Assalamualaikum sahabat2 dsantai sekelian, moga sentiasa dalam rahmat Allah swt. Post kali ini hanya sekadar perkongsian modul motivasi. Yeah! dah lame kan ana tak kongsi modul motivasi. Tadi ana check antara modul motivasi yang telah ana kongsi ialah, Cermin diri V 0.1, Bola Iman, Murahbasah, Intipati Ukhwah, Pelayaran Lebai Malang, Persembahan Hari Guru dan Semut Gila. Ok kali ni, ana nak kongsi modul Cermin Diri Versi 0.2. Sebelum ana kongsi modul seterusnya, ingin ana tegaskan kesemua modul ini "TIDAK BOLEH DI TERBITKAN SEMULA BAGI TUJUAN KOMERSIAL". Kalau selain daripada tujuan komersial, amatlah di alu-alukan. Nak copy dalam blog ke, website ke.. or laksanakan dalam program kelolaan antum.. silakan saja.. Kalau dapat sertakan link dsantai lagi bagus. Bukan giler glam. sekadar boleh dijadikan rujukan sekiranya ada soklan berbangkit Okeh? Sebarang soalan sila emailkan kepada ana di dakwahsantai@gmail.com

Cermin Diri V 0.2
Masa: 1 Jam 15 Minit
Peralatan: Kertas A4, Pensel, Kotak

Penyediaan Modul

1. Sediakan kertas 4 sebanyak peserta. Di belakang kertas A4 tuh tuliskan nombor kecik di hujung kertas dengan menggunakan pen tak berdakwat atau pensil tekan. no 1, 2, 3 sehingga no ke peserta terakhir. Pastikan peserta tak peraksan no yang anda tulis tuh..

Langkah-langkah.



SESI 1

1. Peserta di kehendaki duduk dalam bulatan. Asingkan antara peserta muslimin dan muslimat.

2. Seorang fasilitator dikehendaki menulis nama peserta secara diam2 di atas sekeping kertas lain mengikut urutan (ikut pusingan jam) Kalau ade video camera lagi bagus.. so x payah tulis name peserta.. maklumlah bukan ingat sangat name peserta neh kan? just rakam gambar derang ikut pusingan jam.

3. Peserta diedarkan dengan kertas A4 yang telah dituliskan no tadi. Bagi ikut urutan pusingan jam. Bahagian tertulis no invisible tuh pastikan dibahagian bawah.. kang kantoi plak! pastikan ikut susunan ye..

4. Peserta di beri arahan.. tuliskan masalah atau rahsia atau apa sahaja kesalahannya yang mereka sedang hadapi. Pastikan masalah tu ialah satu masalah yang ingin beliau selesaikan tetapi tak tau nak rujuk kat sape.. or malu nak berterus terang..

E.g; Saya pernah mencuri..
Saya pernah...

* Semasa menulis rahsia tersebut. pastikan jarak kedudukan mereka tidak terlalu dekat.. cover-cover sket.. takut peserta lain nampak..

5. Pasangkan muzik latar belakang.. seperti kitaro, bunyi air sungai, bunyi unggas dan sebagainya.. Bagi peserta feel. Kalau ketua fasi pandai main peranan.. time nih peserta leh tangkap leleh tau.. kalau tak tangkap leleh.. ketua fasi kene berguru laie lah.. hehehe...

6. Selepas selesai.. ketua fasi ambil satu kotak.. pastu suruh peserta letak dalam kotak.. tak payah ikut urutan pon tak pe.. sebab kalau ikut urutan.. peserta syak.. haa.. kantoi.. so cakap kat derang "sape dah siap taruk jerk dalam kotak".. so seolah2 kita takkan tau sape yg tulis kertas tuh.

SESI 2

1. Peserta boleh duduk semula dalam keadaan asal. Kalau atas kerusi pon ok.. cian bersila lame2.. lenguh tuh..

2. Mulakan sesia "Forum menjawab permasalah peserta". Pastikan yang nak menjawab permasalah tersebut adalah mereka yang berpegalaman. Pastikan ada ahli panel dari muslimin dan juga muslimat

Cth: Ustaz, Ustazah, Sheikh, Pensyarah penasihat, Majlis Nuquba, Guru Kaunseling, Mereka yang pernah hidup dalam "zaman jahiliah"

3. Pengerusi majlis mencabut satu kertas dan membacakan permasalahan yang dihadapi oleh peserta. Ahli panel forum mengulas dalam mencari penyelesaian.

4. Sesi berlangsung sehingga masa yang ada, sekiranya kesuntukan masa, just pilih masalah yang berat sahaja. Masalah yang berulang bagi peserta lain bleh skip.

FOLLOW UP

Setelah selesai program dan kembali ke kampus.

1. Kertas-kertas tadi dikumpulkan semula dan diserahkan bersama-sama rakaman video atau nama peserta ikut susunan yang ditulis semasa modul berjalan kepada pensyarah penasihat atau guru kaunseling.JANGAN BENARKAN SESIAPA PUN MEMBACA ATAU MENONTON VIDEO TERSEBUT. Ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah atau membuka ruang kepada pihak tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan.

2. Pensyarah penasihat atau guru kaunseling akan membaca semula setiap permasalahan tadi dan membuat satu rekod untuk janji temu proses kaunseling. Pensyarah penasihat atau guru kaunseling tersebut mestilah seorang yang amanah dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah para peserta tadi.

Tamat.

Ha.. ni la modul Cermin Diri V 0.2. Modul ni sesuai tuk mengetahui masalah peserta dan follow up tuk selesaikan di kampus. cuma ia kurang sesuai tuk skala yang besar. Kalau nak wat juga dalam skala yang besar kene panjangkan masa. Pastu Pensyarah atau guru yang akan follow up setelah selesai program juga kena ramai. Bukan ape.. kalau tidak proses kaunseling kat kampus tu tak sempat selesai proses kaunseling untuk semua peserta. Proses kaunseling tuh kene cepat. Sebab peserta baru balik program tengah "panas" lagi.. mudah dibentuk.. kalau dah 3-4 bulan baru nak buat proses kaunseling.. susah lah... peserta dah sejuk.

Ana lebih suka kalau modul ni dilaksanakan dalam tamrin Nuqoba'. So tak ramai sangat nak follow up nyer dan lebih bersifat khususi. Sebagai contoh kalau digunakan untuk tamrin nuqoba' gantikan penulisan masalah peribadi kepada masalah dalam jamaah. Sebagai contoh;

Ana tak dapat berkerjasama dengan Naqib sebab.. naqib ni poyo la.. bla bla bla..
Ana tak suke datang usrah sebab ana tak pandai baca hadith tanpa baris...

Ok faham? kalau tak faham tuh.. wat wat faham la ye.. :) sila reply post ini tuk sebarang pertanyaan. Selamat Mencuba!
kumpulan artikel |
2 Responses
  1. Fakeh Says:

    KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah


  2. SKTJ ADMIN Says:

    Assalamualaikum...ana dah jumpa denganblog yang beri manfaat...dengan izin ALLAH Taala.
    Saya dr sabah..minta Halalkan...saya ambik,print,copy,gunakan..untuk manfaat bersama..minta diHalalkan semua bahan dalam blog ni ya akhi..mudah-mudahan ALLAH memberi ganjaran yang setimpal pada enta....


Catat Ulasan