Assalamualaikum...

apa pandangan sahabat2 semua pasal tajuk kali ni ? "BERCIUM DI DALAM MASJID" dan yang bercium tu pulak antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Tu lah yang ana saksikan tengahari tadi... kebetulan ana tertengok drama dalam TV kalau xsalah ana tajuk dia "Melur Masih Harum". Masa ana tertengok tuh... time dalam masjid.. majlis akad nikah.. lepas jerk acara akad nikah... pengantin lelaki sarung cincin kat tangan perempuan. and then kalau xsilap pengantin perempuan cium tangan pengantin lelaki.... dan yang sahih tanpa keraguan lagi... camera siap zoooooOOOOmMm kat mulut pengantin lelaki mencium dahi pengantin perempuan.

Hisss,... tiba-tiba terasa panas satu badan... berlakon-berlakon jugak... tapi agak-agak la... even kalau nak nampak real pon... yang sampai pi cium dahi dalam masjid ni ape citer?

"Ala.. tu berlakon jerk... bukan betul2..."
"Aik? bukan betol2 ape.. dah mulut lelaki tuh melekat kat dahi perempuan tuh.. kalau x kene boleh gagah lagi!"
"hum...."
"Enta rasakan... derang belakon dalam masjid tuh dapat kebenaran pihak AJK Masjid tak?"
"Eh mesti la... kene mintak kebenaran AJK masjid.. bukan boleh ikut suke jerk"
"Kalau macam tu.. boleh tak ana kata AJK masjid membenarkan derang belakon dalam masjid?"
"erm.. boleh kot"
"Enta rasa la kan.. pasai apa masjid XXXXXX tak bagi ustaz XXXX berceramah kat masjid tuh?"
"tu sebab ustaz ni sokong XXX"
"Aik? sebab sokong XXX tak boleh berceramah dalam masjid"
"yerp.. depa suka cakap politik dalam ceramah depa"
"Owh... xleh cakap politik..... habis... berlakon dalam masjid siap salam lelaki perempuan... siap bercium dahi tuh macam mane pulak?"
"errr.."

sebagai kesimpulannya... meh la kita pakat-pakat pikir... ape peranan institusi masjid sebenarnya? entahlah... masjid sekarang dah jadi alat pameran... di bina untuk tatapan pelancong... dan kini dah jadi lokasi pengambaran... canggih sungguh masjid kita...

khutbah jumaat pulak banyak "membuka minda" dengan tajuk yang canggih-canggih... sebab tu ramai yang "khusuk" sambil mengangguk-anggukan kepala tanda faham ketika khutbah di bacakan... tak kurang yang tunduk tanda akur... sehingga dahi mencecah lantai... di iringi pulak bunyian dengkur.. sungguh syahdu!

buat ape nak sebut pasal murtad dalam khutbah.. hissh takkan nak sebut pasal maksiat di Malaysia... nak sebut pasal arak, judi haram... hisshhh... xboleh tuh... nak sebut pasal tutup aurat... iskkk... bunyi macam politik murahan jerk... Hudud? his! jangan cari pasal... baik khutbah pasal
makanlah buah-buahan tempatan, melancong di Malaysia...

kumpulan artikel , |
0 Responses

Catat Ulasan