Program: Khemah Ibadah
Peserta: 80 Orang Pelajar Politeknik Johor Bahru



Assalamualaikum wrh. wbt. Apa khabar sahabat2 dsantai. Saya minta maaflah lama xupdate. sibuk dengan planning tour untuk tahun depan. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Saya selalu mengadakan Program berbentuk Motivasi, Tamrin, Kem Kepimpinan untuk sekolah / IPT sekitar Johor. Bermula tahun ini program saya mula mendapat sambutan di Kedah dan Perak. Dan InsyaAllah, untuk Tahun depan Tour akan meliputi seluruh Kawasan.

Program-program yang saya handle adalah berbentuk semi-charity. Di mana Kos program tersebut di tanggung sepenuhnya oleh Penganjur. Manakala khidmat motivasi dan pengurusan program oleh saya adalah percuma. Hanya perlu menanggung tambang perjalanan dan makan saya sahaja. Terdapat banyak konsultant yang ada sekarang adalah berorentasikan keuntungan semata-mata (Bukan semua). Ini menyebabkan tujuan atau objektif program kadangkala tidak tercapai. Ini kerana terdapat motivator/konsultant yang melaksanakan program mengikut kadar bayaran.

"Alahai bayar pon ciput jerk.. so program pon cikai la.. ok la tu"

Dan lagi menyedihkan lagi ada sesetengah konsultant motivasi yang mengenakan bayaran yang agak mahal tetapi hanya menggunakan modul-modul zaman jurasic park!. Modul-modul seperti pulau impian, Sungai asid, Kapal karam dan sebagainya sepatutnya tidak lagi digunakan. Ini kerana modul-modul ini adalah modul-modul umum yang telah diketahui ramai.

"Eh dah tahu ek? macam mane tahu ye?"
"Alah bang, permainan ni kami main masa sekolah rendah dulu lah!"
"err... alamak!"


Sepatutnya program-program yang berbayar mahal ni tampil lah dengan modul sendiri. Cukupkah sekadar menggunakan modul-modul lapuk sedangkan mereka (pihak penganjur) membayar dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa.

"Zaman dah berubah, dunia dah maju"

Kadangkala saya sedih bila mengenangkan nasib sekolah-sekolah kecil yang terpaksa melaksanakan program motivasinya sendiri lantaran tidak mampu untuk menggunakan khidmat konsultant atau motivator luar.

Saya tidak memaksa konsultant atau motivasi bertindak seperti saya dengan memberikan khidmat percuma. Kerana saya tahu, ia merupakan periuk nasi mereka. Cuma saya harapkan janganlah terlalu berorentasikan bayaran. Kadangkala kita perlu bertimbangrasa dalam mengenakan bayaran bagi organisasi-organisasi non-profit atau sekolah-sekolah kampung atau pendalaman.

Atas kesedaran ini, saya mula merancang untuk menyediakan khidmat motivasi secara percuma. Ini kerana tujuan utama saya dalam misi ini ialah dakwah. Dakwah yang disampaikan secara tidak langsung melalui motivasi-motivasi kendalian saya.

Semoga Allah membayar "upah" saya di akhirat kelak, Amin.

Dengan pengalaman mengendalikan program-program sebelum ini, insyaAllah saya akan menafaatkan untuk kebaikan bersama. Oleh yang demikian, bagi mereka yang berminat bolehlah hubungi saya.

Catatan: Sebarang tempahan hendaklah di maklumkan dengan lebih awal bagi memudahkan saya menyusun jadual program.

PROGRAM LATIHAN BERMODUL


Kem Islamisasi Akhlak Remaja (KISAR)
(untuk pelajar/ remaja bermasalah disiplin, konflik diri, konflik keluarga, kecelaruan gender dan sebagainya.)
2 Hari 1 Malam / 3 Hari 2 Malam

Recall
(untuk pelajar/ remaja bermasalah disiplin, konflik diri, konflik keluarga, kecelaruan gender dan sebagainya.)
Latihan bermodul selama 3 jam (sesi malam)

Kem Motivasi Kecemerlangan
(Program Mind Setting untuk calon Peperiksaan UPSR, PMR atau SPM)
2 Hari 1 Malam

SIRI CERAMAH

Parenting
Ceramah Motivasi untuk Ibu Bapa bersama anak

Pembentukan Sahsiah / Matlamat
Ceramah Motivasi Pelajar


Sila emailkan sebarang pertanyaan di dakwahsantai@gmail.com


3 Responses
  1. Muhammad Says:

    Pengajian Kitab Bersama al-'Allamah al-Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syatiri.



    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-'Allamah Habib Salim bin 'Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.


    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da'wah at-Tammah wa Tazkiratul 'Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-'Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.


  2. Tanpa Nama Says:

    Assalamualaikum wbt...
    Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada anda semua diatas kejayaan menganjurkan kem motivasi serta bina insan di kalangan pelajar di polijb.Untuk pengetahuan anda saya merupakan bekas penuntut polijb juga bagi tahun 2000 - 2003. Dari pengamatan saya program yang anda kendalikan ini telah berjaya menimbulkan keinsafan dan berjaya untuk mengetarkan hati kecil yang jahil serta keras menjadi seorang benar2 insaf.Cukup saya katakan disini selepas saya menonton vedio anda yang terdapat di dalam youtube hati ini terus tersentak dan terus menghubungi keluarga dikampung.

    Disini saya ingin bertanya pihak tuan.saya ingin menganjurkan kem sepertimana yang telah pihak tuan buat di polijb untuk anak murid saya yang merupakan pelajar-pelajar kolej komuniti. bagaimanakah cara saya untuk mendapatkan khidmat syarikat anda.Saya ingin sekali mencadangkan kepada pihak pengarah untuk melaksanakan kursus seperti berikut.


  3. Author Says:

    sila semak email anda. Terima kasih


Catat Ulasan