نحمده ونصلى على رسوله الكريم
Assalamualaikum wrh. Wbt.
Segala puji hanya untuk Allah swt, selawat dan salam pada Rasul Junjungan, ahlul bait, para sahabat seterusnya sahabat2 dsantai yang dirahmati Allah sekelian. Maaf la jarang berupdate blog nih.. buat-buat sibuk dengan baby rupa-rupanya bukan mudah jugak nak menguruskan portal. Walaubagaimanapun jazakallah kak jie atas email pada saya pagi ni.
Satu topik telah dicadangkan oleh kak jie untuk dibincangkan dengan sahabat2 dsantai pada kali ini ialah mengenai majlis akad nikah yang diadakan di Masjid. Wah! haritu baru sembang bab jodoh.. sekali dah nak langsungkan perkahwinan.. kepada mereka yang berkenaan.. tahniah.
Selalunya telah menjadi sinonim majlis akad nikah di lakukan di Masjid. Ada yang jalankan majlis akad nikah di rumah atau di hotel-hotel tetapi lazimnya majlis akad nikah di jalankan di masjid untuk mendapat “keberkatan”.
Masjid merupakan tanda wujudnya umat islam di sesuatu tempat. Ia juga meruoakan tanda perpaduan Umat Islam dan tempat bagi umat Islam mengabdikan diri kepada Allah swt.
إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّڪَوٰةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk (Al-Baqarah:18)
Masjid ni bukanlah sama macam tempat-tempat lain. Masjid adalah rumah Allah swt dan menjadi tempat bagi orang-orang Islam melakukan ibadah kepada Allah. Bagi kita masjid ialah tempat yang mulia. Oleh yang demikian seharusnya perlu bagi kita menjaga adab-adab untuk ke masjid. Sebelum ni ana pernah terangkan sedikit mengenai adab-adab masjid dengan tajuk zuhud ke roobinhood.
Berbalik kepada topik kita, majlis akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat Ummah yang mana tidak hanya sekadar berkisar pada ibadah khusus sahaja.
Walaubagaimanapun, perlu bagi mereka yang melaksanakan majlis akad nikah di masjid ini menjaga adab-abda dan kesucian Rumah Allah swt. Ini kerana seringkali didalam majlis akad nikah kita dapati banyak perkara-perkara yang tidak wajar di lakukan di dalam masjid, tetapi dilakukan sewenang-wenangnya.
Antara beberapa perkara yang ketara dilalukan ketika upacara akad nikah di masjid ialah;
Para pengunjung majlis tersebut yang terdiri daripada kaum hawa mendatangi masjid dengan semburan minyak wangi yang menyumbat segenap rongga hidung. Hal ini adalah bersalahan dengan hadith daripada Rasulullah saw
"Siapa saja perempuan yang memakai harum-haruman (pearfum) maka janganlah ia menghadiri solat isya (dimasjid) bersama kami" (Shahih riwayat Imam Ahmad,Muslim, Abu Dawud, dan Nasa'i dari jalan Abu Hurairah, juga lihat kitab Ash-shahihah hadits no.1094)
"Bila salah seorang dari kalian (para wanita) ingin menghadiri shalat di masjid maka janganlah ia menyentuh wewangian." (HR. Muslim 4/163, Ibnu Khuzaimah 1680, dan Al Baihaqi 3/439)
Tidak kurang yang tampil ke masjid dengan pakaian yang berfesyen-fesyen, ada yang baju lengannya jarang, ada yang sehingga baju menampakkan pakaian dalamnya, tak kurang yang berbaju mengikut solid tubuh. Isk isk isk... naik pening tok kadi tengok!
Di dalam Taudlihul Ahkam, Sheikh Abdullah Al Bassam berkata, wangi-wangian boleh disamakan dengan gerakkan tubuh badan yang boleh mengundang syahwat, pakaian yang cantik, make-up, perhiasan dan sebagainya. Ini kerana bau wangian, perhiasan dan make-up semuanya ini boleh mendatangkan fitnah bagi si pemakai dan bagi si laki-laki.
Terdapat banyak dalil-dalil lain yang bersangkutan dengan perbuatan wanita berhias dan berwangi-wangian ke masjid, namun bukan tujuan dsantai untuk menembak dengan hujah-hujah, cukup sekadar memberi tahu bahawasanya perbuatan sesetengah kaum wanita yang menghadiri majlis akad di masjid dengan berpakaian "Vough" dan wangi-wangian adalah suatu perkara yang tidak salah.
"Ala... sekali sekala takkan tak leh?"
"Tak boleh.... hukum bukan main sekali sekala."
Tak kurang juga kaum adam (Asyik-asyik kaum hawa jerk yang kena) yang memasuki rumah Allah dalam keadaan berbau rokok. Kemuliaan masjid perlu dijaga bukan hanya sekadar menjaga kebersihan dari sampah sarap tapi juga dari bau-bauan yang kurang menyenangkan, sebagaimana hadith dari Jabar katanya
Rasulullah Saw telah melarang dari memakan bawang. Kemudian kami berhajat untuk memakan bawang tersebut lalu kami pun memakannya. Lalu Rasulullah saw bersabda : "Barang siapa yang memakan dari pohon ini, maka janganlah mendekati masjid kami, sesungguhnya pada malaikat akan merasa terganggu (kerana baunya) sebagaimana manusia terganggu daripada bau tersebut." (Riwayat Al-Imam Muslim).
Para ulama menisbahkan rokok juga sebagai bau-bauan yang menggangu, maka adalah tidak wajar bagi mereka yang menghadiri majlis akad nikah di masjid tersebut berbau busuk (rokok).
catatan: Bagi mereka yang terlupa atau belum mengetahui, jumhur ulama memfatwakan rokok adalah haram.
Sahabat-sahabat sekelian,
Sesungguhnya Allah menjadikan kita manusia berpasang-pasang, mempunyai zuriat. Proses ini dinamakan perkahwinan yakni satu proses menyatukan ikatan yang mulia lagi halal antara lelaki dan perempuan.
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَجَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَزۡوَٲجِڪُم بَنِينَ وَحَفَدَةً۬ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِۚ أَفَبِٱلۡبَـٰطِلِ يُؤۡمِنُونَ وَبِنِعۡمَتِ ٱللَّهِ هُمۡ يَكۡفُرُونَ
Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
Perkahwinan bukan sahaja menyatukan ikatan si suami dan isteri tetapi menghubungkan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Selalunya di majlis akad nikah ini dijadikan masa untuk berkenal-kenalan, merapatkan hubungan persaudaraan dan sebagainya. Pastinya suasana ketika upacara majlis akad nikah pastinya meriah.
Si bujang dan si dara dengan cerita dan angan-angan mereka mengenai majlis akad nikah mereka yang bakal diadakan suatu hari nanti, Bergurau, bertepuk bahu. yang telah berkahwin dengan imbauan kisah perkahwinan yang telah mereka lalui. Ada yang mengambil peluang mempromosi pelaburan internet, penjualan kereta, rumah dan sebagainya. Tak kurang juga yang membelek-belek pakaian, perhiasan, rantai emas pada tubuh rakan-rakan yang berkunjung. Kanak-kanak berlari ke sini sana, menjerit tanda gembira bertemu rakan sebaya. Tak kurang makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tak henti-henti melatah akibat diusik. Serba meriah! Tetapi.... malangnya segala hal yang berlaku ini terjadi di masjid, Rumah Allah swt.
Masjid yang sepatutnya menjadi tempat ketenangan roh dan jiwa menjadi pasar dan pesta karat. Ketenteraman mereka yang sedang asyik beriktikaf, berzikir, beribadat, mengadu desah kepada Allah terganggu. Terlalu banyak perkara yang dilarang oleh Islam tetapi dilakukan ketika majlis tersebut.
“ Apabila kalian melihat seseorang menjual atau jual beli didalam masjid maka katakanlah : Semoga Allah tidak memberi keuntungan pada jual belimu” HR. At-Tirmidzi ( 1321 ), dan beliau berkata : hadits ini hadits hasan gharib
Dari As-Saa`ib bin Yazid , beliau mengatkan : Saya pernah berdiri didalam masjid, lalu seseorang melempariku dengan batu kecil, kemudian saya menoleh melihatnya ternyata dia adalah Umar bin Al-Khaththab. Beliau berkata : Pergilah dan hadapkan kepadaku dua orang ini. Maka saya menghadapkan keduanya. Beliau berkata : Siapakah kalian berdua ? Atau dari manakah kalian berasal ? Keduanya menjawab : Kami dari pendudukTha`if. Beliau berkata : Seandainya kalian berdua dari penduduk negeri ini, niscaya saya akan menghukum kalian berdua, karena kalian berdua telah mengeraskan suara kalian didalam masjid Rasulullah saw. -HR. Al-Bukhari ( 470 )
Bahkan ada hal yang berlalu bukan sahaja salah dilakukan di dalam masjid bahkan diluar. Antaranya ialah ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim)
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ (٣٠) وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣١)
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (31) Surah An-Nur 30-31
adeh...Cukup.. Cukup..
Aik.. ni baru sikit nih
Ini hanyalah sebahagian kecil kesalahan-kesalahan yang umum dilakukan ketika majlis akad nikah berlangsung di dalam masjid. Oleh yang demikian, untuk mereka yang ingin mengadakan majlis akad nikah di masjid agar dapat berbuat sesuatu agar hal yang disebutkan ini tidak timbul.
Macam mana nak buat, mana mungkin kita bisa mengawal para hadirin yang hadir?.
Adapun terdapat beberapa perkara mudah yang dapat dilakukan oleh saudara/i sekelian
Jika saudara/i berkemampuan, minta tolong tuan Imam / Tuan Khadi ingatkan mereka yang hadir pada majlis tersebut tentang adab-adab yang perlu dijaga ketika di dalam Rumah Allah.
Cara yang kedua ialah dengan mengadakan satu risalah ringkas mengenai adab-adab ketika berada di dalam masjid dan diedarkan kepada mereka yang hadir pada majlis akad nikah tersebut.
Juga tak mampu untuk laksanakan, adalah dinasihatkan jalankan saja majlis akad nikah tersebut di rumah. kesian kat makcik-makcik yang sakit lutut, tak larat nak gi tengok akad nikah kat masjid. Kesian kat saudara mara yang tak cukup kenderaan nak pi ke masjid tempat akad nikah. Kalau buat kat rumah lagi mudah, Semua orang boleh tengok.
Boleh ke akad kat rumah?
Jangan risau akad nikah sekalipun atas pokok masih sah!
Saya percaya, anda pon tak mahu memulakan alam rumah tangga anda dengan perbuatan dosa sekalipun ia bukan khusus daripada anda kan? Tapi sekiranya anda tak peduli akan semua hal yang berlaku.. terpulanglah.. Wallahualam :)
p/s Selamat menempuh alam perkahwinan bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan. Saya doakan semoga perkahwinan anda diredai dan dirahmati Allah, insyaAllah!.
Terimakasih ustad, saya sudah lama nak bercakap hal ini tetapi tak pandai nak ulas macam mana...
skrg ni kerap sgt ke masjid utk majlis macam ni..brcampur mcm2 benda yang tka berapa suka nk tgok..
kena bezakan masjid dgn surau..
Saya nk copy ye..hehehe..senang betul kerja..suruh org buat..dia senagn2 nk ambek..
terimakasih kerana luangkan masa layan email saya...
a'aah.. betui.. kekadang orang faham.. cuma kadang-kadang "terlupa"
terima kasih jugak kak jie bagi idea nak menulis... kalau ada idea senang jek nak menulis..
tulisan tak ilmiah sangat boleh la sepontan tulis.. kalau suruh tulisan ilmiah yg mcm buku tu.. huhu mau 2-3 bulan menulis.. tapi xsampai 1 muka surat.
slm, ustaz, ana nk mtk ustaz tlg kgsikn sket tntng sunat2 sblm,ketika n selepas akad nikah.
InsyaAllah, ana akan cuba menulis mengenainya jika berkesempatan. Doakan ana.
oleh hal yang demikian, bagaimana utk sy mengadakan majlis akad nikah dimasjid, kebanyakan org melayu kini jahil ilmu. namun harapan sy ingin mengadakan majlis akad di masjid.namun apabila telah diberitahu, tp masih tidak jelas dgn adab di masjid, bagaimana cara utk tanganinya. jika sy sbgai penganjur, turut subahat ?