapak, berdaki dan sebagainya, tambahan pula dengan fesyen-fesyen yang bukan-bukan. Ada yang bersubang, bergelang dan berantai (lelaki), berseluar jeans lusuh dan kotor, baju bergambar bukan-bukan.. gambar spongebob la teletubies la.. naruto la.. atau mempunyai tulisan yang bukan-bukan... Adakah layaknya pakaian kita sedemikian ketika berurusan dengan "Raja Segala Raja"? Tuhan sekelian alam? Jika kita dalam berurusan dengan orang-orang kehormat, orang-orang kenamaan, majlis-majlis rasmi, Dinner dan sebagainya sanggup berhabisan ratusan ringgit tetapi bila bertemu dengan Allah cukup dengan pakaian harian yang selekeh?

Tak kurang jugak yang berjubah tetapi selekeh, lusuh, berbau dan kotor. Bila ditanya mengapa sedemikian?"Zuduh, sheikh"

ish... ni bukan Zuhud.. ni RobinHood! Zuduh yang bagaimana sedangkan kereta bukan kereta sembarangan, sikap dengan modified lagi, dengan spoilernyer, sport rim jerk dah baratus-ratus.. tu belum dengan eksesori-eksesori tambahan lagik.. handphone plak ratusan malahan ribuan ringgit.. dan zuhud juga bukan beerti selekeh, berbau dan kotor!

Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih

Itu baru bab pakaian, belum lagi disentuk bab akhlak di dalam Rumah Allah.. yang kaki sembangnyer.. siap buat halakah (bulatan) lepas satu topik, satu topik.. then ketawa berdekah-dekah.. kecoh satu masjid.. yang kanak-kanak berlari sana sini..alahai.. best betul.. jangan pulak kite nak salahkan anak-anak tu.. namepon kanak-kanak. Macam kite dulu-dulu jugak.. sepatutnyer nojer (penjaga masjid) ler mainkan peranan.. sediakan aktiviti yg dapat menarik perhatian mereka supaye mereka tak berlari ke sana sini.. Pasangkan citer kisah-kisah Nabi dan Para Sahabat mcm citer Utusan Terakhir, Habiq dan Qabil dan banyak lagi Cd-cD yang menarik.. so atleast dieorang tak ler berlari ke sana ke sini atau ceramahkan derang pasal adab-adab kat masjid ker.. or ape2 yg dapat menghentikan hobi mereka yang suke berlari didalam masjid tuh.

Pernah di suatu tempat ketika saya berceramah di sana, Ketika itu saya mengimamkan solat tersebut. Sempat lagi makmum ketika itu main cucuk-cucuk pinggang sampai melatah-latah... Dan yang paling bestnyer bukannyer bebudak lagik.. tapi dah masuk warga emas (alahai chumelnyer..) Nah bagaimana anak-anak kecil tidak ikut contoh yang berada dihadapan mereka? Disini juga perlunya peranan imam menegur dengan berhikmah.. jangan terus di marah-marah.. silap haribulan mau balik pakcik tu then terus tak solat di surau/masjid lagik. Cakap elok-elok.. kekadang orang-orang lame nih.. die sentimentel sket.. kita cakap sket die dah paham.. kekadang bahasa kiasan pon dah ok.. tapi jangan pulak sampai menyindir.. or tegur direct.. sebab xsemua orang "lame" bleh menerima teguran "orang-orang muda", so pepandai ler.

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ


Serulah kpd jln TuhanMu dgn kebijaksanaan dan pengajaran yg baik dan bantahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan (jalan)yang terbaik.Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dijalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk ” (An-Nahl-125)

Selain tu jugak, mereka yang pi masjid or surau ni jugak kene la jaga kebersihan.. janganlah sampai membuat kotor.. ni yang siap belasah rokok daun dalam surau.. xkurang jugak yang mengisi masa senggang dalam surau/masjid dengan mengorek cagu (cekam) kat kaki tuh.. mak aih.. macam-macam sampah keluar dari celah-celah kuku jari tuh.. siap bau plak.. alahai.. jangan la macam tu kawan.. kasihanilah lubang hidung jemaah lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda " Bahawa masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis (al-bawl) dan kekotoran, kerana ia adalah tempat untuk berzikir kepada Allah dan membawa Al-Quran " (Muslim).

Masjid ni tempat bukan untuk kita sorang.. tetapi untuk semua orang Islam. so kite tak leh la wat macam rumah sendiri.. main ikut dan jerk.. kene la ader sivic sket.. begitu jugak ketika berdiri nak menunaikan solat.. ikut shaf elok-elok.. jangan main "cup-cup" tempat lak.. asyik-asyik nak tepi dinding.. or belakang sekali.. alahai.. kene ubah perangai tuh.. then mase berdiri tuh.. pastikan kaki same.. bahu bertemu bahu... tak tahu macam mane? ha.. tengok rajah kat bawah tuh..


Luruskan shaf kalian kerana lurusnya shaf merupakan sebahagian daripada kesempurnaan solat (berjemaah)” (HR. Muslim)

ok.. tu jerk buat kali nie.. Takleh panjang-panjang.. kang ade gak yang muntah..
Wallahualam
kumpulan artikel |
5 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    salam ramadhan kembali...erm...ttg saf neh...bukan kate lelaki...pompuan pun same...nape yek takut sgt nak rapatkan saf...alasan yg selalu diutarakan ialah...nanti takut jemaah sebelah terduduk atas telekung kita...erm..guane yek nak buang perasaan tu...nak menghadap Allah secara berjemaah tapi hati tak berjemaah...nak sendiri2...tak syiok aaa camtuh...=(


  2. Kesombongan yang hanya menjadi pakaian Tuhan, dan tidak boleh ada sedikit pun ada pada manusia, kadang-kadang dibawa ke dalam surau dan masjid.Apabila kita ingin merapatkan kaki kita ke kaki jemaah di sebelah, cepat-cepat kaki itu dijarakkan. Bukan sekali dua kejadian ini berlaku, tetapi selalu. Mereka seolah-olah berasa kurang selesa dalam keadaan kaki dirapatkan, dan bahu bersentuhan.Mereka lebih selesa berenggang dan memonopoli ruang qiyam dan tasyahhud yang luas.Faham kapitalis berlaku juga dalam solat berjemaah."Tolong jgn langgar sempadan saya". "Satu sejadah ini hak saya," jgn ada yang cuba-cuba menumpang padanya. Inilah realiti yg berlaku di surau dan masjid kita sekian lama. Namanya solat berjamaah, namun hati mereka tidak pernah bersatu.Nampaknya syaitan berjaya menerapkan kesombongan atas nama ibadat.


  3. Tanpa Nama Says:

    tul tuh.. kene boh poster kat masjid,
    "JANGAN KEDEKUT SEJADAH"


  4. Tanpa Nama Says:

    ala..yg kta tv1 setiap hari jumaat tu.. asal org barisan hadapan sekali part belakang imam tu dapat sorang satu sejadah? org kat belakang semua pandai pulak rapatkan saf. Baru2 ni, time awal tahun, kat tv1, sama kes jugak... apakah??


  5. Tanpa Nama Says:

    tu lah.. sepatutnya sunnahnya, imam kene check saff. biar lurus.. rapat baru imam mula sembahyang.// tapi kat sini.. cuba la pak imam buat macam tu,... mau la orang kutuk "isk pak imam ni ngade-ngade plak!" nak nak pulak pak imam mude.. mau makmum yg xpaham ckp bukan2.. anyhow.. itu bukanlah satu alasan untuk jalankan sunnah kan? dah tentu itu adalah asam garam kehidupan kan ? wallahualam


Catat Ulasan